CARA GUNA APPLE PAY (Aktivated & Verification)

Utama / APPLE PAY / CARA GUNA APPLE PAY (Aktivated & Verification)

CARA GUNA APPLE PAY (Aktivated & Verification)

Adakah anda pengguna produk APPLE? Kni Applw twlah memperkenalkan satu eWAllet yang dikenali sebagai Apple Pay. Disini kami akan kongsikan cara penggunaan dan pengaktifan, semoga membantu.

 

APA ITU APPLE PAY

Apple Pay ialah sebuah perkhidmatan eWallet yang ditawarkan Apple di mana pengguna boleh membuat pembayaran secara tap atau sentuh peranti Apple mereka pada terminal. Ianya mempuyani  ciri keselamatan seperti Face ID dan Touch ID.

 

CARA APPLE PAY BERFUNGSI

Berikut adalah cara ewallet ini berfungsi:

  • Kemudahan ini dapat digunakan kerana anda telah memasukkkan data kad debit atau kredit anda dalam aplikasi Wallet.
  • Dengan sama menggunakan teknologi NFC seperti kad, iPhone atau peranti Apple tadi berfungsi sebagai pengganti kad.
  • Bukan hanya di kedai fizikal, tetapi platform dalam talian juga menyokong pembayaran Apple Pay. Contohnya, Shopee sudah menyenaraikan Apple Pay sebagai salah satu kaedah pembayaran.

 

CARA AKTIFKAN APPLE PAY

Berikut adalah cara pengaktifan eWallet ini:

  • Aplikasi Wallet ini telah dipasang (installed) dalam iPhone dan juga pengguna tidak boleh dinyahpasang (uninstall).
  • Sebagai pengguna kali pertama, anda dikehendaki untuk masukkan maklumat kad debit/kredit anda ke dalam aplikasi Wallet ini.
  • Buka aplikasi Wallet ini daripada iPhone anda.
  • Kemudian tekan tanda tambah + di hujung atas kanan. Tekan ‘Continue’.
  • Imbas kad debit/kredit anda seperti arahan diberikan atau masukkan maklumat secara manual dengan menaip.
  • Pilih bagaimana mahu mengesahkan kepada bank bahawa anda menambah kad pada Wallet.
  • Anda akan menerima arahan daripada pihak bank seperti melalui SMS atau panggilan untuk mengesahkan pautan antara kad dan peranti. Ikut saja arahan selanjutnya.\

Nota: Sekiranya anda mempunyai Apple Watch, maka aplikasi akan bertanya sekiranya anda ingin tambah pada apple watch tersebut.

CARA BAYAR GUNA APPLE PAY

Berikut adlaah merupakan cara untuk membuat pembayaran menggunakan eWallet ini:

  1. Tekan butang kuasa (power button) dua kali.
  2. Telefon akan imbas wajah (Face ID) atau jari anda (Touch ID) untuk sahkan anda yang melakukan pembayaran.
  3. Dalam masa 60 saat, letakkan atau tap telefon pada terminal pembayaran.
  4. Kalau pada Apple Watch pula, sama juga, tekan butang kuasa (bukan crown button) dua kali dan sedia diletakkan pada terminal.

 

SOALAN LAZIM (FAQ) APPLE PAY

Selamatkah membuat pembayaran guna ApplePay?

  • ApplePay masih memerlukan pengesahan daripada anda. Contohnya, melalui Face ID dan Touch ID. Menurut Apple, syarikat itu tidak simpan mahupun berkongsi nombor kad anda dalam pelayan mereka atau pada pekedai.

Adakah semua peranti Apple boleh guna untuk ApplePay?

  • Peranti yang boleh digunakan ialah iPhone 6 hingga yang terkini, semua Apple Watch, Mac dengan Touch ID, Mac yang diperkenal selepas 2012 yang sokong ApplePay dengan iPhone atau Apple Watch dan Mac dengan cip silikon Apple yang disambungkan dengan Magic Keyboard yang ada Touch ID.

Relevankah ApplePay terkini?

  • Kebanyakkan berpendapat lebih selesa dengan mengimbas kod QR berbanding ApplePay. Tapi, ini mungkin kerana mereka sendiri belum pernah merasai pengalaman membayar dengan ApplePay. Apa-apapun, ia berita baik untuk semua pengguna Apple kerana mempunyai lebih banyak pilihan melakukan pembayaran tanpa tunai.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai ApplePay ini, anda boleh melayari website rasmi Apple di pautan https://www.apple.com/

 

ARTIKEL LAIN

CARA BELI HARGA MURAH & PROMO DI APPLE EDUCATION MALAYSIA (apple.com/my)

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *