BANTUAN KEHILANGAN PENDAPATAN (BKP):SEMAKAN STATUS & TARIKH PEMBAYARAN(Bila Duit Masuk?)

Utama / BANTUAN KEHILANGAN PENDAPATAN (BKP) / BANTUAN KEHILANGAN PENDAPATAN (BKP):SEMAKAN STATUS & TARIKH PEMBAYARAN(Bila Duit Masuk?)

BANTUAN KEHILANGAN PENDAPATAN (BKP):SEMAKAN STATUS & TARIKH PEMBAYARAN(Bila Duit Masuk?)

Sepanjang tempoh pandemik ini, ramai yang terjejas teruk serta kehilangan pekerjaan sewaktu COVID-19 ini berlaku. Perkara ini haruslah dipandang serius dan merisaukan terutamanya bagi mereka yang mempunyai keluarga untuk ditanggung.

Melalui pakej PEMULIH, individu yang kehilangan pendapatan akan mendapat Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) yang terjejas akibat pandemik Covid-19. Dengan bantuan yang disalurkan ini dapat meringankan beban untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Bagaimana cara memohon dan semakan kelayakan BKP? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.

 

APA ITU BKP

Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) merupakan salah satu daripada Senarai Bantuan Kerajaan Untuk Golongan B40 bagi mereka yang kehilangan pendapatan akibat pandemik Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh negara.

 

SYARAT PERMOHONAN BKP

Tiada syarat kelayakan rasmi dikeluarkan setakat ini oleh mana-mana pihak kerajaan. Tetapi, jika kelayakan adalah sama seperti syarat kelayakan BKP yang diumumkan sebelum ini lepas, syarat kelayakan adalah seperti berikut :

  • Penerima bantuan adalah untuk mereka yang berumur antara 21 hingga 60 tahun.
  • Pembayaran BKP ke akaun penerima selepas pengesahan kehilangan pendapatan dan semakan silang dibuat melalui:
    • Sistem Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN),
    • Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
    • Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

 

JUMLAH BANTUAN BKP

Jumlah bantuan BKP yang diberikan adalah seperti berikut :

  • RM 500
  • Pembayaran akan dilaksanakan secara one-off

 

TARIKH PEMBAYARAN BKP

Mengikut daripada kenyataan yang diberikan:

  • Pembayaran bantuan BKP ini bermula 26 Oktober 2021.
  • Pembayaran adalah secara berperingkat

 

CARA PERMOHONAN DAN SEMAKAN BKP

Menurut kenyataan di laman web Kementerian Kewangan (MOF), pemberian bantuan itu berdasarkan data daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau PERKESO pada 2021.

 

SEMAKAN STATUS BKP 2021

Semakan status kelulusan BKP boleh dibuat mulai 26 Oktober
2021 melalui Portal BKP, iaitu https://bkp.hasil.gov.my.

Untuk maklumat lanjut, penerima BKP juga boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) yang turut dimuat naik di portal berkenaan.

 

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai Bantuan Kehilangan Pendapatan, anda bolehlah sentiasa merujuk:

 

ARTIKEL LAIN

SEMAKAN STATUS BPR FASA 3(TARIKH BAYARAN & JUMLAH BAKI YANG AKAN DITERIMA)

99 Comments

    • Saya x tau mcm mana nk mohon bantuan ni kerna rm500 penting untuk saya dan anak saya lgi seorang di madrasah. Kerna saya nk bayar balik hutang kawan duit urusan jenazah dan seribu lebih. Masa tu di bulan 9 nilah anak saya meninggal dan saya x tau nk dpt duit untuk mandi mayat dn kebumian. Saya ni saudara mmg x ada kerna saya dn 2 anak masuk islam dn saudara x ambil tau hal kmi. Duit kebumian terpaksa pinjam kwan. Kerja pun di berhentikn. Sewa bilik dh 3 bulan x mampu bayar. Nasib tn rumah hati baik. Faham masaalah kmi. Kenapa kerajaan dan pej zakat x faham apa yg saya mohon. Smua di batal. Bulan 9 ni masa kebumian saya ke pej zajat cerita beban saya dn minta bantuan rm600 x ckup. Apa yg mereke buat kat saya. Hanya Allah je tau. Ada ke bgi rm150 suruh saya x blh setiap bulan mai minta di pej zakat. Masa saya dn anak masuk islam demi allah saya x niat nk duit zakat slalu. Jangan pegawai zakat sangka buruk masuk islam kerna nk duit. Duit sewa bilik minta x dpt dan duit bantuan sara hidup brg dapur x dpt. Yg sedih duit kebumian anak saya pun x blh tunaikan. Kerna miskin saya dn masuk islam d hina mcm ni. Skrg pula mai cerita bantuan kehilangan kerja buat apa. Yg bantuan BPR bru ni setahun dlm 3 fasa bru saya dpt rm550. Ckup x saya dn 2 anak guna sara hidup. Hrap jujurlah kerajaan dn pantau kwsan kmi ramai yg midkin sampai jual motor dn lain. Kerna minta x dpt dn bgi pun x ckup guna sebulan. Saya hrap ada yg bijak ajar saya dn kwan saya mohon cara mcm mana. Terima kasih. Jika ada bhsa kasar minta maaf.

  1. saya tiada pendapatan bulanan dan tiada kerja tetap sejak 2002 hingga sekarang… bayangknlah… bukan tak nak bekerja ttapi sebagai bekas banduan tak ada ssiapa yg mahu menerima saya bekerja… nak bagtau tu jer…

    • Raiyyan,itu bukan alasan kata kita ni bekas banduan..aku lepas bebas dlm beberapa minggu ja,cari kerja trus..xkisah kerja apa dan jnji gji halal..mau dan xmau usaha cari keja ja..

  2. Pandangan saya Berharap Kementrian MELULUSKAN Bantuan2 kewangan secepat mungkin… kerana PENDAMIK TERUK menyebabkan semua kehilangan kerja dan juga kehilangan pendapatannya.

    SEKIAN TERIMA KASIH

  3. Sya baru hilang kerja 2bulan Lepas..bila p mntak keja ayat ni sya tunggu smpai lani ialah
    “Cik tunggu nnt kami akan call” smpai lani tkdak keja..harap2 kerajaan Lulus Kan segera
    Semoga dipermudahkan segala urusan aminn..

    SEKIAN TERIMA KASIH

  4. saya diberhentikan kerja sejak mco 1.0…boleh tukar m40 to b20?
    hb saya pun tiada business sejak mco 1.0 sampai sekarang. kena apply cidb
    susah.anak saya pun tiada kerja 4/2020 mco 1.0 sampai sekarang.

    ada apa apa bantuan BKP? RM 500

  5. saya di kehilangan kerja tetap , ada kelurga yang perlu di tnggung . dah apply haritu perkeso utk rm800 sbln tpi tiada apa2 pnggilan

  6. Assalamualaikum..sahabat,aku pun bekas banduan jugak..baru berapa minggu aku bebas,aku sudah cari kerja..sekarang ni,mau dengan xmau usaha dan cari kerja saja..

  7. Saya diberhentikan kerja pasal covid saya ade 4 anak dan saya tinggal di rumah sewa, tolong saya

  8. Saya diberhentikan kerja pasal covid saya ade 4 anak, dan saya tinggal di rumah sewa ber harga rm 600, tolong saya

  9. Saya Kehilangan Perkerjaan pada Oktober tahun lepas. Saya berkerja di Hotel. Majikan saya ada memberi surat untuk tuntutan Perkeso dan manfaat lain saya sampai sekarang belum dapat perkerjaaan saya memohon rayuan agar pihak kerajaan memberi BKP kepada saya kerana pada wabak covid melanda saya susah nak cari perkerjaan nak kerja Kilang pun tak janji ambil saya.

  10. saya lama dah tak kerja,company,,saya nelayan,,jadi awak awak,,cuma perahu,,kalau kapal besar mungkin ada,,elaun,,saya takda,,pendapatan kurang rm 1000,,selalu dptlah rm700ke rm800 lebih,,lagilah kawasan saya dah 2kali kena pkpd,,teramatlah susah,,sekarang,,dapatkah saya mohon BKP

  11. Saya diberhentikan dari bulan 4 sampai sekarang oktober tiada pendapatan..sila bantu dan prihatin.terima kasih

  12. Kepada Pengawai bertugas Perkeso/KWSP

    Saya memohon rayuan BKP saya kehilangan perkerjaan pada tahun lepas oktober sekarang masih belum dapat kerja. Saya ingin mengunakan wang ini utk membeli ticket ke Penang utk berkerja di Kilang saya graduan dalam perniagaan (Business Administration) sekarang susah nak mencari kerja saya pun tak memilih kerja asalkan ada kerja.

  13. Kami 1 keluarga ada 9 orang dalam rumah anak dan lsuami saya baru2 ini positif covid 19 saya perlukan bantuan ini apa lagi anak2 pergi ke sekolah

  14. Saya seorang ibu tunggal yang diberhentikan kerja pada mula terjadi covid19 .masalahnya saya gaji hari dan tidak ade potongan epf atau socso.Adakah saya layak menerima bkp?

  15. Sy ibu tunggal yang dberhentikan kerja sbulan yg lalu & pernah dimasukkan wad sbb positif covid pd 15 september 2021.adakah sy layan dpt bkc?

  16. Perkara rujukkan bkp tiada ulasan links on ke bole semua layak untuk menerima bantuan bkp di seluruh lapisan rakyat Malaysia.. yang tak lyak terima bpr fasa kedua ke..seterusnya..layak ke terimah bkp
    Bkc pun tak dpt.. harap maklum lah bantuan bkp dpt dl lulus kan buat Semua.

  17. Umur 18-20 tahun Yg diberhentikan kerja kerana pkp hanya duduk dirumah habis kan duit ibu bapa dan tak dapat Bkp dn tidak layak memohon…Bkp yg layak hanya Mereka 21 tahun tak bekerja pun boleh dpt boleh pergi holiday dan menghabiskan duit yg diberi..yg 18-20tahun ni hanya boleh tambah menyusahkan ibu bapa yg sedang susah…

  18. Saya ingin memohon rayuan untuk bantuan BKP..
    Saya tidak bekerja dan tidak punya punca pendapatan.
    Saya dah semak status , maklum balas menyatakan saya tidak ada dalam rekod.

  19. Kenapa saya gagal bpk mana di kata kan bantu rakyt sedangkan ramai yg perlu kat duit masa sekarang kalau kerajaan nk bantu rakyat bantu dgn ikhs..kalau nak bantu2 semua rakyat Malaysia..yang kerja sendiri dah susah tambah lagi susah..yg mana takada KWSP tu macam mana.guna fikiran yg Allah BG..time macam lah tgok kerajaan bantu rakyat jgn pilih bulu..tolong buka mata buka telinga..yg keje sendiri makan gaji hari ni..mcm mana Choy…nk tolong2 semua

  20. Aslm,saya nak tanya,kenapa saya tidak layak mendapat bkp sedangkan saya menerima bpr,bkc akan tetapi saya hairan kerana saya tidak ada dalam sistem bkp,saya harap pihak tuan,puan membalas pertanyaan saya ini,saya sekarang sudah tidak punya pekerjaan hampir setengah tahun 2021.

  21. Sy x berkerja dh lama isteri pun x berkerja rumah sewa anak masih 2 org sekolah lagi sy tiada sumber pendapatan bantuan bkp 500 takkan sy x dpt tolong la kerajaan kata prihatin rakyat

  22. Saya nak mohon bantuan bkp sebab nama saya tiada rekod pembayaran bkp. Sudah hilang kerja saya sejak 27hb april 2021.
    Bulan Mei 2021 sudah tiada caruman kwsp dan perkeso. Adakah saya layak untuk bantuan kehilangan pekerjaan?

  23. Dah bantuan bkp tak dapat..bantuan kerajaan yg terbaru d uman kan bujang tak dapat ni utamakn yg dah khwi yg tak kahwi langsung tak pandang.ramai kerja gaji hari dah kwsp takada.. kerajaan ingt kami yg bujang pon nk hidup

  24. Semua bantuan kerajaan agak susah saya nak dapatsudah 2 thn saya tidak mempunysi pekerjaan .saya berkeluarga mempunyai ank 2 yg masih bersekolah.harapan saya bg la peluang dgn bantuan utk meringan beban saya dgn kelurga.

  25. assalamualaikum dan salam sejahtera..saya ingin bertanya saya sudah lama’ tidak terima sebarang bayaran bantuan bkc bolih saya tahu kenapa ea..

  26. Saya dah diperhentikan kerja sejak bulan Mei… saya nak mohon BKP tapi tidak layak… Saya buat pinjaman dari pihak bank tetapi tidak lulus sebab tiada pekerjaan tetap. Saya telah buat pinjaman dari pihak ah long untuk sara hidup keluarga. Saya didesak dan dipaksa ah long hari-hari. Saya dah tiada harapan. Ingin bunuh diri supaya orang rumah dapat semua wang KWSP saya dalam masa terdekat dan dapat menyara hidupnya.

  27. Saya Suri rumahtangga.anak 6tahun. Saya seorang nak Jaga. Abang cakap c0nvi19 duit tak dapat pun susah nak kasih kita Wang. 1bulan 200saja kasih kita. Lagi dia tak balik rah lagi.. rumah sewa nak bayar lagi..
    I angkat anak terpasak Cari duit . Tangung anak

  28. At the same times here can I ask for withdraw EPf AC 1?? Nenek umur tinggi tak dapat Jalan lagi . I nak Beli kerusi massage kasih dia pulih Kaki.
    Kalau tidak Hari semaking dia . Nampak hilang. Doctor jumpa tk baik .
    Sama abang duit tak dapt convi19 tak balik rumah lagi.
    Anank tahun 6 nak Jaga.. rumah sewa lagi.. bpr abang name tapi bank mask saya. Itu saja pendapatan saya..
    Boleh saya Minta bkp Sama withdraw my EPf 50%>>

    I nak Minta

    • Batuan bkp ini tidak layak bagi pekerja yang masih ada duit kemasukan KWSP dari majikan kamu/ bos company .. sebab bantuan ini khas bagi orang yang dulu berkerja ,tetapi bagi kelayak bkp ini semua dari semakan data dana oleh LHDN .sebab bantuan ini auto tanpa permohanan ,atas sebab semakan dana duit KWSP /EPF tdak bertambah ,dalam masa 3 bulan sesudah ada pkpb covid19 / lockdown ..bkp lulus kepada warga dan pekerja yang betulײ hilang pendapatan / tidak bekerja lgi sesudah lockdown pkpb ..

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *