BACAAN IPU JEREBU TERKINI (Indeks Pencemaran Udara)

SEMAKAN BACAAN IPU JEREBU TERKINI (Indeks Pencemaran Udara Malaysia)

Kepada anda yang ingin membuat semakan mengenai bacaan IPU jerebu terkini di negeri anda, semestinya ingin mengetahui caranya. Disini kami akan kongsikan kepada anda, semoga membantu.

APA ITU IPU

Indeks Pencemaran Udara (IPU) merupakan suatu kaedah umum dan termudah untuk menghuraikan status kualiti udara khususnya di China, Hong Kong dan Malaysia. Ia juga dikira dari beberapa set data pencemaran udara. Di Tanah Besar China indeks IPU ditukar dengan Indeks Kualiti Udara yang dikemas kini sejak awal tahun 2012.

APA ITU JEREBU

Jerebu ialah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara. Partikel ini mungkin berasal secara semula jadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia. Apabila partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ianya boleh menyekat pancara cahaya matahari ke bumi. Oleh yang demikian, keadaan ini mengurangkan jarak pandangan mata kasar.

PUNCA JEREBU

Punca utama jeebu adalah akibat daripada:

  • Pembakran secara terbuka
  • Asap daripada kilang
  • Asap dari kenderaan

KADAR NILAI IPU JREBU

Berikutan Indeks Pencemaran Udara (IPU) merupakan salah satu cara untuk mengetahui tahap teruknya jerebu. Ia melibatkan pengukuran kuantiti zarah halus berbahaya seperti karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. Pengelasan tahap kualiti udara mengikut IPU adalah seperti berikut:

Nilai IPUKualiti udara
0 – 50Baik
51 – 100Sederhana
101 – 200Tidak sihat
201 – 300Sangat tidak sihat
301 – 400Berbahaya
401 – 500Sangat berbahaya
Lebih 501Kecemasan, (perintah berkurung dan Darurat boleh diumumkan oleh kerajaan)

CARA SEMAKAN IPU JEREBU TERKINI

Untuk membuat semakan IPU terkini di negeri anda, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Layari pautan Air Pollutant Index of Malaysia (APIMS) 
  2. Paparan akan menunjukkan bacaan IPU semasa
  3. Scroll ke Negeri anda atau Daerah anda untuk melihat kadar IPU
  4. Anda juga boleh untuk melihat kadar bacaan sebelumnya dengan klik pada Choose Different Date and Time

SENARAI KAWASAN TERLIBAT DALAM APIMS

Data pencemaran udara di malaysia yang dikongsikan di atas adalah membabitkan kawasan kawasan utama seluruh negeri di Malaysia :

  • Sabah : Kota Kinabalu, Keningau, Sandakan, Kimanis, Tawau
  • Sarawak : Baram, Kuching, Samarahan, Sri Aman, Sarikei, Sibu, Kapit, Mukah, Bintulu, Samalaju, Miri, Limbang
  • Selangor : Klang, Petaling Jaya PJ, Shah Alam, Banting
  • Labuan
  • Kelantan : Kota Bharu, Tanah Merah
  • Terengganu : Besut, Kuala Terengganu, Paka, Kemaman
  • Pahang : Kuantan, Rompin, Temerloh, Jerantut
  • Johor : Tangkak, Segamat, Batu Pahat, Kluang, Larkin, Pasir Gudang, Kota Tinggi, Pengerang
  • Perlis : Kangar
  • Kedah : Langkawi, Alor Setar, Sungai Petani, Kulim,
  • Pulau Pinang Penang : Seberang Perai, Seberang Jaya, Minden, Balik Pulau
  • Perak : Taiping, Ipoh, Manjung, Tanjung Malim
  • Kuala lumpur : Batu, Cheras
  • Putrajaya
  • Negeri Sembilan : Seremban, Nilai, Port Dickson
  • Melaka : Bandar Melaka, Alor Gajah, Jasin, Bukit Rambai

GOLONGAN RISIKO BACAAN IPU JEREBU TINGGI

Golongan yang berisiko tinggi semasa jerebu iaitu:

  • Kanak – kanak
  • Warga tua
  • Wanita mengandung
  • Pesakit jantung
  • Pesakit Asthma dan COPD

LANGKAH PENCEGAHAN BACAAN IPU JEREBU TINGGI

Sekiranya bacaan ICU menunjukkan udara tidak sihat, berikut adlaah merupakan langkah yang anda harus lakukan:

  1. Gunakan topeng penutup muka sepanjang anda berada di luar kawasan rumah.
  2. Banyak minum air. Sekurang-kurangnya 3 liter satu hari.
  3. Kurangkan aktiviti di luar kawasan rumah
  4. Segera mendapat rawatan doktor di klinik berdekatan jika anda menghadapi batu atau selsema yang berterusan
  5. Pastikan anda sentiasa semak bacaan ipu terkini samada indeks pencemaran udara di tempat dan kawasan anda di malaysia terus meningkat atau sudah kembali reda

KAWASAN TERJEJAS JEREBU TERKINI

Update 2 Oktober 2023 : Berikut adalah kawasan di Semenanjung merekodkan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) kategori tidak sihat iaitu melebihi 101 hingga 200 iaitu:

  • Perak: Taiping – IPU 109
  • WP KL:
    • Batu Muda – IPU 166
    • Cheras – IPU 160
  • WP Putrajaya – IPU 153
  • Selangor
    • Petaling Jaya – IPU 154
    • Shah Alam -IPU 154
    • Klang – IPU 107
    • Banting – IPU 155
    • Johan Setia – IPU 144
  • Negeri Sembilan
    • Nilai – IPU 162
    • Seremban – 156
    • Port Dickson – IPU 154

MAKLUMAT LANJUT BACAAN IPU JEREBU

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai keadaan IPU semasa, sila layari website rasmi Jabatan Alam Sekitar di pautan https://www.doe.gov.my/

ARTIKEL LAIN

Leave a Comment