CARA PASANG TUKAR UPGRADE HARGA ASTRO ULTRA BOX (Setting Remote)
Kepada anda yang ingin menaik taraf kepada Astro Ultra Box, semestinya ingin mengetahui kelebihannya dan juga cara upgrade. Ini kerana kini terdapat beberapa senarai pembaharuan yang terdapat pada Astro Ultra Box yang mungkin dapat membantu anda membuat keputusan dengan lebih tepat. Disini kami akan kongsikan caranya, semoga membantu.
APA ITU ASTRO ULTRA BOX
Astro Ultra Box merupakan kotak Astro generasi terkini yang telah dilancarkan pada November tahun lalu. Didatangkan dengan kotak yang lebih kecil berbanding generasi sebelumnya, ia menyokong kandungan 4K, paparan baharu, rakaman Cloud, dan pelbagai fungsi menarik untuk meningkatkan pengalaman hiburan di rumah.
KELEBIHAN ASTRO ULTRABOX
Berikut adalah merupakan kelebihan sekiranya anda melanggannya:
KELEBIHAN | KETERANGAN |
Paparan 4K UHD
| Anda dapat menikmati UEFA Euro 2020, Liga Perdana Inggeris, La Liga dan Formula 1 di saluran 780 serta beberapa filem terpilih di kedua-dua saluran Astro Best pada resolusi Definisi Ultra Tinggi 4K (4K UHD). Untuk menikmati paparan 4K ini, anda perlu mempunyai televisyen HDCP 2.2. |
Skrin Home Baharu
| Mempunyai paparan Home yang lebih segar dan menarik dari sebelum ini. Melalui Home juga, anda boleh mengakses Video On Demand, My Library, Setting, Search dan lain-lain. Ia menunjukkan semua yang dilanggan oleh anda. |
Play From Start
| Anda tidak lagi perlu risau jika terlepas permulaan rancangan yang ingin ditonton. Melalui Play From Start, anda dapat memainkan semula rancangan tersebut dari mula selagi rancangan tersebut masih berlangsung di TV. Berbeza dengan PVR sebelum ini yang memerlukan anda merakam terlebih dahulu jika mahu menontonnya dari awal. Selain itu, anda juga boleh menggunakan fungsi pause, backward dan back forward yang boleh dipercepatkan sehingga 64 kali kelajuan. |
Butang Search
| Untuk mengingati nombor saluran yang banyak bukanlah sesuatu yang mudah. Sudah tentu lebih banyak perkara yang perlu diutamakan. Dengan butang Search, anda boleh membuat carian dengan lebih cepat dan mudah. Taip sahaja nama pelakon, tajuk rancangan, nama pengarah atau saluran dan dengan mudah anda dapat menemuinya. Dalam kata lain, taip sahaja apa-apa kata kunci yang terlintas di fikiran anda mengenai rancangan atau saluran tersebut. |
Video on Demand
| Anda dapat membuat penstriman lebih 50, 000 video yang terkini seperti drama yang baru sahaja selesai ditayangkan dan juga filem tertentu. Untuk mengakses On Demand, melalui butang Home, pergi ke Movies. Kemudian, pilih sahaja drama bersiri kegemaran dan tonton secara maraton pada hujung minggu atau bila-bila masa. Penstriman ini boleh diakses secara percuma. Namun, terdapat beberapa filem pecah panggung yang boleh dilanggan secara pay-per-view. |
Stop Here, Continue There
| Sedang anda terleka menonton rancangan kegemaran di TV, muncul pula rakan yang ingin mengajak keluar. Dengan adanya fungsi baru ini, anda boleh memilih kedua-duanya tanpa perlu membuat pilihan sama ada ingin meneruskan tontonan rancangan kegemaran dan menolak pelawaan rakan anda atau sebaliknya. Melalui fungsi ini, dengan bantuan penyimpanan awan, anda boleh pause rancangan yang sedang ditonton di televisyen dan kemudian menyambungnya semula di peranti anda melalui aplikasi Astro Go. |
Rakaman Cloud tanpa had, 200 jam percuma
| Jika sebelum ini, anda hanya dibenarkan untuk merakam dua rancangan dalam masa yang sama. Dengan Ultra Box yang mempunyai simpanan awan, anda kini boleh merakam seberapa banyak rancangan yang diingini tanpa had dan secara serentak. Rakaman juga boleh dibuat melalui Ultra Box atau aplikasi Astro Go yang boleh diakses pada mana-mana peranti. Semua rakaman tersebut akan disimpan pada bahagian Home > My Library. Anda juga boleh memilih untuk memadam rakaman rancangan yang telah ditonton untuk menjimatkan atau mendapatkan kembali storan awan tersebut. Selain itu, antara kelebihan utama penggunaan penyimpanan awan ini adalah rakaman yang telah dibuat akan disimpan dengan selamat. |
HARGA ASTRO ULTRABOX
Berikut adalah merupakan kadar harga langganan astro ini:
PELANGGAN SEDIA ADA | PELANGGAN BARU |
Anda boleh menaik taraf ke Ultra Box secara percuma jika bil bulanan Astro anda melebihi RM100. Bagi bil yang tidak melebihi RM100, anda perlu membayar RM199 untuk bertukar ke Ultra Box. Anda juga akan dikontrak semula untuk tempoh 24 bulan. | Anda perlu membayar RM99 bagi bil bulanan RM100 dan ke atas Anda perlu membayar RM199 untuk bil di bawah RM100. |
CARA UPGRADE ASTRO ULTRA BOX
Sekiranya anda ingin upgrade ke pelan ini, pastikan anda telah sediakan:
- Penukaran dekoder baharu
- Memastikan televisyen yang menyokong HDCP 2.2
- Memerlukan sambungan internet yang baik untuk menikmati segala fungsi yang ada secara menyeluruh.
CARA PASANG ASTRO ULTRA BOX
- Anda perlu menukar low-noise block downconverter (LNB) atau receiver jenis dCSS apabila ingin memasang Astro Ultra Box, berbanding jenis Universal yang dipasang sebelum ini.
- Bagi penduduk kondominium atau strata, ia mungkin menimbulkan sedikit kesukaran untuk menukar receiver ini. Namun, ia bukanlah satu masalah yang besar dan bergantung kepada pihak pengurusan kondominium tersebut.
- Dengan kebergantungan kepada internet, sudah pasti ia tidak sesuai bagi semua pengguna Astro, terutamanya penduduk luar bandar atau kawasan dengan sambungan internet yang kurang memuaskan. Anda perlu mempunyai sambungan internet dengan kelajuan sekurang-kurangnya 10Mbps.
- Sekiranya internet tidak dapat disambungkan, anda masih dapat menonton rancangan yang disiarkan seperti PVR dengan tanpa akses pada fungsi-fungsi yang memerlukan internet seperti penyimpanan awan, rakaman, Video on Demand dan sebagainya. Walau bagaimanapun, di bahagian tetapan, terdapat pilihan untuk menyimpan rakaman tersebut pada simpanan lokal dengan menyambungkan HDD luaran pada Ultra Box.
CARA MELANGGAN ASTRO ULTRA BOX
Untuk membuat tempahan dan langgan, anda boleh melayari pautan ini https://product.astro.com.my/box
APLIKASI TERBARU DI ASTRO ULTRA BOX
Kini kepada semua pengguna Ultra Box, Astro telah melancarkan secara rasmi tiga lagi aplikasi baru di peranti tersebut iaitu beIN Sports Connect, iQIYI dan TVBAnywhere+.
Dengan ini, pengguna kini boleh menstrim lebih banyak sukan global secara siaran langsung dan juga kandungan hiburan Asia termasuk drama dan filem Korea, Cina, Hong Kong, Anime dan kandungan tempatan di TV.
APLIKASI BEIN SPORTS CONNECT DI ASTRO ULTRA BOX
- Pengguna boleh mengakses pelbagai kandungan sukan antaranya liga bola sepak Eropah seperti UEFA Champions League dan UEFA Europa League secara siaran lansung dan juga boleh menonton secara on-demand.
- Info lanjut, boleh pergi ke astro.com.my/beINSPORTSCONNECT
APLIKASI IQIYI DI ASTRO ULTRA BOX
- Peminat drama dan filem dari China, Hong Kong, Korea atau peminat Anime pasti menggemari aplikas ini. Banyak kandungan menarik yang ditawarkan.
- Astro menawarkan langganan VIP Standar dan VIP Premium dengan harga istimewa iaitu RM4.90 untuk bulan pertama bermula hari ini sehingga 20 September 2022.
- Daftar iQIYI sekarang di astro.com.my/iqiyi
APLIKASI TVBANYWHERE+ DI ASTRO ULTRA BOX
- Peminat drama Hong Kong (TVB) kini boleh strim drama terkini, variety show, dan kandungan asli tanpa had menerusi aplikasi ini. Ada Against Darkness, Super Trio Returns, Ghost Bushwhacker dan banyak lagi.
- Info lanjut boleh rujuk sini www.astro.com.my/tvbanywhereplus
CARA MELANGGAN APLIKASI BARU ASTRO ULTRABOX
Untuk melanggan ketiga-tiga aplikasi abru ini, berikut adalah caranya:
- Anda hanya perlu tekan butang ‘Home’ pada remote.
- Pada bahagian ‘Apps’, pilih aplikasi yang anda ingin akses iaitu:
- beIN Sports Connect
- iQIYI
- TVBAnywhere+ di
- Ikuti sahaja langkah yang terpapar diskrin untuk log in menggunaakn ID Astro anda dengan peranti mudah alih dan sambungkan akaun dengan Ultra Box.
ARTIKEL LAIN
CARA TERMINATE ASTRO ONLINE/PANGGILAN/CENTER(POTONG & TUTUP AKAUN CONTOH EMAIL)
CARA DAFTAR ASTRO GO(REGISTER PERCUMA ONLINE astro.com.my )
SAMBUNG ASTRO SEMULA:CARA SAMBUNG SELEPAS KENA POTONG/TERMINATE