PERMOHONAN BANTUAN HARI RAYA i-FITRI (RM300 Untuk Rakyat Terengganu)

Utama / BANTUAN i-FITRI / PERMOHONAN BANTUAN HARI RAYA i-FITRI (RM300 Untuk Rakyat Terengganu)

PERMOHONAN BANTUAN HARI RAYA i-FITRI(RM300 Untuk Rakyat Terengganu)

Kepada penduduk Negeri Terangganu, Kerajaan Terengganu telah mengumumkan bantuan dana raya i-Fitri kepada golongan isi rumah yang berkayakan. Bagaimana cara untuk dapatkan duit raya i-Fitri ini? Anda boleh mula hantar permohonan dana raya i-Fitri secara online. Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.

 

BANTUAN i-FITRI

Berikut adalah merupakan keterangan mengenai bantuan ini

 

JUMLAH BANTUAN i-FITRI

Kadar bantuan yang ditetapkan adalah sebanyak RM300

 

TARIKH PERMOHONAN BANTUAN i-FITRI?

Pemohon yang ingin mendapatkan bantuan ini boleh membuat permohonan mulai 19 Mac 2023 sehingga 31 Mac 2023 secara atas talian.

 

SYARAT KELAYAKAN I-FITRI

Berikut adalaj merupakan syarat kelayakan yang perlu dipenuhi pemohon adalah seperti berikut:

Syarat Utama Permohonan

  1. Rakyat Terengganu dan menetap di Negeri Terengganu.
  2. Maklumat pemohon mesti ada dalam Sistem Profil Rakyat Terengganu (PRT20)
  3. Pemohon adalah pengundi berdaftar di Terengganu.
  4. Permohonan dibuat secara atas talian (online) melalui sistem i-Bantuan.

Syarat Kelayakan Bantuan i-FITRI

  1.  Penerima Bantuan i-Fitri tahun 2022 perlu mengemaskini maklumat permohonan dan dokumen di dalam sistem i-bantuan dalam tempoh permohonan.
  2. Pemohon merupakan Ketua Isi Rumah (KIR) yang MEMPUNYAI TANGGUNGAN dengan jumlah pendapatan bulanan isi rumah TIDAK MELEBIHI RM2,500.00 sebulan (termasuk gaji dan semua elaun tetap).
  3. Peniaga berlesen adalah TIDAK LAYAK memohon KECUALI pendapatan isi rumah kurang daripada RM2,500.00 sebulan dan di sahkan oleh JPKK.
  4. Semua Penjawat Awam dan lantikan kerajaan yang menerima elaun tetap bulanan adalah TIDAK LAYAK memohon.
  5. Pemohon yang tidak mempunyai slip gaji perlu mengemukakan Surat Akuan Pendapatan yang disahkan oleh Penghulu Mukim atau Pengerusi JPKK.
  6. Pemohon perlu mencetak borang permohonan sebagai simpanan dan bukti menyelesaikan permohonan
  7. PERMOHONAN boleh di tolak sekiranya Maklumat tidak benar dan tidak lengkap

 

DOKUMEN DIPERLUKAN PERMOHONAN DUIT i-FITRI

PERMOHONAN BARU dan PENERIMA i-FITRI 2022 hendaklah memuatnaik (upload) Dokumen berikut ke sistem i-Bantuan semasa membuat permohonan dan kemaskini profil:

  1. SALINAN KAD PENGENALAN pemohon dan Pasangan
  2. SALINAN SLIP GAJI atau slip pencen terkini atau Surat 02 Akuan Pendapatan pemohon dan pasangan yang disahkan

NOTA: Muatnaik (upload) dlm bentuk GAMBAR BERFORMAT JPG, JPEG, PNG & GIF

CARA MEMBUAT PERMOHONAN  i-FITRI

Kepada pemohon yang berkelayakan, berikut adalah merupakan cara untuk membuat permohonan:

  1. Permohonan untuk bantuan ini boleh dilakukan dengan memohon melalui laman web https://ibantuan.terengganu.gov.my/.
  2. Selepas selesai memohon, sila cetak borang permohonan dan sediakan dokumen yang diperlukan untuk dihantar kepada Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselematan Kampung (JPKK).
  3. Maklumat yang tidak lengkap boleh menyebabkan permohonan ditolak dan Kerajaan Negeri Terengganu berhak menolak permohonan dan meminda apa-apa syarat di atas dari semasa ke semasa tanpa notis.

 

BANTUAN i-FITRI PERANTAU

Berikut adalah merupakan keterangan mengenai bantuan kewangan ini

JUMLAH BANTUAN i-FITRI PERANTAU

Kadar bantuan yang ditetapkan adalah sebanyak RM300

TARIKH PERMOHONAN DUIT i-FITRI PERANTAU

Pemohon yang ingin mendapatkan bantuan ini boleh membuat permohonan mulai 1 April 2023 sehingga 15 April 2023 secara atas talian.

 

SYARAT KELAYAKAN DUIT I-FITRI PERANTAU

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang perlu dipenuhi pemohon adalah seperti berikut:

Syarat Utama Permohonan

  1. Rakyat Terengganu dan MENETAP diluar di Negeri Terengganu (PERANTAU).
  2. Pemohon mesti Mengisi dahulu maklumat diri dan keluarga ke dalam Sistem Profil Rakyat
    Terengganu Perantau (PRT20 PERANTAU)
  3. Pemohon adalah pengundi berdaftar di Terengganu, (Pemohon = KIR atau Pasangan).
  4. Permohonan dibuat secara atas talian (online) melalui sistem i-Bantuan.

Syarat Kelayakan Bantuan i-FITRI Perantau

  1. Pendapatan bulanan isi rumah (Gaji KIR & Pasangan) TIDAK MELEBIHI RM2,500.00 (termasuk gaji dan semua
    elaun).
  2. Semua PENJAWAT AWAM dan LANTIKAN KERAJAAN yang menerima elaun tetap bulanan adalah TIDAK
    LAYAK memohon
  3. PENIAGA BERLESEN adalah TIDAK LAYAK memohon KECUALI pendapatan isi rumah tidak melebihi
    RM2,500.00 sebulan dan di sahkan oleh penghulu, dan pengawai Kerajaan yang berkelayakan di tempat
    tinggal semasa.
  4. Pemohon yang TIDAK mempunyai SLIP GAJI perlu mengemukakan Surat Akuan Pendapatan yang disahkan
    oleh Penghulu Mukim atau Pengerusi JPKK atau Pegawai kerajaan yang berkelayakan
  5. Pemohon perlu mencetak borang permohonan sebagai simpanan dan bukti menyelesaikan permohanan
  6. PERMOHONAN boleh DITOLAK sekiranya Maklumat tidak benar dan tidak lengkap

DOKUMEN DIPERLUKAN PERMOHONAN DUIT i-FITRI PERANTAU

PERMOHONAN BARU hendaklah memuatnaik (upload) Dokumen berikut ke sistem i-Bantuan semasa membuat permohonan:

  1. Salinan Kad pengenalan /sijil kelahiran bagi pemohon dan 1 tanggungan.
  2. Salinan Slip gaji atau slip pencen terkini atau Surat Akuan 2 Pendapatan yang di sahkan.
  3. Salinan Surat Akuan Bermastautin atau Salinan Bil 3 Elektrik atau Air

NOTA: Muatnaik (upload) dlm bentuk GAMBAR BERFORMAT JPG, JPEG, PNG & GIF

 

CARA PERMOHONAN DUIT i-FITRI PERANTAU

Kepada pemohon yang berkelayakan, berikut adalah merupakan cara untuk membuat permohonan:

  1. Permohonan untuk bantuan ini boleh dilakukan dengan memohon melalui laman web https://ibantuan.terengganu.gov.my/.
  2. Selepas selesai memohon, sila cetak borang permohonan dan sediakan dokumen yang diperlukan untuk dihantar kepada Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselematan Kampung (JPKK).
  3. Maklumat yang tidak lengkap boleh menyebabkan permohonan ditolak dan Kerajaan Negeri Terengganu berhak menolak permohonan dan meminda apa-apa syarat di atas dari semasa ke semasa tanpa notis.

 

ARTIKEL LAIN

i-RAHMAN RMR TERENGGANU(Cara Permohonan Skim Pembiayaan Perumahan)

RUMAH MAMPU MILIK NEGERI TERENGGANU(Permohonan & Semakan eperumahan.terengganu.gov.my)

6 Comments

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *