AKAUN 3 KWSP (Bila Tarikh Pelaksanaan & Syarat Pengeluaran)

CADANGAN PENGELUARAN AKAUN FLEKSIBLE & SOALAN LAZIM (FAQ)

Kepada para ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), kini KWSP telah memperkenalkan akaun 3 KWSP yang dikenali sebagai Akaun Fleksibel. Disini kami akan kongsikan kepada anda maklumat mengenai akaun ini, semoga membantu.

PENSTRUKTURAN SEMULA AKAUN KWSP

Penstrukturan semula akaun KWSP telah dilaksanakan bertujuan untuk memperkukuh jaminan pendapatan persaraan dan memenuhi keperluan kitaran hayat ahli.

SEDIA ADADIJENAMAKAN SEMULAPERATUS PECAHANKETERANGAN
Akaun 1Akaun Persaraan75%Menjamin Sumber pendapatan selepas bersara
Akaun 2Akaun Sejahtera15%Memenuhi keperluan kehidupan dan nikmat kualiti pra-pesaraan yang selesa
Akaun 3
(Baharu)
Akaun Fleksibel10%Menyediakan fleksibiliti untuk keperluaan kewangan jangka masa pendek dan kecemasan

APA ITU AKAUN 3 KWSP

Akaun Fleksibel atau Akaun 3 KWSP adalah akaun baharu yang terdiri daripada 10% jumlah simpanan ahli. Simpanan Akaun Fleksibel boleh dikeluarkan oleh ahli pada bila-bila masa tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh KWSP. Walau bagaimanapun, KWSP menggalakkan pengeluaran cuma digunakan pada waktu kecemasan dan untuk keperluan mendesak sahaja.

FUNGSI & TUJUAN AKAUN 3 

FungsiSimpanan Akaun Fleksibel boleh dikeluarkan oleh ahli pada bila-bila masa tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh KWSP. Walau bagaimanapun, KWSP menggalakkan pengeluaran cuma digunakan pada waktu kecemasan dan untuk keperluan mendesak sahaja.
TujuanMeningkatkan kecukupan simpanan untuk menjamin pendapatan persaraan yang bermakna untuk ahli;
Mengimbangi keperluan jangka masa pendek, sederhana dan panjang selaras dengan keperluan kitaran hidup dan jangka hayat ahli;
Membangunkan Skim KWSP yang relevan dengan perubahan lanskap pekerjaan, perubahan demografi dan keperluan ahli di masa kini dan masa hadapan; dan
Memenuhi keperluan kewangan jangka pendek yang boleh menjejaskan kesejahteraan semasa persaraan sekiranya tidak dipenuhi.

KELEBIHAN AKAUN 3 KWSP

Berikut adalah merupakan kelebihan cadangan akaun 3 ini iaitu:

  • Bagi memenuhi potensi keperluan tunai kecemasan ahli.
  • Untuk menarik minat mereka yang dalam sektor tidak formal untuk membuat caruman dengan KWSP.
  • Menangani isu aliran tunai dalam kalangan pekerja sektor tidak formal, ahli sedia ada juga boleh, secara sukarela ikut serta sebaik sahaja akaun itu diwujudkan.
  • Kepada ahli yang mendaftar akan dapat memindahkan simpanan mereka dari Akaun 2 ke Akaun 3.

TARIKH PELAKSANAAN AKAUN 3 KWSP

Untuk makluman anda, inisiatif Penstrukturan Semula Akaun KWSP berkuat kuasa 11 Mei 2024

Maklumat yang perlu anda tahu:

  • Selepas perlaksanaan penstrukturan semula akaun KWSP, baki semasa akaun 1 dan akaun 2 akan kekal di dalam akaun persaraan dan akaun sejahtera. manakala simpanan akaun fleksibel akan bermula dari RM0
  • Selepas tarikh perlaksanaan, ahli mempunyai pilihan untuk memindahkan sebahagian daripada baki simpanan dalam akaun sejahtera sebagai amaun permulaan ke dalam akaun fleksibel
  • Anda boleh memilih pilihan pindahan amaun permulaan bermula 12 Mei 2024 sehingga 31 Ogos 2024

SYARAT KELAYAKAN AKAUN 3 KWSP

Untuk makluman anda, berikut adalah merupakan syarat kelaykaan yang ditetapkan

  • Semua ahli KWSP Warganegara Malaysia dan Bukan Warganegara Malaysia
  • Belum mencapai umur 55 tahun
  • Mempunyai simpanan dalam Akaun Fleksibel; dan
  • Ahli boleh membuat pengeluaran daripada Akaun Fleksibel pada bila-bila masa, tertakluk kepada amaun minimum pengeluaran sebanyak RM50.

CARA PERMOHONAN AKAUN 3 KWSP

Berikut adalah merupakan kaedah cara permohonan akaun fleksible ini iaitu:

  • Secara dalam talian melalui KWSP i-Akaun dan ahli digalakkan untuk memuat turun aplikasi KESP i-AKaun
  • Kunjngi pejabat KWSP berdekatan anda

CONTOH SENARIO PEMILIHAN PINDAHAN AKAUN 3

Anda boleh memilih pindahan amaun permulaan, simpanan sedia ada dalam akaun sejahtera akan dipindahkan ke akaun persaraan dan akaun fleksibel tertakluk kepada baki Akaun Sejahtera semasa pilihan dibuat mengikut senario berikut:

AKAUN 3 KWSP
AKAUN 3 KWSP

CONTOH PENGGIRAAN PECAHAN CARUMAN KE KWSP

Caruman baharu yang diterima selepas tarikh kuat kuasa akan dikreditkan ke dalam akaun mengikut nisbah 75:15:10 iaitu Akaun 1 Persaraan (75%)Akaun 2 Sejahtera (15%) dan Akaun 3 Fleksibel (10%) seperti berikiu:

BAGAIMANA JIKA TIDAK MEMILIH UNTUK MEMBUAT PINDAHAN KE AKAUN 3 SELEPAS TEMPOH PERLAKSANAAN

Bagi ahli yang TIDAK MEMILIH untuk membuat pindahan amaun permulaan, baki sedia ada dalam akaun KWSP akan kekal seperti berikut:

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat terkini tentang Akaun 3 ini, anda boleh merujuk melalui saluran rasmi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja seperti berikut:

ARTIKEL LAIN:

Leave a Comment