BANTUAN KHAS & DIDIK ANIS SELANGOR 2022 (Permohonan & Semakan Bayaran Sehingga RM5000)

BANTUAN KHAS & DIDIK ANIS SELANGOR 2022 (Permohonan & Semakan Bayaran Sehingga RM5000)

BANTUAN ANIS SELANGOR

Kepada ibu bapa dan penjaga anak istimewa kini boleh membuat permohonan Bantuan ANIS yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Disini kami akan kongsikan cara membuat permohonan, semoga membatu

 

APA ITU BANTUAN ANIS

Bantuan Anak Istimewa Selangor (ANIS) ialah program-program untuk anak istimewa Selangor yang telah diperkenalkan sejak tahun 2018.

Program-program ANIS ini diwujudkan untuk memperkasakan barisan ibu bapa dan penjaga, para pendidik, pengusaha institusi dan badan kebajikan anak-anak istimewa di Selangor seterusnya dapat memberdayakan anak-anak istimewa, ibubapa dan penjaga dan para pendidik untuk lebih mampan dalam mendepani dunia bercabaran ini dengan lebih cakna.

 

JENIS BANTUAN ANIS 

Terdapat dua bantuan yang ditawarkan kini iaiti:

  • Bantuan Khas ANIS
  • Bantuan Didik ANIS

 

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan:

  • Syarat kelayakan Bantuan Khas ANIS
    • Akan dimaklumkan oleh pihak EXCO Kesihatan Awam, Perpaduan, Pembangunan Wanita, dan Keluarga Negeri Selangor.
  • Syarat kelayakan Bantuan Didik ANIS
    • Terbuka kepada semua Institusi Pendidikan Anak Istimewa dan Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) berdaftar yang menjalankan EIP untuk kanak-kanak berkeperluan khas di Selangor sahaja.
    • Melengkapkan permohonan dan melampirkan dokumen sokongan.

 

TARIKH PERMOHONAN BANTUAN ANIS

Permohonan Kedua-dua bantuan ini akan dibuka mulai 17 Mei 2022 sehingga 31 Mei 2022 secara atas talian.

 

MENGENAI BANTUAN KHAS ANIS

  • Bantuan Khas ANIS ialah bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk membantu ibu bapa dan penjaga anak istimewa untuk menampung kos pendidikan, terapi, peralatan, dan ubat-ubatan yang diperlukan oleh anak istimewa tersebut.
  • Penerima bantuan khas ini akan menerima bantuan secara one-off dengan had maksima sehingga RM5,000.00 bagi satu keluarga.

 

MENGENAI BANTUAN DIDIK ANIS

  1. Bantuan Didik ANIS adalah bantuan yang diberikan secara one-off kepada Institusi Pendidikan Anak Istimewa dan Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) yang berdaftar yang menjalankan Early Intervention Program (EIP) atau Program Intervensi Awal untuk kanak-kanak berkeperluan khas di Selangor sahaja.
  2. Objektif pelaksanaan bantuan ini diwujudkan adalah untuk:
    • Membantu Institusi Pendidikan Anak Istimewa yang menjalankan EIP di negeri Selangor.
    • Memberi peluang pada Institusi Pendidikan Anak Istimewa agar dapat menaik taraf keperluan di pusat tersebut
    • Membantu anak istimewa di Selangor untuk menerima EIP dengan lebih berkesan dan sistematik.

 

CARA PERMOHONAN BANTUAN ANIS SELANGOR

Permohon yang berkelayakan boleh membuat permohonan melalui laman web https://www.anisselangor.com/ pada tarikh permohonan telah dibuka.

 

PERMOHONAN BANTUAN DIDIK ANIS FASA 2

Kepada semua Institusi Pendidikan Anak Istimewa dan Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) berdaftar yang menjalankan Early Intervention Program (EIP) atau Program Intervensi Awal untuk kanak-kanak berkeperluan khas di Selangor kini boleh membuat permohonan bantuan Didik Anis fasa 2.

Tarikh Permohonan

  • Permohonan boleh dibuat mulai sekarang sehingga 12 Ogos 2022.

Cara Permohonan

  1. Permohonan boleh dibuat melalui pautan https://www.anisselangor.com/didikanis.
  2. Pemohon hendaklah muat turun (download) borang yang telah lengkap diisi untuk dilampirkan bersama dokumen sokongan.
  3. Borang permohonan dan dokumen boleh dihantar secara fizikal di alamat berikut:
    • Pusat ANIS, East Entrance, Lot G26-28,
      Tingkat G Bangunan IDCC,
      Jalan Pahat L 15/L, Seksyen 15,
      40200 Shah Alam, Selangor.
  4. Penghantaran dokumen yang tidak lengkap akan menyebabkan permohonan tidak akan diproses.

Dokumen Sokongan

  1. Borang Profil lengkap Institusi Pendidikan Anak Istimewa (borang yang diisi di website)
  2. Salinan sijil pendaftaran pertubuhan/sijil pendaftaran dengan undang-undang tubuh yang disahkan oleh Pendaftar Pertubuhan/Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
  3. Senarai nama dan sijil petugas Institusi.
  4. Senarai nama pelatih/kanak-kanak beserta umur, nombor kad pengenalan dan jenis kecacatan/kurang upaya/permasalahan.

 

MAKLUMAT LANJUT

Maklumat lanjut mengenai bantuan ANIS ini, anda boleh melayari laman website rasmi ANIS iaitu https://www.anisselangor.com/

 

ARTIKEL LAIN

KISS SELANGOR 2022(Cara Daftar & Semak Bantuan Ibu Tunggal RM200 Sebulan)

 

Leave a Comment