BANTUAN KHAS IBU TUNGGAL KERAJAAN NEGERI MELAKA(Borang Permohonan PPWN)

Utama / BANTUAN KHAS IBU TUNGGAL MELAKA / BANTUAN KHAS IBU TUNGGAL KERAJAAN NEGERI MELAKA(Borang Permohonan PPWN)

BANTUAN KHAS IBU TUNGGAL KERAJAAN NEGERI MELAKA(Borang Permohonan PPWN)

 

Kepada ibu tunggal yang berada di negeri Melaka, terdapat satu insentif yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Melaka kepada golongan ibu tunggal iaitu Bantuan Khas Ibu Tunggal Kerajaan Negeri Melaka 2022.

Bagaimana cara untuk membuat permohonan? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.

 

APA ITU BANTUAN KHAS IBU TUNGGAL KERAJAAN NEGERI MELAKA

Bantuan khas ini diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Melaka bagi membantu meringankan beban ibu tunggal yang mempunyai anak yang masih bersekolah bagi menghadapi alam persekolahan yang akan bermula tidak lama lagi.

 

TARIKH PERMOHONAN

Permohonan bantuan khas ini bermula pada  19 Januari 2022.

 

SYARAT PERMOHONAN 

Berikut adalah merupakan syarat permohonan yang ditetapkan bagi Bantuan Khas IbuTunggal Kerajaan Negeri Melaka:

  • Pemohon merupakan warganegara Malaysia dan menetap (tinggal) di Melaka.
  • Wanita yang menjadi Ketua Isi Rumah (KIR) seperti dalam tafsiran definisi Ibu Tunggal.
  • Mempunyai pendapatan isi rumah di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) iaitu sebanyak RM1,169.00 atau RM310.00 per-kapita.
  • Mempunyai tanggungan berusia 17 tahun dan ke bawah serta masih bersekolah.

 

KATEGORI PEMOHON 

Bagi katagori pemohon bantuan khas ini adalah ibu tunggal yang menjadi Ketua Isi Rumah (KIR) bagi kategori:

  • Ibu yang telah diceraikan secara hidup atau mati dan masih mempunyai tanggungan; atau
  • Mempunyai suami tidak berupaya untuk bekerja disebabkan sakit terlantar atau Orang Kelainan Upaya (OKU) atau tidak berkemampuan untuk bekerja (banduan); atau
  • Ibu tunggal yang mempunyai anak angkat beserta dokumen pengangkatan yang sah.

 

CARA PERMOHONAN 

Berikut adalah merupakan cara untuk membuat permohonan bagi bantuan khas ini:

  1. Permohon boleh mengisi borang permohonan yang boleh didapati di lokasi yang terpilih
  2. Berikut adalah merupakan lokasi yang terpilih bagi permohonan bantuan khas ini:
    • Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Melaka, Aras 15, Menara Persekutuan, Jln Persekutuan, 75450 Ayer Keroh, Melaka.
    • Pejabat Pembangungan Wanita Negeri Melaka, KPWKM, Aras 1, Pusat Transformasi Bandar (UTC) Melaka, 75300 Melaka.
    • Kompleks-Kompleks JAPERUN berdekatan. Maklumat Kompleks JAPERUN boleh dirujuk melalui pautan https://www.melaka.gov.my/ms/kerajaan/lain-lain/japerun

 

MAKLUMAT LANJUT

Bagi yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai Bantuan Khas IbuTunggal Kerajaan Negeri Melaka, anda boleh hubungi Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Melaka di talian 06-231 0334.

 

ARTIKEL LAIN

PERMOHONAN & SEMAKAN STATUS RUMAH MAMPU MILIK MELAKA ONLINE( LPNM)

 

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *