CARA BUKA AKAUN MAYBANK YIPPIE UNTUK ANAK (Dapat Dividen Tinggi)

Utama / AKAUN MAYBANK YIPPIE / CARA BUKA AKAUN MAYBANK YIPPIE UNTUK ANAK (Dapat Dividen Tinggi)

CARA BUKA AKAUN MAYBANK YIPPIE UNTUK ANAK (Dapat Dividen Tinggi)

Sekiranyan anda ingin membuka akaun anak-anak, semestinya anda aka membuat pilihan terlebih dahulu. Disini kami kongsikan anda untuk membuka akaun Yippie Maybank kerana simpanan tersebut memberikan dividen yang agak tinggi, semoga membantu.

 

KELEBIHAN BUKA AKAUN MAYBANK YIPPIE

Berikut adalah merupakan kelebihan kepada anak-anak anda:

  1. Anak-anak anda mempunyai simpanan sejak lahir sehinggalah mereka meningkat remaja iaitu sehingga berumur 18 tahun.
  2. Anak-anak juga akan menerima pelbagai manfaat termasuk berpeluang mendapat pulagan wang tunai sekiranya cemerlang dalam pelajaran.
  3. Mendapat perlindungan kemalangan diri sehingga RM70,000 untuk anda dan anak.

 

SYARAT KELAYAKAN PEMBUKAAN AKAUN YIPPIE

Untuk semua kanak-kanak di bawah umur 18 tahun dengan penjaga di bawah umur 60 tahun.

 

DOKUMEN DIPERLUKAN

Pastikan anda menyediakan dokumen seperti berikut:

  1. Sijil kelahiran asal dan MyKid
  2. Kad pengenalan ibu/bapa/penjaga
  3. Passport bagi ibu bapa bukan warganegara Malaysia seperti permit belajar/pekerja, visa yang masih sah dan surat pengesahan majikan/institusi pengajian sekiranya ada.
  4. Anda juga boleh membuat pilihan untuk membuat kad ATM atau tidak.
  5. Sediakan wang tunai RM100 untuk pembukaan akaun Yippie

 

KADAR FAEDAH AKAUN YIPPIE

Jadual dibawah menunjukkan kadar fadeh:

SIMPANANFAEDAH(%P.A)
ATAS PADA RM50,0001.50
BAWAH RM50, 0000.20

Nota: Semua diveden boleh berubah dari semasa ke semasa

 

MANFAAT SIMPANAN AKAUN YIPPIE

Berikut adalah merupakan maanfaat yang akan diperolehi:

PEPERIKSAAN GRED WANG TUNAI
PT37ARM100
SPM8A/A+RM200
SPTM/A-LEVELS5A/4A & MUET BAND 6RM300
IJAZAHIJAZAH KELAS PERTAMA DENGAN KEPUJIANRM500

 

CARA BUKA AKUAN YIPPIE MAYBANK

Terdapat dua cara untuk buka akaun Yippie, iaitu:

Pembukaan Secara Manual

  1. Hadir ke mana-mana cawangan Maybank Berhampiran anda
  2. Dapatkan borang dan lengkapkan segala maklumat
  3. Tunggu Permohonan anda diproses
  4. selesai

Pembukaan Secara Online

  1. Layari pautan pembukaan akaun Yippie Maybank: https://www.maybank2u.com.my/mbb/m2u/opennewaccount/m2uOpenNewMaybankAccount.do
  2. Lengkapkan borang tersebut dengan mengisi maklumat yang diperlukan.
  3. Semak kembali maklumat yang telah anda isikan.
  4. Sekiranya tepati, klik Submit untuk menghantar permohonan anda

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai akaun Yippie Maybank, anda boleh layari website rasmi Maybank di pautan www.maybank2u.com.my

ARTIKEL LAIN

LOKASI KIOSK MAYBANK SETIAP NEGERI (Express Debit Card Replacement)

One comment

  1. Tak boleh buka akaun untuk anak online pun. Kena pergi cawangan juga. Pg bank dyorg kata boleh buka online.

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *