CARA DAFTAR  AUTO LABUR ASB (Guna Aplikasi MyASNB)

Utama / MyASNB / CARA DAFTAR  AUTO LABUR ASB (Guna Aplikasi MyASNB)

CARA DAFTAR  AUTO LABUR ASB (Guna Aplikasi MyASNB)

Terkini ASNB telah memperkenalkan aplikasi myASBN di mana telah menyediakan perkhidmatan Auto Labur ASB khusus untuk akaun sendiri dan minor sahaja. Dengan mendaftarkannya anda boleh membuat setiap bulan secara automatik iaitu minimum RM30.

Bagaimana cara daftar auto labur ASB ? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.

 

APA ITU AUTO LABUR ASB GUNA APLIKASI MYASNB

Auto Labur ialah perkhidmatan di myASNB yang membolehkan pelabur ASNB menetapkan pelaburan setiap bulan secara automatik.

  • Portal myASNB: Akaun sendiri, akaun anak-anak (Akaun Minor)* dan/atau Pihak Ketiga.
  • Aplikasi myASNB: Akaun sendiri dan/atau akaun anak-anak (Akaun Minor)* sahaja.
  • *Akaun Minor = Akaun Bijak/Remaja

Unit amanah yang dibolehkan untuk kemudahan Auto Labur ialah Amanah Saham Bumiputera (ASB), Amanah Saham Malaysia 2 – Wawasan (ASM 2) dan Amanah Saham Malaysia 3 (ASM 3).

 

MUAT TURUN APLIKASI MYASNB

Untuk memudahkan menggunakan perkhidmatan ini, anda seharusnya muat turun dan install aplikasi nyASNB terlebih dahulu. Berikut adalah merupakan pautan aplikasi:

  • Play Store bagi pengguna Android 
  • Apple Store bagi pengguna IOS

 

CARA DAFTAR AUTO LABUR ASB GUNA APLIKASI MYASNB

Berikut adalah merupakan cara daftar Auto Labur:

  1. Buka aplikasi myASNB anda atau layari di myasnb.com.my
  2. Klik pada Auto Labur, kemudian klik Pendaftaran
  3. Pilih akaun yang dikehendaki untuk membuat potongan Auto Labur
  4. Untuk pendaftaran akaun pihak ketiga, isikan maklumat ID pemegang unit dan nombor kad pengenalan
  5. Lengkapkan maklumat yang diperlukan, isikan jumlah potongan, tarikh potongan dan nama bank
  6. Resit transaksi akan dipaparkan setelah pendaftaran berjaya. Caj RM1.00 akan ditolak dari akaun bank anda untuk proses pengesahan akaun.
  7. Jumlah ini akan dikreditkan semula ke dalam akaun ASNB anda dalam bentuk unit.

 

SOALAN LAZIM

 

Berapakah jumlah pelaburan minimum dan maksimum menerusi Auto Labur?

Pelaburan minimum menerusi Auto Labur ialah serendah RM30.00 dan jumlah maksimum adalah RM 30,000.00.

 

Adakah sebarang caj dikenakan untuk kemudahan Auto Labur ini?

Tiada caj yg dikenakan untuk kemudahan ini.

 

Bilakah Auto Labur saya akan mula diaktifkan selepas pendaftaran?

Perkhidmatan Auto Labur akan diaktifkan dalam tempoh 48 jam selepas anda membuat sebarang pendaftaran/kemas kini. Sebaik sahaja diaktifkan, pelaburan bulanan yang anda tetapkan akan berkuat kuasa secara automatik mengikut tarikh potongan yang dipilih.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai cara daftar Auto Labor, anda boleh layari website rasmi ASNB Auto Labor di pautan www.asnb.com.my/myASNBautolabur

 

ARTIKEL LAIN

REGISTER LOGIN MyASNB :SEMAKAN PENYATA AKAUN ASB ONLINE

CARA TRANSFER DUIT KE AKAUN ASB(Guna Portal MyASNB/MAYBANK2U/CIMB CLICKS/RHB NOW)

3 Comments

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *