BANTUAN BANJIR KELUARGA MALAYSIA ( Senarai Inisiatif  & Cara Permohonan )

Utama / BANTUAN BANJIR KELUARGA MALAYSIA / BANTUAN BANJIR KELUARGA MALAYSIA ( Senarai Inisiatif  & Cara Permohonan )

BANTUAN BANJIR KELUARGA MALAYSIA ( Senarai Inisiatif  & Cara Permohonan )

 

 

Kepada warga penduduk yang terkesan akibat banjir yang melanda, pihak kerajaan ada menyediakan inisiatif-inisiatif khusus atau bantuan untuk meringankan beban kepada penduduk yang terkesan akibat musibah banjir ini.

Apakan antara insiatif atau bantuan banjir keluarga Malaysia yang boleh dipohon? Disini kami kongsikan, semoga membantu.

 

INSIATIF BANTUAN BANJIR KELUARGA MALAYSIA

Antara insiatif bantuanbanjir keluarga Malaysia adalah:

  1. Bantuan Wang Ihsan (BWI)
    1. Bantuan Wang Ihsan (BWI) sejumlah RM1,000 untuk setiap Ketua Isi Rumah terkesan dan bantuan kematian RM10,000 kepada waris mangsa.
    2. Untuk mengetahui cara permohonan dan syarat kelayakan boleh rujuk di SINI 
  2. Bantuan Pembelian Barang Keperluan
    1. Sumbangan Pembelian Barang Keperluan sejumlah RM2,500 ini dikhaskan bagi mangsa yang mengalami kerosakan barangan/peralatan rumah akibat kediaman ditenggelami air.
    2. Memandangkan banyak sukarelawan serta NGO telah memberikan sumbangan peralatan kepada mangsa dan untuk mengelakkan pertindihan, Kerajaan bersetuju untuk memberikan wang tunai ini khusus untuk pembelian barangan keperluan mengikut kesesuaian masing-masing.
  3. Bantuan Baik Pulih Rumah Sehingga RM5000
    1. Bantuan Baik Pulih Rumah sehingga RM5,000 bagi membaik pulih rumah yang terjejas.
    2. Bagi kerosakan serius, Kerajaan menyediakan bantuan sehingga RM15,000 dan RM56,000 untuk pembinaan semula rumah yang musnah.
  4. Rebat Pembelian Barangan Elektrik
    1. Rebat Pembelian Barangan Elektrik RM500 bagi menggantikan barangan-barangan elektrik yang rosak akibat banjir.
  5. Rebat Bil Elektrik 100% Bulan Disember
    1. Rebat Bil Elektrik 100% bagi bulan Disember
  6. Diskaun Baik Pulih Kenderaan / Rebat Penggantian Kenderaan Baharu
    1. Proton – Diskaun Baik Pulih Kenderaan merangkumi servis tunda percuma, diskaun 25% upah baik pulih dan 50% untuk alat ganti kereta.
    2. Perodua – menawarkan servis tunda dan upah baik pulih percuma, serta 50% diskaun untuk alat ganti kereta.
    3. Syarikat-syarikat kenderaan berdaftar dengan MAA – menawarkan servis tunda percuma serta diskaun sekurang-kurangnya 25% bagi upah baik pulih dan alat ganti kenderaan⠀
    4. Kerajaan juga menyediakan rebat baik pulih / penggantian kenderaan baharu sejumlah RM1,000 kepada mangsa banjir.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai bantuan banjir keluarga Malaysia, boleh layari facebook rasmi Kementerian Kewangan Malaysia atau rujuk gambarajah dibawah:

"<yoastmark

9 Comments

  1. Bagaimana untuk memohon sumbangan pembelian barangan keperluan dan rebet pembelian barangan eletrik yg sudah rosak akibat banjir?

  2. Ni nak tanye ni…semua bantuan untuk org yg dah bekawin je…klu yg bujang ni takde rumah ke..klu rumah nye rosak nak mintak yg duit repair 5000 tu macam mana ..

  3. Saya wakil kepada suami, Hamran Bin Hussin ingin memaklumkan sehingga kini suami saya belum menerima Bantuan Wang Ihsan BWI bagi Mangsa Banjir. Kami amat memerlukan bantuan ini bagi membaikpulih kenderaan dan membeli tillam dan barang elektrik. Air masuk rumah kami sampai paras pinggang. Harap bantuan ini dapat disegerakan. Terima kasih.

  4. Saya tuan rumah, boleh tahu bila masa kah boleh dapat wang membiakpulih rumah RM5000, rumah bahagian dapur tanah sudah turun
    bilik air kalau hujan lebat air masuk sampai dapur lagi. Saya ada buat report di MPK, belum ada apa apa tindakkan. Harap bantuan ini dapat
    disegerakan.

    Terima kasih

    • saya pun belum terima bantuan banjir RM5000 untuk baik pulih rumah.
      bila bantuan tu akan di agih kan kepada mangsa mangsa banjir tahun lalu.
      sampai hari ni tiada apa apa berita pun dari icu.

  5. saya dah keluarkan wang simpanan sendiri sebanyak RM7000 untuk repair lantai rumah,pintu rumah yang telah rosak akibat banjir dan cat rumah semula.

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *