PAHANG PRIDE KID(Permohonan Program Anak Kebanggaan Pahang)

Utama / ANAK KEBANGGAAN PAHANG / PAHANG PRIDE KID(Permohonan Program Anak Kebanggaan Pahang)

PAHANG PRIDE KID(Permohonan Program Anak Kebanggaan Pahang)

Berita baik kepada ibu bapa warga Negeri Pahang, Kerajaan negeri Pahang telah memperkenalkan Program Anak Kebanggaan Pahang (Pahang Prido Kid) bagi setiap kelahiran tujuan untuk simpanan dan pembelian barangan penjagaan bayi dan ibu ketika berpantang. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara untuk membuat permohonan, semoga membantu.

 

APA ITU PAHANG PRIDE KID

Pahang Prido Kid atau program Anak Kebanggaan Pahang telah diperkenalkan Kerajaan Negeri Pahang yang merupakan  wang saguhati kepada setiap anak yang baru dilahirkan di negeri tersebut. Ia boleh digunakan untuk simpanan dan pembelian barangan penjagaan bayi dan ibu ketika berpantang.

 

SYARA KELAYAKAN PAHANG PRIDE KID

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan iaitu:

  • Bayi yang dilahirkan sebagai Warganegara Malaysia
  • Bayi dilahirkan di negeri Pahang
  • Dilahirkan pada tahun 2023

 

KADAR BAYARAN PAHANG PRIDE KID

Jumlah sumbangan bagi Program Anak Kebanggaan Pahang bagi setiap kelahiran hidup akan menerima pemberian bernilai RM300.

 

CARA BAYARAN 

Kepada penerima yang berkelayakan akan dibuat pembayaran seperti berikut:

  • RM50 untuk barang keperluan bayi
  • RM100 dalam bentuk simpanan akaun NURI (Bank Rakyat)
  • RM150 dalam bentuk Gold Bar

 

CARA PERMOHONAN PAHANG PRIDE KID

Berikut adalah merupakan cara untuk membuat permohonan:

  1. Layari pautan permohonan Google Form Permohonan Anak Kebanggan Pahang
  2. isikan segala maklumat yang diperlukan pada setiap ruangan yang tersedia
  3. Setelah lengkap klik pada Serah

 

CARA PEMBUKAAN AKAUN NURI BANK RAKYAT 

kepada anda yang ingin membuka akaun Nuri Bank rakyat, pastikan hadir ke cawangan Bank Rakyat berhampiran beserta membawa dokumen seperti berikut:

  1. Kad pengenalan ibu bapa / penjaga sah
  2. Sijil lahir bayi
  3. Sijil Tahniah Bayi Kebanggaan Pahang 2023
  4. Slip pendaftaran e-Rakyat yang telah diluluskan

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan mengenai Program Anak Kebanggaan Pahang ini, anda boleh merujuk:

  • Laman web rasmi Kerajaan Pahang : https://www.pahang.gov.my/
  • Hubungi : 09-512 6600/09-5124039 (Unit Pembangunan Wanita & Sosial Negeri Pahang)

 

ARTIKEL LAIN

2 Comments

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *