CARA AKTIFKAN SEMULA AKAUN ASB YANG DORMAN(Lebih 7 Tahun)

Utama / AKAUN ASB / CARA AKTIFKAN SEMULA AKAUN ASB YANG DORMAN(Lebih 7 Tahun)

CARA AKTIFKAN SEMULA AKAUN ASB YANG DORMAN(Lebih 7 Tahun)

Adakah akaun ASB dibekukan kerana polisi dorman? Apa itu polisi dorman? Bagaimana perkara ini boleh berlaku dan macam mana dengan jalan penyelesaiannya? Sudah tentu persoalan ini akan bermain di fikiran anda sekiranya akaun ASB anda telah dibekukan kerana Dorman.

 

Anda jangan bimbang, disini kami kongsikan cara aktifkan semula akaun ASB anda yang dorman  secara online, semoga membantu. Anda juga dinasihatankan untuk daftar dengan myASBN untuk memudahkan anda melakukan transaksi, rujuk cara daftar DISINI (mey link daftar myasbn).

 

APA ITU AKAUN DORMAN

 

Akaun Dorman (adakalanya dirujuk sebagai akaun yang tidak aktif) adalah akaun yang tidak mempunyai transaksi (deposit atau pengeluaran tidak termasuk caj yang dikenakan atau faedah yang dikreditkan) untuk tempoh berterusan selama sekurang-kurangnya 12 bulan.

 

CARA AKTIFKAN SEMULA AKAUN ASB

 

Untuk aktifkan kembali akaun ASB anda, pada sebelumnya anda dikehendaki membuat secara manual seperti:

  • Hubungi Pusat Khidmat Pelanggan ASB
  • Hadir kemana-mana cawangan ASNB yang berdekatan

 

Terkini, anda boleh aktifkan akaun ASB anda secara online. Berikut adalah caranya:

  1. Sediakan dokumen pengesahan diri untuk pengaktifan semula akaun ASB seperti berikut:
    1. Gambar swafoto/selfie anda bersama MyKad (pastikan gambar anda jelas dan terang)
    2. Gambar atau salinan MyKad anda (depan dan belakang)
    3. Sediakan salah satu daripada dokumen sokongan di bawah:
      1. Lesen memandu yang bergambar*
      2. Pasport*
  • Penyata Bank Persendirian
  1. Bil utiliti anda yang terkini (bil air, bil telefon, bil elektrik dll)
  1. NOTA: Pastikan dokuman sokongan anda yang berkaitan masih aktif (tidak tamat tempoh)
  1. Seterusnya emailkan semua dokumen pengesahan diri diatas kepada:
    1. Alamat email: [email protected]
  2. Anda perlu pastikan semua maklumat yang diberikan adalah jelas benar dan sahih.
  3. Pastikan format dokumen yang dihantar dalam bentuk PDF/JPG/PNG/GIF sahaja.
  4. Permohonan pengaktifan akaun ASB bagi pihak ketiga adalah TIDAK DIBENARKAN.

 

 

SOALAN LAZIM

Apa yang menyebabkan akaun ASB anda tidak aktif?

Puncanya adalah kerana akaun ASB anda sudah lama tidak digunakan maksudnya anda tidak melakukan sebarang aktiviti di dalam akaun tersebut dalam tempoh jangka masa yang lama. Hal ini menyebabkan akaun ASB anda menjadi DORMAN ataupun TIDAK AKTIF.

 

Apa itu myASBN?

Untuk makluman anda, akaun myASNB ini merupakan platform atas talian yang diterajui oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB). Kewujudan sistem ini pastinya membantu anda sebagai pengguna untuk melihat pattern pegangan mereka dan melaksanakan urusniaga secara online pada bila-bila masa dimana sahaja anda berada.

 

Adakah myASBN mempunyai aplikasi di handphone?

Terkini anda boleh memuat turun dan install aplikasi myASBN:

  • Play Store Bagi pengguna Android (https://play.google.com/store/apps/details?id=com.pnb.myASNBmobile&hl=en)
  • Apple Store Bagi pengguna IOS (https://apps.apple.com/my/app/myasnb/id1456333347)

 

 

MAKLUMAT LANJUT

 

Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan atau permasalahan mengenai akaun Asb Dorman anda boleh terus hubungi pihak yang berkaitan di saluran yang berikut:

 

ARTIKEL LAIN

TEMUJANJI ASNB ONLINE(Permohonan Janji Temu Di Kaunter Cawangan ASB Seluruh Negeri)

CARA TRANSFER DUIT KE AKAUN ASB(Guna Portal MyASNB/MAYBANK2U/CIMB CLICKS/RHB NOW)

KEMASKINI NOMBOR TELEFON ASB:CARA TUKAR/UPDATE TAC(CAWANGAN & KIOSK)

SEMAKAN STATUS BAKI ASB ONLINE:CHECK BALANCE MyASNB & MAYBANK2U

One comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *