Pengenalan BAIK
Kerajaan negeri Sabah menawarkan Bantuan Ihsan Komputer (BAIK) 2024 kepada pelajar Sabah yang sedang belajar di Institut Pengajian Tinggi (IPT). Inisiatif ini bertujuan membantu mereka yang kurang berkemampuan memiliki komputer untuk tujuan pembelajaran.
BAIK merupakan inisiatif Kerajaan Sabah di bawah pimpinan Ketua Menteri Sabah YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor. Program ini telah dimulakan sejak tahun 2021 dan terus diperkasa pada tahun 2022. Fasa 1 program ini telah memberi manfaat kepada 10,000 orang pelajar dengan peruntukan sehingga RM 15 juta.
Syarat Permohonan BAIK
- Permohonan terbuka kepada pelajar IPT berstatus Bumiputera dari Sabah.
- Hanya satu komputer untuk setiap Ketua Isi Rumah (KIR).
- Pemohon perlu memberikan justifikasi keperluan komputer riba.
- Ibu bapa atau penjaga dalam golongan e-kasih.
- Permohonan hanya boleh dibuat secara online di laman web https://baik.sabah.gov.my/.
- Dokumen yang perlu disertakan termasuk Surat beranak, Salinan Kad Pengenalan/Sijil Cerai/Sijil Kematian, dan lain-lain seperti Slip gaji ibu bapa.
Cara Memohon secara Online Bantuan Ihsan Komputer Sabah
- Layari laman sesawang https://baik.sabah.gov.my/.
- Klik “Permohonan” pada bahagian bawah halaman.
- Isi maklumat dengan lengkap dan betul.
- Muat naik dokumen sokongan yang diperlukan.
- Klik “Submit” untuk hantar permohonan.
Pertanyaan dan Maklumat Lanjut Bantuan Ihsan Komputer Sabah
Untuk maklumat lanjut mengenai BAIK, sila hubungi Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas di talian 088-369897 atau layari laman web https://baik.sabah.gov.my/.
Dengan BAIK Sabah, kerajaan negeri Sabah berharap dapat membantu pelajar Sabah yang memerlukan untuk memperoleh akses kepada peralatan pembelajaran yang diperlukan.
Artikel Lain Permohonan Rumah PPRT Sabah