ARAHAN BAYARAN (PO) PENGELUARAN KHAS KWSP: Check Pengkreditan Terus (Direct Credit)

ARAHAN BAYARAN (PO) PENGELUARAN KHAS KWSP: Check Pengkreditan Terus (Direct Credit)

ARAHAN BAYARAN PENGELUARAN KHAS

Kerajaan sebelum ini membenarkan pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui tiga skim iaitu i-Lestari, i-sinar dan i-Citra berjumlah RM101 bilion, melibatkan 7.34 juta pencarum sejak pandemik COVID-19 melanda negara dua tahun lalu.

 

 SEDIKIT INFORMASI MENGENAI PENGELUARAN KHAS KWSP

Berdasarkan dapatan kajian dan penelitian secara menyeluruh dalam fasa pemulihan selepas pandemik ini, ada dalam kalangan Keluarga Malaysia yang masih terkesan dari segi ekonomi, hilang pendapatan dan sedang membina semula kehidupan.

Kerajaan mendengar, mengkaji dan meneliti permintaan daripada semua pihak untuk mengeluarkan caruman KWSP. Justeru itu, pada hari ini Kerajaan bersetuju membenarkan pengeluaran khas  sebanyak RM10,000.

 

CARA BAYARAN ARAHAN BAYARAN (PO) PENGELUARAN KHAS KWSP DAN (DIRECT CREDIT) 

Seperti yang anda sedia maklum, pembayaran pengeluaran khas KWSP akan dilakukan melalui kaedah pengkreditan terus (direct credit) ke dalam akaun bank yang aktif milik anda. sebelum itu, sudahkan anda buat KEMASKINI NO TELEFON pengeluaran khas KWSP KWSP BAGI PROSES OTP/TAC

 

ARAHAN BAYARAN (PO) PENGELUARAN KHAS KWSP

ARAHAN BAYARAN (PO) merupakan agihan pembayaran untuk sesuatau urusan melalui cek ataupun pemindahan wang. ARAHAN BAYARAN (PO) ini merupakan opsyen yang diberikan oleh pihak kwsp. Anda boleh abaikan ARAHAN BAYARAN (PO) pengeluaran khas KWSP jika anda memilih untuk menerima bayaran secara kaedah pengkreditan terus (direct credit) . Namun, jika anda tidak memiliki akaun bank, anda boleh memilih kaedah ini. Di ingatkan lagi , jangan lupa buat KEMASKINI pengeluaran khas KWSP

 

CARA BAYARAN MELALUI ARAHAN BAYARAN (PO) PENGELUARAN KHAS KWSP

Jika anda memilih bayaran melalui arahan bayaran (PO), anda akan menerima notis pengambilan bayaran melalui arahan bayaran dari pihak bank pada tarikh yang ditetapkan .

 

CARA BAYARAN MELAUI KAEDAH PENGKREDITAN TERUS (DIRECT CREDIT)

Apabila anda selesai membuat semakan status, dan permohonan anda telah diluluskan, terdapat beberapa maklumat penting yang perlu anda lengkapkan :

  1. Maklumat bank aktif
    • Anda mesti membuat pilihan bank dan pastikan akaun bank itu adalah milik anda
  2. Nombor akaun bank ( simpanan/semasa ) aktif
    • Masukan no akaun bank yang ada pilih di bahagian maklumat bank
    • Pastikan anda memasukkan ataupun menggunakan akaun bank milik anda sahaja
  3. Sahkan no. akaun bank ( simpanan/semasa ) yang aktif
    • Masukkan semula no akaun bank untuk pengesahan

 

SEMAKAN STATUS PENGELUARAN KHAS KWSP  

Berikut ialah cara untuk buat semakan pengeluaran khas KWSP KWSP:

  1. Layari laman web rasmi pengeluaran khas KWSP di sini: http://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/
  2. Pergi ke bahagian bawah sekali
  3. Lihat butang SEMAK STATUS
  4. Anda kini boleh lihat maklumat seperti yang terpapar
  5. Tahniah jika lulus.

 

RUJUK SALURAN BERIKUT UNTUK SEBARANG PERTANYAAN DAN MAKLUMAT 

  • Laman web rasmi KWSP di pautan www.kwsp.gov.my
  • ertanya pada Ask ELYA di laman web rasmi KWSP
  • Melayari media sosial rasmi KWSP
  • Hotline pengeluaran khas KWSP di talian 03-8922 4848

 

ARTIKEL LAIN

PENGELUARAN KHAS KWSP RM10K (Permohonan & Semakan Status 2022)

PERMOHONAN PENGELUARAN KHAS KWSP ONLINE (Guna i-Akaun)

SEMAKAN TARIKH PERMOHONAN & BAYARAN PENGELUARAN KHAS KWSP 2022

i-AKAUN VIEW MODE:CARA DAFTAR KWSP ONLINE(HUBUNGI HOTLINE @ KIOSK KWSP)

8 thoughts on “ARAHAN BAYARAN (PO) PENGELUARAN KHAS KWSP: Check Pengkreditan Terus (Direct Credit)”

  1. Arahan bayaran secara tunai bila dibayar.. Saya 23/04/22 dah lulus.. Cuma saya dibayar secara tunai dan sehingga hari ini masih tak terima panggilan darpada cawangan kwsp yg saya pilih. Telefon kwsp memang tak jawab la..

    Balas
  2. Saya 25/04/22 dah lulus.. Cuma saya dibayar secara tunai dan sehingga hari ini masih tak terima panggilan dari cawangan kwsp yg saya pilih. Saya ada pergi ke KWSP pada 26/04/22 dan mereka mengatakan bahawa belum terima lagi arahan bank…Hari ini sudah 27hb saya nak guna duit urgent. Tolong beri penjelasan.

    Balas
  3. Suami 25/4/22 sudah lulus tp pembayaran melalui cek..smlm 27/4/22 sy call kwsp bdekatan dan mereka memaklumkn belum terima lg cek yg bertarikh 25hb dr hq..Mohon pihak bkenaan mmpercepatkn proses..kami belum mmbuat apa² persiapan raya lg..kesian anak²

    Balas

Leave a Comment