application.mot.gov.my:CARA SEMAK STATUS PERMOHONAN & KEBENARAN SISTEM SMILE

Utama / SMILE MOT / application.mot.gov.my:CARA SEMAK STATUS PERMOHONAN & KEBENARAN SISTEM SMILE

application.mot.gov.my : CARA SEMAK STATUS PERMOHONAN & KEBENARAN SISTEM SMILE

Jika anda adalah pemain industri sektor logistik, ini adalah maklumat penting untuk anda ketahui. Mulai 1 Jun 202, syarikat industri sektor logistik dan pengangkutan boleh terus mengguna pakai surat kebenaran beroperasi Sistem Maklumat Industri Logistik (Sistem SMILE) bagi pemeriksaan di sekatan jalan raya.

Untuk itu, berikut adalah cara untuk mendapatkan surat kebenaran pengoperasian bag syarikat-syarikat logistic dan pengankutan komersial melalui sistem SMILE di portal MOT https://application.mot.gov.my

 

APAKAH SISTEM SMILE?

Sistem Maklumat Industri Logistik (SMILE) dibangunkan oleh Kementerian Pengangkutan untuk mendepositkan maklumat berkaitan industri logistik negara. Semua syarikat yang menjalankan aktiviti berkaitan logisik seperti Freight Forwarders, operator gudang, syarikat shipping line, syarikat Non Vessel Operating Common Carrier (NVOCC) dan lain-lain boleh mendaftarkan maklumat perniagaan mereka.

Semasa PKP dilaksanakan, SMILE juga berfungsi sebagai portal untuk mendapatkan Pengesahan Pengoperasian Perlu (Essential Services) oleh syarikat-syarikat berkaitan logistik.

 

CARA SEMAK STATUS PERMOHONAN SMILE

  1. Layari laman web rasmi MOT di sini: https://application.mot.gov.my
  2. Lihat paparan Semakan Status
  3. Masukkan Nombor Pendaftaran Syarikat di ruangan yang disediakan
  4. Anda boleh menggunakan ketiga-tiga format nombor syarikat dari SSM
  5. Contohnya, jika nombor syarikat Sdn Bhd anda ialah 1234567-V anda boleh isikan salah satu:
    • 1234567V
    • 1234567-V
    • 202012345678 (Format terbaru SSM)
  6. Tekan butang Semak
  7. Jika mendapat kebenaran atau tidak, anda akan melihat paparan yang menyatakan kelulusan dan tekan pada Muat Turun Surat
  8. Jika syarikat anda tiada rekod dengan MOT, anda melihat ralat ini “Rekod syarikat tidak wujud. Sila pilih salah satu industri yang berkaitan dengan anda seperti di bawah”

 

CARA REGISTER ID SISTEM SMILE

Untuk mengesahkan maklumat syarikat anda dalam sistem SMIL, anda perlu untuk mendaftarkan syarikat terlebih dahulu. Berikut adalah cara untuk register sistem SMILE MoT

 

  1. Layari portal rasmi MOT di https://application.mot.gov.my
  2. Masukkan No. SSM yang didaftarkan sebagai ID pada kotak Permohonan Kebenaran Beroperasi.
  3. Jika rekod syarikat anda belum wujud, sila klik pada butang isikan maklumat anda sini.
  4. Isikan maklumat seperti yang diminta dalam paparan.
  5. Setelah selesai, sekali lagi layari pautan https://application.mot.gov.my dan isikan nombor SSM yang anda daftarkan.
  6. Masukkan maklumat seperti :
  • Nama pegawai
  • Nombor telefon bimbit pegawai
  • Alamat e-mel
  • Pendaftaran Persatuan (jika ada)
  1. Sila tekan butang Daftar setelah selesai mengisi maklumat tersebut.
  2. Paparan akan menunjukkan Berjaya! Maklumat telah berjaya didaftarkan. Anda boleh muat turun surat kebenaran dengan menekan butan Muat Turun Surat.

 

SOALAN LAZIM

Syarikat logistik / logistik apa yang dibenarkan beroperasi?

Berikut ialah senarai syarikat yang dibenarkan untuk terus beroperasi dalam tempoh Total Lockdown 2021 ini:

  • Pengangkutan Udara/Darat/Maritim
  • Pelabuhan
  • Freight Forwarder
  • Ejen Kastam
  • Ejen Perkapalan
  • Kren
  • Pergudangan
  • Servis kepada Bot dan Pelabuhan
  • Perkhidmatan Sewa Kenderaan

 

Kenderaan perdagangan / komersil apa yang dibenarkan beroperasi?

Berikut pula ialah senarai kenderaan yang dibenarkan untuk terus beroperasi dalam tempoh PKP 3.0 ini:

  • Lori dan haulier
  • Bas
  • Teksi
  • Courier

 

Industri / kedai apa yang bukan di bawah bidang kuasa MOT?

  • Bengkel Kereta
  • Pembinaan
  • Peniaga makanan
  • Kedai runcit
  • Perladangan dan Komoditi
  • Pertanian
  • Kejuruteraan

 

 

UNTUK MAKLUMAT & PERTANYAAN LANJUT

Sebarang aduan / pertanyaan, sila e-mel ke [email protected], atau WhatsApp ke 019-2907723 atau menghubungi Hotline MOT : 1800-88-7723 (8 pagi – 6 petang). Atau boleh menghubungi Pusat Pengurusan Operasi Negara, Majlis Keselamatan Negara, di talian 03-88882010.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *