Bantuan Kebajikan SABAH JPKA Permohonan eSBK

JPKA SABAH :Permohonan Bantuan Kebajikan Online(eSBK)

Kepada rakyat sabah yang ingin membuat permohonan bantuan kebajikan terutamanya untuk warga emas, kini anda boleh membuat permohonan melalui Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA Sabah). Disini kami akan kongsikan kepada anda senarai bantuan yang tersedia dan juga cara untuk membuat permohonan, semoga membantu.

APA ITU JPKA SABAH

Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah telah ditubuhkan pada tahun 1967. Penubuhan ini adalah hasil daripada satu laporan yang dikenali dengan nama Laporan Suruhanjaya Antara Kerajaan (Inter Governmental Committee-I.G.C), yang antara lain memperuntukkan pembahagian tanggungjawab di antara Kerajaan-Kerajaan Negeri dan Persekutuan.

OBJEKTIF JPKA SABAH

Objektif penubuhannya adalah:

  • Mewujudkan masyarakat yang mengamalkan budaya ikram selaras dengan Dasar Kebajikan Masyarakat Negara
  • Melahirkan masyarakat yang sejahtera dan bersatu melalui perkongsian tanggungjawab dan penyampaian perkhidmatan pembangunan sosial yang cekap dan berkesan
  • Memberi perlindungan dan pemulihan kepada kumpulan sasar jabatan
  • Membangunkan masyarakat melalui perubahan sikap dan peningkatan keupayaan untuk berdikari

SYARAT KELAYAKN JPKA SABAH

Secara umumnya, pemohon haruslah seorang Warganegara Malaysia yang bermastautin di Sabah;. tidak mempunyai pendapatan tetap; miskin/ balu/ janda/warga emas atau Orang Kurang Upaya


SENARAI BANTUAN JPKA SABAH

Senarai Bantuan Kebajikan di bawah jabatan ini adalah seperti berikut :-

  • Bantuan Am
  • Bantuan Anak Yatim
  • Bantuan Kanak-kanak
  • Bantuan Orang Tua (BOT)
  • Bantuan Penjagaan OKU / Terlantar / Pesakit Kronik Terlantar (BPT)
  • Elaun Pekerja Cacat (EPC)
  • Bantuan OKU Tidak Bekerja
  • Bantuan Segera
  • Bantuan Mangsa Serangan Binatang Buas
  • Bantuan Anak Pelihara

NOTA: Untuk melihat maklumat lanjut mengenai setiap bantuan, anda boleh merujuk DI SINI https://jpka.sabah.gov.my/perkhidmatan/bantuan-kebajikan

DOKUMEN DIPERLUKAN

Berikut adalah merupakan antara dokumen asas yang diperlukan iaitu:

  • Salinan Kad Pengenalan yang disahkan benar oleh Jabatan Pendaftaran
  • Salinan surat beranak
  • Laporan perubatan (jika berkaitan)
  • Surat cerai (jika berkaitan)
  • Sijil mati pasangan (jika berkaitan)
  • Salinan no akaun bank

CARA PERMOHONAN BANTUAN KEBAJIKAN SABAH JPKA

Berikut adalah merupakan cara permohonan bantuan ini:

  • Borang Pengesanan Perkhidmatan/ Rujukan Awal. Borang ini boleh juga dimuat turun dari laman web https://jpka.sabah.gov.my/.
  • Sila buat permohonan di Pejabat Kebajikan Bahagian/ Daerah yang berdekatan.

NOTA: Bermula 1 Januari 2023, Jabatan Perkhidmatan Kebajikan AmJPKA Sabah membangunkan satu sistem baharu permohonan bantuan kewangan secara dalam talian. Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Flovia Ng berkata, permohonan dalam talian itu disediakan bagi memberi kemudahan kepada permohonan demi keselesaan dan kesejahteraan mereka.

TEMPOH KELULUSAN PERMOHONAN BANTUAN KEBAJIKAN SABAH JPKA

Tempoh sesuatu permohonan itu dapat diluluskan adalah dari Satu (1) bulan dari tempoh penghantaran borang permohonan.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjutmengenai Bantuan KebajikanSabahJPKA,anda boleh melayari website ย rasmi ย Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah di pautan https://jpka.sabah.gov.my/

ARTIKEL LAIN

RUMAH MAMPU MILIK SABAH:Cara Permohonan Rumah Kos Rendah/SPPUGBR/SPRP (lppb.gov.my)

54 thoughts on “Bantuan Kebajikan SABAH JPKA Permohonan eSBK”

  1. ๐’๐š๐ฒ๐š ๐ฎ๐ฆ๐ฒ ..๐ค๐ง๐ฉ ๐ฌ๐š๐ฒ๐š ๐ญ๐š๐ค ๐ฅ๐š๐ฒ๐š๐ค ๐ฆ๐ž๐ง๐ž๐ซ๐ข๐ฆ๐š ๐›๐š๐ง๐ญ๐ฎ๐š๐ง ๐œ๐จ๐ฏ๐ข๐19(๐‘๐ฆ300) ๐ฌ๐ž๐๐š๐ง๐  ๐ค๐š๐ง ๐ฌ๐š๐ฒ๐š ๐ ๐จ๐ฅ๐จ๐ง๐ ๐š๐ง ๐ ๐›๐š๐ฐ๐š๐ก ๐40….๐ฌ๐ž๐๐š๐ง๐  ๐ค๐š๐ง ๐ฌ๐š๐ฒ๐š ๐š๐๐š ๐ซ๐š๐ฆ๐š๐ข ๐š๐ง๐š๐ค ๐๐š๐ง ๐ฆ๐š๐ฌ๐ข๐ก ๐›๐ž๐ซ๐ฌ๐ž๐ค๐จ๐ฅ๐š๐ก

    Balas
    • Saya pun masih tak dapar lagi ..lagi pun dah lama tak berkerja ,di sebabkan covid melanda d negara kita ni..dahlh anak masih ada bersekolah..Harap kerajaan fahamlh keadaan sekarang ni rakyat dalam keadaan susah..

      Balas
  2. Saya bujang bekerja di semenanjung dan sekarang tidak bekerja lagi, balik sabah pun susah bawa penyakit nanti. Saya memohon bantuan covid sabah pada bulan may 2020 lalu tapi tidak lulus. Kenapa tidak lulus, Sebab apa?

    Balas
  3. Saya pun tak dapat jugak ni tidak layak…apa ni kata mau tolong anak Sabah yang kerja di semenanjung…skrg ni sudah tidak berkerja MCM mana ini

    Balas
  4. Saya Ismail.. status semakan bantuan covid 19 saya d paparkan PEMBAYARAN TIDAK BERJAYA.. invalid no account konon.. dah 2 kali seharusnya terima dlm Hb 22.04.2020 & 17.11.2020.. saya rujuk kaunter BSN’ akaun aktif (pembayaran sistem EFT.. ???)

    Balas
  5. Saya seorang nelayan persisiran pantai kenapa saya tak layak menerima bantuan covit 19 sabah saya pun terkesan akibat covit 19

    Balas
  6. Nama Sya da layak jdi penerima bantuan tersebut..
    Tpi kenapa bila sya pergi tuntut di bank bsn.. Pihak bank tak bgi.. Sya di suru prgi rujuk dlu ke pejabat daerah..

    Balas
    • Ermmm semua pegawai kerajaan negeri Sabah ni tk tau buat kja kh atau apa?konon mau bagi bantuan tp golongan sasar yg terpilih sj yg DPT stgh lg tgl tengok jalh org lain DPT bantuan ini baru betul pilih bulu atau kerajaan negeri Sabah tidak pandai mengatur sistem apalah begini bagus kamu kasi jatuh ja ni pegawai2 kerajaan bagini tiada guna jadi pegawai sama ja ndak payah kasi tau ada bantuan klu begini kn

      Balas
  7. BAGILAH INFO TEPAT MENGENAI PERMOHONAN COVID19 RM 300 …?YANG DI BAGI PERMOHONAN TIDAK BERDAFTAR DI BAWAH JABATAAN MAFI TU…TAK FAHAMLAH..MCM MNA BUAT PERMOHONAN…. BANTUAAN ADA?? TAPI PERMOHONAN SUSAH NAK POHON..SAYA DAH BUAT PERMOHONAN LALU TAK DAPAT LANGSUNG…HANYA ADA TIDAK BERDAFTAR DI BAWAH JABATAN MAFI…TAK PAHAMLAH??

    Balas
  8. Saya xdpt batuan covid 19 Sabah bilang xdi daftar mafi mna itu mafi saya mau daftar saya native Sabah kenapa x dpt tlong buat pencerahan bpn saya dpt plak

    Balas
  9. Kenapa saya tak lulus ya…saya golongan b40 tapi tak dapat ramai yg anak beranak yg dapat saya nie ada anak 4 org anak kecil tak dapat.bujang semua pulak dapat adoiii….cuba kamu cubit tangan kamu kalau sakit mcm tu juga kami.,.smoga allah membala
    s kamu amin

    Balas
  10. Salam…sye ibu tunggal & mmpunyai seorang anak yatim…sye jge golongan b40 yg hidapi penyakit migrain yg agak truk jge…sye nak tahu jge knp sye x dpt bantuan bkit rm 300.. tolong jelas kan…

    Balas
  11. Saya tergolong dalam kategori b40, tiada sumber pendapatan kerana tiada pekerjaan sejak 3 tahun lalu, namun begitu, saya juga tidak mendapat bantuan covid sabah. Semoga ada insan yang prihatin.

    Balas
  12. Sepatut nya, kerajaan peka kpd b40 sy pun b40, mei 2020 tdk dpt dikreditkan dlm akaun sy kerna tdk, aktif, stelah sy aktif kan, bantuan utk sabah utk hujung tahun 2020 dan awal thn 2021 masih tak dpt.
    Sdg bantuan b40 rekod kerajaan Malaysia ada,, dapat..
    Ketua menteri Sabah saya skrg ni.. oii kenapa tak bagi.. masih pilih kasih ka kami yg kasi up kmu semua tau dlm pr yg lalu..

    Balas
  13. Saya kisah sautang,,kenapa kami rakyat Sabah tidk dapat bantuan RM 300 ini,,,kami susah bapa saya banyak anak knp dia tidk dapat bantuan ini,,,saya sdh berusaha memohon hari tu tpy sama juga tidk dpt,, kesian bapa saya ,,,,

    Balas
  14. Rasa MCM bukan rakyat Sabah lh plak kn ada yg DPT ada yang tidak DPT sedangkan golongan sasar mempunyai rekod dlm LHDN yg layak kategori rakyat miskin tp tak DPT itu yg musykil,tk salahlah rakyat mengeluh sbb rasa tidak adil rasa MCM d anak tirikan plak

    Balas
  15. Sya ni di bawah golongan B40 tapi x dapat juga bantuan covid 19,anak pun dh ada,dh la x berkerja di kenakn pkp lagi.. Bantuan covid 19 pun x dapat baru ini, skali jer dapat bantuan anak2x sabah berkerja di semanajung,itu masa di sana, skrg dh duduk rumah sja d sabah ni, bantuan pun covid pun xda masuk2x,ckp jer Bantuan untuk golongan B40,tapi x semua g dapat, tidak tau sya dari mna punca masalah ini..hnya kata2x saja kerjaan sabah skrg ni

    Balas
  16. Pemimpin di sabah ni tolong lh,tengok data bsh tu,kau orang boleh nmpak mna rakyat sabah d bawah golongan B40.x semastinya mau ketogeri e kasih saja,ramai lg rakyat sabah x berdeftar dlm e kasih,sya ni lh org yg susah, xda apa2 hasil pendapatan,harapkn wang kwsp tuk mmbantu keluarga sndiri,,, pemimpin skrg d sabah ni.. Entah lh,ckp ambil berat pasal rakyat sabah, tapi masih juga yg ada x mndapat bantuan covid 19 RM300 tu…

    Balas
  17. Semua hanya wang kwsp jer.i lestari. I sinar tuk mmbantu kluarga sya sndiri, kerjaan pusat jer yg bnyak mmberi bantuan kpd sya,klu nk harapkn kerjaan negeri sabah..habuk pun xda,tengok rakyat lh bossku,d smua dearah negeri sabah ni,jgn tau ambil jawatan cm jer,brtambah ramai rakyat sabah hidup dlm kedaan susah.lg d tmbah pkp… Pantau bossku

    Balas
  18. Masa mengundi saya adalah pemilih juga
    Tapi masa bantuan tak terpilih lah pula.
    Aduiiii…panasss lah jugaaaa..kekadang
    Kalu di perhati kan yng layak tak akan dapat punya laaa..tapi yang tak layak .
    Tak sepatut nya lulus.tetiba lah pula awallll lagi masukkkk..mungkin ada yng.
    Menyangkal ne hal,tapi bole kita bukti kan
    Kalu nak..naaa…itu yng bikin panass..

    Balas
  19. Emil Suda,call Suda,tapi jawapan tetap Sama,masam tahiiii betul,saya Rasa itu bantuan one off suda masuk Salah pocket,rest in peace lorrr,
    Dari tarikh dia umum bantuan sampai sekarang tidak masuk2.mengasih palui rakyat saja

    Balas
  20. Saya mohd faizul khair bin bahari saya nak tahu macam mana mahu kemaskini balik2 mahu suruh cek tapi perlu di kemaskini jadi sekarang dimana mahu kemaskini

    Balas
  21. Mcm mna saya mau tahu saya layak atau tdk bntuan covid sabah nie..knpa saya nak cek nama saya tak bole..ad ka saya dpt bayaran tunai atau bank..?

    Balas

Leave a Comment