DELIMa KPM KGDL (Cara Login & Guna PdPR portal.moe-dl.moe.edu.my)
DELIMa merupakan akronim kepada Digital Educational Learning Initiative Malaysia. Ia merupakan penjenamaan semula bagi pembelajaran maya MOE Digital Learning yang dibangunkan oleh KPM selepas berakhirnya zaman Frog VLE.
DELIMa merupakan platform tunggal pelbagai akses bersama google yang menyediakan perkhidmatan sistem pengurusan pembelajaran serta sumber-sumber pembelajaran yang boleh digunakan oleh para pendidik dan juga pelajar untuk aksespembelajaran secara maya kerana mempunyai pelbagai aplikasi yang menarik didalamnya.
APA ITU DELIMa KPM KGDL?
Adakah anda seorang guru dan mungkin tak tahu, dalam portal DELIMa KPM (portal.moe-dl.edu.my) ada disediakan latihan kendiri untuk anda meningkatkan kompetensi diri sebagai persediaan melaksanakan PdPR. Terdapat 5 modul kesemuanya dan ada kuiz di akhir setiap modul. Jika anda menyelesaikan modul tersebut, anda layak terima sijil sekiranya menamatkan pembelajaran.
Modul e-pembelajaran yang komprehensif begini, dibangunkan dengan teori-teori pendidikan berkaitan, oleh KPM dan UNICEF . Modul-modul ini bukan sahaja membimbing guru-guru melaksanakan PdPR secara langkah demi langkah, tetapi ia juga menunjukkan kaedah merancang PdPR yang menyeronokkan dan berkesan siap dengan cara buat pentaksiran
Anda tidak perlu mencari di sana sini, sebenarnya KPM dah sediakan bantuan untuk guru-guru di dalam portal DELIMa ni. Kat sini anda boleh belajar benda-benda se’simple’ Google Classroom sehinggalah kepada:
- tools untuk rekod screen
- edit rakaman
- buat penilaian interaktif
- menanda tugasan secara maya
- dan buat design pun ada diajar sekali!
Anda bukan hanya akan jumpa Google Apps sahaja, tetapi juga tools yang mungkin tak familiar macam Screencastify, Quizizz/Kahoot, Pear Deck, Gradebook, dan Canva.
CARA AKSES DELIMa KPM KGDL
- Login ke Portal DELIMa KPM (portal.moe-dl.moe.edu.my)
- Guna ID DELIMa anda.
- Pilih GURU
- Pilih AKTIVITI
5. Pilih Komuniti Guru Digital learning Bersama KPM
Pengenalan kepada KGDL. Dibangunkan oleh KPM dengan kerjasama UNICEF. Boleh lihat modul di sebelah kiri. Terdapat Modul 1-5 . Jika dan selesaikan 5 modul, Nanti nak semak kelayakan sijil, klik pada Semakan Keputusan KGDL sahaja.
Setiap modul tu ada sub-modul sampai berbelas. Memang detail semasa modul ini disediakan.
Modul ni sangat bagus, amat rugi kalau tak dimanfaatkan.
Ni contoh-contoh kaedah pengajaran yang pelbagai digunakan dalam menyampaikan kandungan modul ini.
Ada langkah step-by-step , ada juga video tutorial dan ada juga tugasan-tugasan diberikan ( untuk mengukuhkan kefahaman).
Selain daripada belajar, sambil tu kita bolehlah guna kaedah ni untuk buat PdPR seorang guru.
CARA SEMAK PENCAPAIAN
- Masukkan ID DELIMa dan lepas tu boleh tengok satu-satu mana pass atau failed.
- Nanti bolehlah ulang dekat part yang kurang faham tu.
- Kalau layak sijil, boleh check status sijil tu kat sini sahaja
Sumber: Facebook Haslinda Hassan : https://www.facebook.com/haslinda.hsn
ARTIKEL LAIN
IQ-NILAM LOGIN 2022 : CARA ISI REKOD BACAAN MURID SECARA ONLINE(Guna Akaun Delima)
KEMASKINI APDM KPM IBU BAPA(CARA KEMASKINI MAKLUMAT PENJAGA UTAMA DAN KEDUA)
[…] jika tidak tahu macam mana akses, ikuti panduan LOG MASUK SITE, ID DELIMa , KATA LALUAN & CARA GUNA […]
Terlupa id serta password anak
how to go iq nilam delima i dont know.
I don’t know my id delima
[…] Pelaporan Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (SPdPR) merupakan satu aplikasi pengurusan pelaporan PdPR secara dalam talian yang dibangunkan bagi mengumpul maklumat pelaksanaan PdPR, pemantauan, […]
[…] BACA PANDUAN IQ-NILAM LOGIN dan log in melalui id DELIMa […]
[…] PDPR DELIMa: LOG MASUK SITE, ID DELIMa , KATA LALUAN & CARA GUNA […]