BANTUAN KHAS OKU PEMULIH : SEMAKAN STATUS KELULUSAN & KAEDAH PEMBAYARAN DUIT RM500/3 BULAN (JKM) 

BANTUAN KHAS OKU PEMULIH

BANTUAN KHAS OKU PEMULIH : SEMAKAN STATUS KELULUSAN & KAEDAH PEMBAYARAN DUIT RM500/3 BULAN (JKM) 

Untuk pengetahuan anda, Bantuan Kewangan Khas OKU di bawah pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) telah disediakan oleh Kerajaan bagi membantu individu OKU yang terkesan akibat pandemik COVID19 seperti diberhentikan kerja, dibayar separuh gaji, diarah bercuti tanpa dibayar gaji atau bekerja sendiri.

Bantuan ini adalah merupakan bantuan kewangan yang disediakan oleh kerajaan bagi membantu individu OKU (Bukan penerima Bantuan Bulanan JKM) yang menerima kesan teruk akibat pandemik COVID19.

 

OBJEKTIF PEMBERIAN BANTUAN KHAS OKU PEMULIH

  • Membantu secara kewangan kepada OKU yang terkesan akibat pandemik COVID-19
  • Membantu OKU yang hilang pekerjaan bagi meneruskan kelangsungan hidup
  • Mengenalpasti bilangan sebenar OKU yang bekerja namun tidak menerima sebarang bantuan bulanan kerajaan
  • Sebagai insentif kepada OKU yang produktif tetapi terkesan disebabkan oleh pandemik COVID-19 selama hampir 1½ tahun.

Jika anda penduduk negeri Slangor, anda layak mohon BANTUAN OKU ANIS 2.0

 

KADAR BAYARAN BANTUAN KHAS OKU PEMULIH

  • Kadar bantuan ini adalah sebanyak RM500 sebulan
  • ibayar setiap bulan selama tempoh 3 bulankepada individu yang telah diluluskan permohonannya.

 

TARIKH BUKA PERMOHONAN

Jika anda ingin memohon, anda boleh buat permohonan seperti ketetapan berikut

  • Mula buka : 19 Julai 2021
  • Tutup permohonan : 6 Ogos 2021

 

SYARAT PERMOHONAN BANTUAN KHAS OKU PEMULIH

Sebelum membuat permohonan, ada baiknya anda teliti syarat permohonan.

  1. Mestilah seorang OKU yang berdaftar dengan JKM;
  2. OKU yang berumur 16 tahun ke atas dan bekerja
  3. Anda mestilah OKU yang bukan penerima Bantuan Bulanan JKM;
  4. Pekerja OKU yang terkesan kerana diberhentikan kerja, dibayar separuh gaji/pendapatan berkurangan atau diarah bercuti tanpa dibayar gaji; dan
  5. OKU yang bukan kakitangan kerajaan.

Ruji jika anda oku dan tidak mohon PERMOHONAN BANTUAN KHAS OKU KITA SELANGOR 2.0

 

CARA PERMOHONAN

Jika ingin membuat permohonan, anda boleh mohon menggunakan kaedah seperti berikut:

  1. Isi borang Permohonan Bantuan Kewangan Khas OKU (Pakej PEMULIH) melalui Google Form yang terdapat di laman web JKM iaitu www.jkm.gov.my
  2. Permohonan secara mengisi borang yang boleh dimuatturun daripada laman web JKM iaitu www.jkm.gov.my (seperti dalam Lampiran A) dan dihantar ke PKMD / dimasukkan dalam dropbox yang disediakan atau menghantar semua dokumen dalam bentuk pdf ke alamat emel b[email protected]

iii. Permohonan secara mengisi borang dan dihantar kepada pihak NGO untuk diserah kepada pihak PKMD atau menghantar semua dokumen dalam bentuk PDF ke alamat emel [email protected]

 

DOKUMEN SOKONGAN

Pemohon perlu muat naik (upload) atau sertakan dokumen sokongan jika ingin membuat permohonan

  1. Salinan Kad OKU / Dokumen Pengenalan Sementara OKU;
  2. Maklumat bank seperti
  • Salinan muka depan buku akaun bank yang aktif
  • Slip berkaitan no akaun bank
  • Sebarang dokumen bank

 

SEMAKAN KELULUSAN & KAEDAH PEMBAYARAN

Bagi permohonan yang diluluskan, pihak Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) akan melaksanakan bayaran secara direct debit ke akaun pemohon yang dinyatakan dalam borang permohonan.

Permohonan yang lengkap dan yang telah diluluskan akan diproses dalam masa 14 hari.

 

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang maklumat lanjut anda boleh rujuk pautan yang disenarai di bawah dan boleh membuat panggilan telefon secara terus ke nombor berikut:

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Comment