ALAM FLORA CONTACT NUMBER (Cara Buat Aduan & Check Collection Schedule)

Utama / ALAM FLORA / ALAM FLORA CONTACT NUMBER (Cara Buat Aduan & Check Collection Schedule)

ALAM FLORA CONTACT NUMBER (Cara Buat Aduan & Check Collection Schedule)

Kepada warga penduduk WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya dan pahang, yang ingin mendapatkan maklumat mengenai Alam Flora seperti Nombor Telefon, cara buat aduan dan cara semak jadual kutipan, di sini kami akan kongsikan, semoga membantu.

 

APA ITU ALAM FLORA

Alam Flora Sdn Bhd  ialah salah satu syarikat pengurusan alam sekitar terkemuka di Malaysia yang berdedikasi untuk berkhidmat kepada masyarakat untuk mengurus dan mengurangkan sisa dengan kesan alam sekitar yang minimum.

 

PERKHIDMATAN ALAM FLORA
Perkhidmatan koleksi meliputi wilayah Kuala Lumpur, Putrajaya dan Pahang. Ini termasuk sisa domestik dan bukan berbahaya dari isi rumah, kawasan komersial dan premis lain dilindungi. Perkhidmatan ini terdiri daripada pengumpulan sisa kitar semula di tepi jalan seperti kadbod, surat khabar, kertas, bekas plastik dan botol kaca dari kawasan perumahan dan komersial.

Ianya menyediakan perkhidmatan kutipan kepada rangkaian sisa, termasuk:

  • Sisa Domestik atau Isi Rumah
  • Sisa Taman
  • Sisa Pukal
  • Barangan kitar semula

 

SEMAK JADUAL KUTIPAN ALAM FLORA

Jadual pengumpulan sampah domestik dan isi rumah adalah dua kali seminggu. Manakala jenis sisa lain seperti sisa taman, sisa besar dan barangan kitar semula dikutip seminggu sekali. Untuk boleh merujuk pautan di bawah untuk melihat jadual lebih detail

 

CARA BUAT ADUAN ALAM FLORA

Sekiranya anda ingin membuat aduan, anda kini boleh membuat aduan secara online melalui Portal Pelanggan. Ianya portal rasmi yang dikawalselia oleh AlamFlora Sdn. Bhd. Portal Pelanggan menawarkan perkhidmatan pengurusan aduan atau maklumbalas secara dalam talian.

Portal Pelanggan disediakan bagi memudahkan orang ramai menyampaikan sebarang permasalahan mereka secara online menerusi internet. Semua masalah yang diterima akan disampaikan juga secara online kepada organisasi pelaksana yang berkaitan. Berikut adalah merupakan cara untuk membuat aduan:

  1. Layari pautan eAduan FloraCare: https://floracare.alamflora.com.my/customer/index.cfm?page=edaftar
  2. Lengkap segala maklumat yang diperlukan:
    • Nama Penuh
    • Alamat
    • Kad Pengenalan
    • Alamat E-mel
    • Mobile (SMS) – (cth: 0193200160)
    • Telefon
    • Fax – sekiranya berkaitan
    • Kategori Pelanggan
    • Definasi Masalah
  3. Setelah lengkap semuanya, hantar kan aduan anda dengan tekan pada simbol >>

Nota: Untuk membuat aduan tiada akaun perlu didaftarkan. Tetapi sekiranya untuk mendaftar aduan baru, sila masukkan butiran diri anda serta maklumat sokongan yang lain seperti yang disyaratkan.

 

ALAM FLORA CONTACT NUMBER

Untuk sebarang pertanyaan anda juga boleh menghubungi melalui:

  • Contact Number: 1-800-88-7472
  • Email: [email protected]
  • Visit: Wisma DRB-HICOM, 2, Jalan Usahawan U1/8, Seksyen U1, 40150 Shah Alam, Selangor

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk mengetahui maklumat lanjut AlamFlora, anda boleh merujuk website rasmi di pautan http://www.alamflora.com.my/

 

ARTIKEL LAIN

JUAL BAHAN KITAR SEMULA (Semakan Senarai Tempat Pembelian Barangan Terpakai)

8 Comments

  1. Tiada sesiape pun sapu jalan pagi tengah hari petang semue hilang Sisa taman sampah taman daun kering longkang semue nyamuk sumbat jangan sampai saya call Dato hj. Mane supervisor

  2. Boleh tak pihak alam flora letakkan tong sampah besar di sekitar jaya gading , kadang2 ada sampah yg perlu di buang segera, tapi tiada tempat nak buang, terpaksa menunggu hari kutipan 2 x seminggu, bila lambat menunggu tarikh kutipan , sampah dah berulat

  3. saya nak tekankan mengenai pekerja ALAM FLORA pantai santuari penyu club med dan pantai cherating , buat kerja tak sampai sejam dah duduk rilek , melepak . buat bising tempat awam . mintak tolong orang atasan ALAM FLORA awasi pekerja ye .

  4. Assalamualaikum, saya faizal beralamat di no23, jalan 39/27b, taman desa setapak 53300 kl. Mendapati bahawa roda tong sampah saya telah tercabut. Saya jarang menggerakkan tong saya melainkan petugas alam flora yang mengambil sampah. Ada kemungkinan tak alam flora menggantikan yang baru atau bagi spare tayar dan shaft pun okay. Saya pasang sendiri.

  5. Lori sampah tidak ambil sampah seperti YG di jadual Kan.. agak menyusahkan sampah penuh dan berulat. kawasan kera Pula YG selongkar tong sampah wlaupun di ikat. Mohon ambil tndakan di sekitar Seri damai Aman maju

  6. Assalam, Mintak Alam flora bersihkan longkang belakang rumah tersumbat di Lorong 25 Taman seri mahkota, Bt12 Jalan gambang 25150 kuantan, sudah lama tersumbat,

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *