AL-AWFAR:CARA BUKA AKAUN (SEMAKAN KEPUTUSAN TARIKH CABUTAN )
Pernah dengar tentang cabutan bertuah Al-Awfar Bank Islam?Macam mana cara nak buka atau daftar cabutan bertuah Al-Awfar?
APA ITU AKAUN AL-AWFAR?
Akaun Al-Awfar ialah akaun simpanan di Bank Islam yang menawarkan peluang untuk penyimpannya menang hadiah wang tunai setiap bulan dan setiap suku tahunan.
Satu akaun inovatif berasaskan kontrak Mudharabah yang menawarkan anda peluang untuk menang hadiah wang tunai berjumlah lebih daripada RM6 juta setahun. Cubalah sekarang. Siapa tahu anda adalah pemenang seterusnya!
KELEBIHAN AL-AWFAR
Para pelanggan akan layak untuk menyertai undian hadiah secara bulanan dan suku tahunan serta berpeluang untuk memenangi hadiah wang tunai lumayan yang ditawarkan. Berikut adalah kelebihan yang anda akan perolehi:
- Ada yang baru 2,3 bulan buka akaun terus diangkat sebagai pemenang
- Duit anda dalam akaun bank tidak terusik atau berkurang pun
- Malahan anda berpeluang untuk menang, daripada sipanan tersebut. Serampang dua mata
- Hadiah yang bakal anda terima tidak perlu bayar cukai kepada lhdn. 100 peratus jadi milik anda!
KATAGORI CABUTAN BERTUAH AL-AWFAR
Antara katagori cabutan bertuah Al-Awfar adalah seperti berikut:
- Cabutan hadiah bulanan
- Tempat Pertama : Seorang pemenang RM 100,000.00
- Tempat Kedua : Seorang Pemenang RM 10,000.00
- Saguhati : 20 Orang Pemenang RM 1,000.00
- Cabutan undian peringkat wilayah.
- Seorang daripada setiap wilayah ini akan memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM 50,000.00.
- Wilayah Utara (Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak)
- Wilayah Tengah (Kuala Lumpur dan Selangor)
- Wilayah Pantai Timur (Pahang, Kelantan dan Terengganu)
- Wilayah Malaysia Timur (Sabah dan Sarawak)
- Cabutan undian suku tahun
- Tempat Pertama : Seorang pemenang RM 1,000,000.00 (RM 1 JUTA)
- Saguhati : 20 Orang pemenang RM 10,000.00.
- Cabutan undian suku tahun (akaun amanah al-awfar)
- Tempat Pertama : Seorang pemenang RM 100,000.00
- Tempat Kedua : Seorang Pemenang RM 10,000.00
- Saguhati : 20 Orang Pemenang RM 1,000.00
CARA DAFTAR AL-AWFAR
Berikut adalah cara untuk mendaftar cabutan Al-Awfar:
- Anda hanya perlu register dan daftar akaun simpanan Al Awfar di mana mana cawangan yang terdekat dengan anda samada di Labuan Sabah Sarawak Selangor Kuala Lumpur KL Perak Kelantan Terengganu Pahang Pulau Pinang Penang Negeri Sembilan Melaka Johor Kedah dan Perlis.
- Jadi dengan akaun simpanan tersebut, anda layak masuk dalam senarai cabutan al awfar RM1 juta.
- Anda juga boleh daftar akaun secara online di sini: https://vao.bankislam.com.my/
CARA SEMAKAN KEPUTUSAN CABUTAN AL-AWFAR
Semakan keputusan pemenang boleh dibuat di sini: https://vao.bankislam.com.my/alawfarwinner/
Macam mana nak KEMASKINI NOMBOR TELEFON ASB?
TARIKH CABUTAN AL-AWFAR 2021
| PERKARA | TARIKH CABUTAN |
| Cabutan Januari 2021 | 13 Januari 2021 (SPECIAL DRAW) |
| Cabutan Februari 2021 | 9 Februari 2021 |
| Cabutan Mac 2021 | 10 Mac 2021 |
| Cabutan April 2021 | 7 April 2021 |
| Cabutan Mei 2021 | 10 Mei 2021 |
| Cabutan Jun 2021 | 9 Jun 2021 |
| Tarikh Cabutan Bulan Julai 2021 | 7 Julai 2021 (SPECIAL DRAW) |
| Tarikh Cabutan Bulan Ogos 2021 | 12 Ogos 2021 |
| Tarikh Cabutan Bulan September 2021 | 8 September 2021 |
| Tarikh Cabutan Bulan Oktober 2021 | 6 Oktober 2021 |
| Tarikh Cabutan Bulan November 2021 | 10 November 2021 |
| Tarikh Cabutan Bulan Disember 2021 | 8 Disember 2021 |
| Tarikh Cabutan Bulan Januari 2022 | akan dikemaskinikan |
SOALAN LAZIM
- Apakah syarat untuk mendaftar Al-Awfar?
- Seperti yang sedia maklum cukup sahaja dengan anda buka akaun simpanan Al awfar. Itu sahaja.
- Bagaimana Akaun AlAwfar dapat memberi manfaat?
- Para pelanggan akan layak untuk menyertai undian hadiah secara bulanan dan suku tahunan serta berpeluang untuk memenangi hadiah wang tunai lumayan yang ditawarkan.
- Bagaimana nak buka akaun Al-Awfar?
- Anda boleh buka akaun ini dengan hanya bermodalkan RM100 sahaja. Terdapat akaun bank lain dengan kadar minima untuk membuka akaun lebih rendah, tetapi tidak menawarkan hadiah dalam bentuk duit, apa lagi RM 1 juta.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi, anda boleh melayari web rasmi Bank Islam
saya ingin bertanya sekiranya simpanan saya RM10,000.00 adakah saya layak untuk cabutan bertuah Rm 1 juta
Saya da dafter pd bln Jun 2021 secara on line tetapi sehingga kini tiada follow up dr Bank.
Saya dah menyimpan tapi tk pernah menang bagaimana nk menang peraduan ni. Boleh ke up kan nama saya untuk menang.
Sy dh simpan duit dlm akaun xpernah menang pn bila bleh dapat hadiah ye agak agak bleh menang ka