AKAUN FLEKSIBEL KWSP 2024(Pengeluaran Bersasar Waktu Kecemasan)

Utama / AKAUN FLEKSIBEL KWSP / AKAUN FLEKSIBEL KWSP 2024(Pengeluaran Bersasar Waktu Kecemasan)

AKAUN FLEKSIBEL KWSP 2024(Pengeluaran Bersasar Waktu Kecemasan)

Melalui belanjawan 2024, salah satu intipati yang dimumkan adalah ‘Akaun ahli KWSP akan distrukturkan semula untuk memperkasa  simpanan persaraan. Akaun Fleksibel KWSP akan diperkenalkan  sebagai akaun baharu yang boleh diakses ahli pada bila-bila masa.’

Selaras dengan fenomena penuaan yang pesat dan landskap kerja yang semakin berkembang ke arah tidak formal di Malaysia, KWSP sentiasa mengkaji semula Skim KWSP untuk memastikan ahli-ahlinya  boleh memenuhi keperluan kitaran hidup tanpa menjejaskan simpanan mereka bagi tujuan persaraan Disini kami akan kongsikan kepada anda cara membuat pengeluaran bersasar pada waktu kecemasan, semoga membantu.

 

APA ITU AKAUN FLEKSIBEL KWSP

Akaun Flaksibel atau Akaun III KWSP diwujudkan bagi boleh diakses oleh semua ahli tanpa mengira mereka daripada kumpulan B40, M40 atau T20 pada bila-bila masa khususnya ketika kecemasan. Ia adalah untuk mengurangkan kebergantungan ke atas pengeluaran bersasar seperti yang dilaksanakan sebelum ini. Ini adalah untuk memanfaatkan dan meringankan beban kewangan ketika menghadapi keperluan di luar jangkaan.

 

TUJUAN AKAUN FLEKSIBEL KWSP

Fenomena penuaan yang pesat dan landskap kerja yang semakin berkembang ke arah tidak formal di Malaysia memerlukan KWSP menstruktur kembali akaun setiap pencarum tanpa menjejaskan simpanan bagi tujuan persaraan. Tujuan pewujudan akaun tersebut adalah bagi membantu pencarum mengimbangi keperluan jangka masa pendek, sederhana dan panjang agar simpanan persaraan itu dapat memenuhi keperluan kitaran hidup di hari tua kelak.

 

KELEBIHAN AKAUN FLEKSIBEL KWSP

Berikut adalah merupakan kelebihan akaun flaksibel KWSP ini iaitu:

  • Bagi memenuhi potensi keperluan tunai kecemasan ahli.
  • Untuk menarik minat mereka yang dalam sektor tidak formal untuk membuat caruman dengan KWSP.
  • Menangani isu aliran tunai dalam kalangan pekerja sektor tidak formal, ahli sedia ada juga boleh, secara sukarela ikut serta sebaik sahaja akaun itu diwujudkan.
  • Kepada ahli yang mendaftar akan dapat memindahkan simpanan mereka dari Akaun 1 atau 2 ke Akaun 3.
  • Mempunyai tawaran dividen, walaubagaimanapun kemungkinan ianya lebih rendah berbanding dua akaun lain. Oleh itu, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja merancang memperuntukkan caruman antara 3% hingga 5% bagi pencarum Akaun 3 yang akan dikreditkan secara automatik.

 

KADAR SIMPANAN AKAUN FLEKSIBEL

Mengenai kadar simpanan yang diperuntukkan bagi Akaun 3, ia mungkin membabitkan antara kadar lima (5) peratus hingga sepuluh (10) peratus daripada jumlah caruman oleh pencarum. Walaubagaimanapun,   mekanisme dan peratus dana yang akan dimasukkan dalam Akaun Flaksibel KWSP masih belum diputuskan lagi.

 

TARIKH PERLAKSANAAN AKAUN FLEKSIBEL KWSP

Akaun flaksibel di bawah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ini akan dilaksanakan mulai tahun 2024.

 

SYARAT KELAYAKAN AKAUN FLEKSIBEL KWSP

Akan dikemaskini kemudian setelah Kerajaan memuktamadkan akses pengeluaran bagi Akaun Fleksibel Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

 

CARA PERMOHONAN PENGELUARAN AKAUN FLEKSIBEL KWSP

Akan dikemaskini kemudian setelah Kerajaan memuktamadkan akses pengeluaran bagi Akaun Fleksibel Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai Akaun Fleksibal KWSP, anda boleh melayari portal rasmi Manfaat

ARTIKEL LAIN:

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *