PERMOHONAN BANTUAN KUARANTIN NADMA (RM100/Hari Maksimum 14 Hari)
Jika anda seorang rakyat Malaysia yang berkerja tetapi kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian layak buat BANTUAN KHAS COVID-19 NADMA. Jika anda layak memohon, jangan lepaskan peluang memohon.
APA ITU BANTUAN KUARANTINE NADMA
Menurut kenyataan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Tabung COVID-19 dilancarkan untuk membantu mereka yang:
- Telah dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) ATAU
- Perlu menjalani rawatan Covid-19 (warded) di wad hospital yang dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk merawat penularan COVID-19 di Malaysia.
KADAR BAYARAN BANTUAN KUARANTIN NADMA
Kadar bayaran bantuan RM100 sehari terhad kepada tempoh maksimum 14 hari.
Nota: Bantuan khas ini hanya akan diberikan sekali sahaja (one-off) dalam tempoh penularan jangkitan COVID-19 dan tidak akan diberikan bagi kes yang berulang.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN KUARANTIN NADMA
Berikut adalah syarat kelayakan untuk memohon
- Menerima Perintah Kuarantin COVID-19 dari Kementerian Kesihatan Malaysia (Annex14/Annex 17) di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
- Menjalani rawatan COVID-19 di wad hospital (Discharge Note / Medical Certificate).
- Hanya bagi mereka yang dikuarantin/dirawat sebelum atau pada 31 Mac 2022 sahaja layak memohon.
- Kuarantin/rawatan yang bermula pada 1 April 2022 adalah tidak layak.
- Tarikh akhir permohonan perlu sampai ke NADMA: Sebelum atau pada 30 April 2022. Permohonan yang diterima selepas dari tarikh ini adalah tidak layak dan tidak akan diproses.
Pemohon yang tidak layak memohon
- Bukan Warganegara Malaysia
- Tidak dikenakan perintah Kuarantin COVID-19 (Annex 14 KKM) / tidak dirawat di wad hospital (warded) kerana COVID-19
- Tidak bekerja di Malaysia dan tiada pekerjaan sebelum dan semasa dikenakan perintah Kuarantin COVID-19 / warded kerana COVID-19
- Mempunyai pendapatan atau menerima gaji dalam tempoh Kuarantin COVID-19/ warded kerana COVID-19.
TARIKH PERMOHONAN BANTUAN KUARANTIN NADMA
Tarikh akhir permohonan perlu sampai ke NADMA: Sebelum atau pada 30 April 2022. Permohonan yang diterima selepas dari tarikh ini adalah tidak layak dan tidak akan diproses.
CARA PERMOHONAN BANTUAN KUARANTIN NADMA
Berikut adalah panduan untuk membuat permohonan bantuan ini:
- Baca dan rujuk garis panduan dengan teliti: GARIS PANDUAN BANTUAN NADMA
- Sertakan dokumen yang diperlukan seperti berikut
- Salinan Kad Pengenalan Pemohon
- Surat Perintah Kuarantin COVID-19 dari KKM (Annex 14 / Annex 17) atau Discharge Note / Medical Certificate dari hospital bagi pesakit yang dirawat kerana COVID-19
- Salinan muka depan penyata bank / buku akaun bank yang masih aktif.
- Muat turun dan lengkapkan dokumen-dokumen berikut
- Borang Permohonan Bantuan Khas Covid-19 (Lampiran A);
- Borang Akuan Kehilangan Pendapatan (Lampiran B)
- Surat Perwakilan Kuasa Kepada Waris (Lampiran C): Bagi pemohon yang tiada akaun bank sendiri, muka depan penyata bank waris dan salinan kad pengenalan waris.
- Mohon pastikan Borang Akuan Kehilangan Pendapatan dilengkapkan dengan pengesahan saksi. Bagi pemohon yang menggunakan HSO MySejahtera mohon dapatkan pengesahan PKD/CAC.
- Borang dan dokumen yang dihantar mestilah jelas, terang dan boleh dibaca. Permohonan tidak dapat diproses sekiranya maklumat tidak jelas.
- Permohonan berserta dokumen-dokumen lengkap yang dipos/secara online akan terus diproses secara fast track dan tidak memerlukan semakan silang dengan data KKM Putrajaya.
- Hantar permohonan lengkap melalui pos kepada:
- Ketua Pengarah, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Jabatan Perdana Menteri, Aras 7, Blok D5, Kompleks D Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62502 PUTRAJAYA (u.p. : Sekretariat Bantuan Khas COVID-19)
SEMAKAN STATUS BANTUAN KUARANTIN NADMA
Anda boleh membuat semakan dari semasa ke semasa untuk mengetahui status permohonan anda di pautan berikut: https://bkcovid19.nadma.gov.my/v2/
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang pertanyaan, hubungi di
- Website: https://bkcovid19.nadma.gov.my/v2/
- Nombor telefon: 03-8870 4800
- e-mel: [email protected].