CARA GUNA AIRASIA XPRESS (Check Harga & Perkhidmatan Ditawarkan)

Utama / AIRASIA XPRESS / CARA GUNA AIRASIA XPRESS (Check Harga & Perkhidmatan Ditawarkan)

CARA GUNA AIRASIA XPRESS (Check Harga & Perkhidmatan Ditawarkan)

Terkini AirAsia telah meluaskan lagi tawaran perkhidmatan mereka dengan melancarkan AirAsia Xpress.  Sekiranya anda ingin menggunakan perkhidmatan ini, sudah tentunya anda ingin mengetahui harga, perkhidmatan yang ditawarkan dan juga cara menggunakan AirAsiaExpress. Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.

 

APA ITU AIRASIA XPRESS

AirAsia adalah perkhidmatan penghantaran barangan pantas dan mudah, dikuasakan oleh Teleport, cabang logistik AirAsia. Perkhidmatan ini dilihat sebagai kesinambungan kepada AirAsia Ride.

 

KAWASAN PERKHIDMATAN AIRASIA XPRESS

Buat masa kini perkhidmatan AirAsiaXpress menyediakan perkhidmatan mereka meliputi tujuh bandar utama di Malaysia iaitu Lembah Klang, Melaka, Johor Bahru, Kota Bharu, Pulau Pinang, Ipoh dan Kota Kinabalu.

 

MUAT TURUN APLIKASI AIRASIAXPRESS

Untuk menggunakan perkhidmatan  AirAsiaXpress, anda dikehendaki memuat turun (download) Aplikasi AirAsia Super APP di handphone anda terlebih dahulu. Berikut adalah pautan muat turun:

  • Play Store bagi pengguna Android
  • Apple Store bagi pengguna IOS

 

PERKHDIMATAN YANG DITAWARKAN AIRASIAXPRESS

  1. Penghantaran dokumen atau barangan sehingga 15kg. Terdapat dua pilihan waktu penghantaran, samada:
    • Segera di bawah satu jam
    • Hari yang sama dalam masa 4-6 jam.
  2. Jenis kenderaan juga disediakan antara motosikal dan kereta, bergantung kepada saiz dan berat barang.

NOTA: Kadar harga bergantung pada pilihan yang anda gunakan.

 

DISKAUN PELANCARAN AIRASIAXPRESS

Sempena pelancaran ini, pengguna AirAsiaXpress boleh menikmati diskaun pengenalan istimewa selama 72 jam untuk penghantaran segera secara percuma, yang dihadkan pada RM10 dari 23-25 November 2021.

 

CARA GUNA AIRASIA XPRESS

Berikut adalah merupakan cara menggunakan perkhidmatan  AirAsiaXpress menggunakan aplikasi AisAsia Super APP:

  1. Buka aplikasi AirAsia Super APP di handphone anda
  2. Bagi pengguna kali pertama anda hendaklah daftar terlebih dahulu.
  3. Setelah selesai klik pada Xpress
  4. Kemudian isi butiran pengambilan serta penghantaran barangan anda
  5. Setelah sahkan pilih kaedah pembayaran dan teruskan sehingga proses pembayaran anda selesai.
  6. Rider AirAsiaXpress akan melaksanakan tempahan anda.
  7. Selesai

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai cara guna AirAsia Xpress, anda boleh layari website rasmi AirAsia di pautan www.airasia.com

One comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *