SEMAKAN BACAAN IPU TERKINI (Indeks Pencemaran Udara Malaysia)

SEMAKAN BACAAN IPU TERKINI (Indeks Pencemaran Udara Malaysia)

BACAAN IPU

Kepada anda yang ingin membuat semakan mengenai bacaan IPU terkini di negeri anda, semestinya ingin mengetahui caranya. Disini kami akan kongsikan kepada anda, semoga membantu.

 

APA ITU IPU

Indeks Pencemaran Udara (IPU) merupakan suatu kaedah umum dan termudah untuk menghuraikan status kualiti udara khususnya di China, Hong Kong dan Malaysia. Ia juga dikira dari beberapa set data pencemaran udara. Di Tanah Besar China indeks IPU ditukar dengan Indeks Kualiti Udara yang dikemas kini sejak awal tahun 2012.

 

KADAR NILAI IPU

Berikutan Indeks Pencemaran Udara (IPU) merupakan salah satu cara untuk mengetahui tahap teruknya jerebu. Ia melibatkan pengukuran kuantiti zarah halus berbahaya seperti karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. Pengelasan tahap kualiti udara mengikut IPU adalah seperti berikut:

Nilai IPUKualiti udara
0 – 50Baik
51 – 100Sederhana
101 – 200Tidak sihat
201 – 300Sangat tidak sihat
301 – 400Berbahaya
401 – 500Sangat berbahaya
Lebih 501Kecemasan, (perintah berkurung dan Darurat boleh diumumkan oleh kerajaan)

CARA SEMAKAN IPU TERKINI

Untuk membuat semakan IPU terkini di negeri anda, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Layari pautan Air Pollutant Index of Malaysia (APIMS) 
  2. Paparan akan menunjukkan bacaan IPU semasa
  3. Scroll ke Negeri anda atau Daerah anda untuk melihat kadar IPU
  4. Anda juga boleh untuk melihat kadar bacaan sebelumnya dengan klik pada Choose Different Date and Time

 

 

SENARAI KAWASAN TERLIBAT DALAM APIMS

Data pencemaran udara di malaysia yang dikongsikan di atas adalah membabitkan kawasan kawasan utama seluruh negeri di Malaysia :

  • Sabah : Kota Kinabalu, Keningau, Sandakan, Kimanis, Tawau
  • Sarawak : Baram, Kuching, Samarahan, Sri Aman, Sarikei, Sibu, Kapit, Mukah, Bintulu, Samalaju, Miri, Limbang
  • Selangor : Klang, Petaling Jaya PJ, Shah Alam, Banting
  • Labuan
  • Kelantan : Kota Bharu, Tanah Merah
  • Terengganu : Besut, Kuala Terengganu, Paka, Kemaman
  • Pahang : Kuantan, Rompin, Temerloh, Jerantut
  • Johor : Tangkak, Segamat, Batu Pahat, Kluang, Larkin, Pasir Gudang, Kota Tinggi, Pengerang
  • Perlis : Kangar
  • Kedah : Langkawi, Alor Setar, Sungai Petani, Kulim,
  • Pulau Pinang Penang : Seberang Perai, Seberang Jaya, Minden, Balik Pulau
  • Perak : Taiping, Ipoh, Manjung, Tanjung Malim
  • Kuala lumpur : Batu, Cheras
  • Putrajaya
  • Negeri Sembilan : Seremban, Nilai, Port Dickson
  • Melaka : Bandar Melaka, Alor Gajah, Jasin, Bukit Rambai

 

LANGKAH PENCEGAHAN BACAAN IPU TIDAK SIHAT

Sekiranya bacaan ICU menunjukkan udara tidak sihat, berikut adlaah merupakan langkah yang anda harus lakukan:

  1. Gunakan topeng penutup muka sepanjang anda berada di luar kawasan rumah.
  2. Banyak minum air. Sekurang-kurangnya 3 liter satu hari.
  3. Kurangkan aktiviti di luar kawasan rumah
  4. Segera mendapat rawatan doktor di klinik berdekatan jika anda menghadapi batu atau selsema yang berterusan
  5. Pastikan anda sentiasa semak bacaan ipu terkini samada indeks pencemaran udara di tempat dan kawasan anda di malaysia terus meningkat atau sudah kembali reda

 

SRI AMAN CATAT BACAAN IPU TIDAK SIHAT

12 Ogos 2022 Sri Aman menjadi satu-satunya lokasi di negara ini mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat susulan keadaan berjerebu pagi ini.

Menurut laporan laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS) bacaan IPU di Sri Aman mula mencatat ke tahap tidak sihat iaitu 105 pada jam 1 pagi.  Bacaan IPU semakin meningkat pada jam berikutnya iaitu 111 diikuti 121 pada jam 3 pagi.

IPU Sri Aman terus meningkat pada jam 4 pagi apabila mencapai 131, diikuti 142 pada jam 5 pagi, 151 pada jam 6 pagi dan 152 pada jam 7 dan 8 pagi.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai keadaan IPU semasa, sila layari website rasmi Jabatan Alam Sekitar di pautan https://www.doe.gov.my/

 

ARTIKEL LAIN

JUAL BAHAN KITAR SEMULA (Semakan Senarai Tempat Pembelian Barangan Terpakai)

 

1 thought on “SEMAKAN BACAAN IPU TERKINI (Indeks Pencemaran Udara Malaysia)”

Leave a Comment