PERMOHONAN BANTUAN IBU TUNGGAL KERAJAAN NEGERI TERENGGANU

PERMOHONAN BANTUAN IBU TUNGGAL KERAJAAN NEGERI TERENGGANU

Berita menggembirakan kepada ibu tunggal di Negeri Terangganu , kerajaan negeri telah memperkenalkan bantuan Ibu Tunggal Terengganu. Kepada ibu tunggal yang kelayakan anda di alu-alukan untuk membuat permohonan. Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.

 

APA ITU BANTUAN IBU TUNGGAL TERENGGANU

Bantuan Ibu Tunggal ini adalah bantuan one-off yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Terangganu khas kepada ibu tunggal di negeri tersebut. Ibu tunggal yang layak menerima bantuan ini mestilah daripada mereka yang berpendapatan rendah.

 

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN IBU TUNGGAL TERENGGANU

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan iaitu:

  1. Terbuka kepada semua wanita yang berstatus ibu tunggal.
  2. Penerima bantuan i-FITRI tidak layak memeohon.
  3. Pendapatan isi rumah pemohon mestilah di bawah RM2,500 sebulan.
  4. Penjawat awam dan kakitangan kerajaan tidak layak memohon.

 

SYARAT UTAMA I-BANTUAN

Berikut adalah merupakan syarat i-Bantuan yang ditetapkan untuk pemohonan membuat permohonan:

  1. Pemohon adalah rakyat Terengganu dan menetap di Negeri Terengganu.
  2. Maklumat pemohon mesti telah ada dalam Sistem Profil Rakyat Terengganu (PRT 20).
  3. Pemohon adalah pengundi berdaftar di Negeri Terengganu.
  4. Permohonan secara atas talian (online) melalui sistem i-Bantuan.

 

KADAR BANTUAN IBU TUNGGAL TERANGGANU

Kepada pemohon yang layak akan menerima bantuan ini sebanyan RM150 secara one-off.

 

TARIKH BANTUAN IBUTUNGGAL TERENGGANU

Pemohonan dibuka mulai 24 Ogos 2022 sehingga 3 September 2022 melalui sistem i-Bantuan.

 

CARA PERMOHONAN BANTUAN IBU TUNGGAL TERENGGANU

Pemohon yang berkelayakan boleh membuat permohonan seperti berikut:

  1. Layari laman Sistem i-Bantuan  https://ibantuan.terengganu.gov.my/#/
  2. Log masuk akaun anda. Sekiranya anda pengguna baharu klik pada Daftar.
  3. Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang Daftar.
  4. Sekiranya maklumat pemohon (KIR) tiada dalam sistem PRT20, maka pemohon berkenaan tidak akan Berjaya mendaftar dalam sistem iBantuan.
  5. Untuk memastikan nama berada di dalam sistem PRT20, sila muat turun Borang PRT20, lengkapkan, dan hantar terus kepada JPKK atau Pusat Khidmat Masyarakat DUN.
  6. Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.
  7. Klik butang Mohon pada ruangan Pencen Rakyat.
  8. Baca syarat permohonan yang tertera dan klik Berikutnya.
  9. Masukkan no kad pengenalan dan klik butang Semak.
  10. Isikan borang permohonan dengan lengkap.
  11. Klik butang Simpan dan Cetak.
  12. Lengkapkan lampiran yang diperlukan.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat dan pertanyaan lanjut mengenai Bantuan Ibu Tunggal, sila merujuk atau hubungi JPKK atau Pusat Khidmat Masyarakat DUN untuk urusan permohonan

 

ARTIKEL LAIN

RUMAH MAMPU MILIK NEGERI TERENGGANU(Permohonan & Semakan eperumahan.terengganu.gov.my)

 

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *