BANTUAN KHAS KEWANGAN MUDARAT VAKSIN COVID-19 (Cara Lapor & Permohonan)

Utama / BANTUAN KHAS KEWANGAN MUDARAT VAKSIN COVID-19 / BANTUAN KHAS KEWANGAN MUDARAT VAKSIN COVID-19 (Cara Lapor & Permohonan)

BANTUAN KHAS KEWANGAN MUDARAT VAKSIN COVID-19 (Cara Lapor & Permohonan)

Kepada rakyat tempatan dan warga asing yang alami kesan sampingan yang mudarat akibat vaksin COVID-19, Kerajaan kini telah bersetuju memperuntukkan bantuan khas kewangan Mudarat Vaksin Covid-19 yang memperolehnya melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Bagaimana cara untuk lapor dan membuat permohonan? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.

 

APA ITU BANTUAN KHAS KEWANGAN MUDARAT VAKSIN COVID-19

Bantuan khas kewangan kesan mudarat vaksin COVID-19 ini adalah langkah proaktif Kerajaan untuk menghadapi kemungkinan jika berlaku kesan sampingan (adverse effects) daripada penggunaan vaksin.

Kerajaan menyediakan dana permulaan sebanyak RM10 juta di bawah Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara (KWABBN) yang diuruskan oleh NADMA bagi tujuan bayaran bantuan khas kewangan ini.

 

KADAR BANTUANKHAS KEWANGAN MUDARAT VAKSIN COVID-19

Kadar peruntukan bantuan ini melibatkan dua kategori iaitu:

  • RM50,000 bagi penerima yang menerima kesan sampingan serius dan memerlukan rawatan berpanjangan dihospital
  • RM500,000 jika berlaku hilang upaya kekal atau kematian disebabkan oleh vaksin COVID-19.

 

CARA LAPOR KESAN SAMPINGAN VAKSIN COVID-19

Untuk melapor kesan sampingan susulan imunisasi yang ringan boleh dilaporkan melalui aplikasi MySejahtera dengan cara:

  1. Buka aplikasi mysejahtera anda.
  2. Pada menu utama klik pada Covid-19 Vaccination
  3. Kemudian klik pada nama anda
  4. Seterusnya klik pada Click Here to Report Symphtoms After Vaccination
  5. Tandakan pada kesan advers yang dialami pada kotak tertera dan klik hantar

Nota: Sekiranya kesan sampingan yang dialami tidak ada dalam senarai, sila rujuk fasiliti kesihatan yang terdekat bagi mendapatkan nasihat/rawatan.

 

PENILAIAN BANTUAN KHAS KEWANGAN MUDARAT VAKSIN COVID-19

Sekiranya mengalami kesan akibat vaksin covid-19 dan ingin membuat permohonan bantuan ini, terdapat penilaian terlebih dahulu oleh 3 jawatankuasa khas yang turut ditubuhkan iaitu:

  1. Jawatankuasa Farmakovigilans Khas
    • Memantau kes-kes yang dilaporkan dan isu keselamatan vaksin
  2. Jawatankuasa Teknikal Perubatan
    • Menilai adakah kesan sampingan tersebut benar-benar daripada vaksin
  3. Jawatankuasa Induk Bantuan Khas Kewangan Kesan Mudarat Vaksin C19
    • Untuk memberikan kelulusan daripada penilaian kedua-dua jawatankuasa sebelum itu.

Nota: Pihak NADMA dipertanggungjawabkan membayar pampasan tersebut seperti yang diluluskan di bawah Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara.

 

CARA PERMOHONAN BANTUAN KHAS KEWANGAN KESAN MUDARAT COVID-19

Berikut adalah merupakan cara untuk membuat tuntutan bantuan khas ini:

  1. Bantuan Khas Kewangan Kesan MudaratVaksin COVID-19 ini akan dipertimbangkan berdasarkan kriteria yang perlu dipenuhi seperti berikut:
    • Adverse Events Following Immunisation (AEFI) mesti dikategorikan sebagai serius berdasarkan laporan penilaian oleh Jawatankuasa Farmakovigilans Khas Vaksin COVID-19;
    • Laporan AEFI hendaklah dihantar kepada Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) oleh anggota kesihatan yang merawat pesakit;
    • AEFI serius telah berlaku dalam tempoh tiga (3) bulan selepas menerima vaksin;
    • Bagi kes kematian, laporan bedah siasat hendaklah disertakan; dan
    • Permohonan hanya dipertimbangkan sekiranya dihantar dalam tempoh satu (1) tahun dari tarikh berlaku AEFI. Bukti dan rekod dokumen berkaitan hendaklah dikemukakan.
  2. Permohonan lengkap hendaklah dihantar kepada urus setia Bantuan Khas Kewangan Kesan MudaratVaksin COVID-19 di alamat seperti berikut:
    • Setiausaha Bahagian, Bahagian Kewangan, Kementerian Kesihatan Malaysia, Aras 7, Blok E7, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62590 PUTRAJAYA (u/p: Unit Kawalan dan Pemantauan)
    • Nombor Telefon: 03-8883 3788/ 3120/ 3741/ 3115
    • E-mel: [email protected]

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai bantuan khas kewangan mudarat vaksin covid-19, anda boleh merujuk website Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

 

ARTIKEL LAIN

Cara Daftar Vaksin Dos Penggalak (Booster) Guna MySejahtera / Walk-In

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *