SEMAKAN BWE(Check Bantuan Warga Emas JKM)

SEMAKAN BWE 2024(Check Bantuan Warga Emas eBantuan JKM)

Bagi anak-anak yang masih mempunyai ibubapa yang telah tua atau dikategorikan sebagai golongan warga emas, anda boleh buat permohonan bantuan warga (BWE) yang diperkenalkan oleh Jabtan Kebajikan Masyarakat (JKM). Disini kami akan kongsikan kepada anda cara membuat permohonan dan semakan BWE, semoga membantu.

Apa itu Bantuan Warga Emas (BWE) 

Bantuan ini diberikan kepada warga emas miskin tegar (yang memenuhi kriteria kelayakan) untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup.

Semakan Kadar Bantuan Warga Emas (BWE) 

Bantuan RM500 sebulan buat warga emas miskim tegar yang menepati kriteria tyang ditetapkan.

Syarat Kelayakan Bantuan Warga Emas (BWE) 

Berikut adalah merupakan kriteria yang ditetapkan bagi menerima bantuan ini iaitu:

  1. Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  2. Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas;
  3. Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa; dan
  4. Warga emas yang bukan tinggal  di:
    Institusi kendalian JKM; atau
    • Pusat jagaan harian/ berkediaman yang memberi kemudahan / perkhidmatan secara percuma; ATAU

Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 – jadual kesembilan Senarai Perundangan.

Cara Pemohonan Bantuan Warga Emas (BWE) 

Kepada anda yang berkelayakan, berikut adalah merupakan cara membuat permohonan iaitu:

  • Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.
  • Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.
  • Sekiranya pemohon menghadapi kesukaran untuk hadir ke pejabat, permohonan boleh dibuat menerusi surat, telefon atau e-mail.
  • Senarai alamat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian yang boleh dihubungi ada disediakan di bahagian Direktori JKM Negeri di SINI.

Dokumen Diperlukan

Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti:

  • Salinan Kad Pengenalan diri pemohon
  • Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Salinan penyata gaji (jika ada)
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan.

Muat Turun Borang Permohonan Bantuan Warga Emas (BWE) 

  1. JKM 18 Borang Permohonan Bantuan
  2. JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan

Lain-lain Bentuk Bantuan Warga Emas JKM

Selain bantuan kewangan RM350 sebulan, terdapat juga beberapa bentuk bantuan lain untuk warga emas seperti berikut:

Bantuan Alat Tiruan / Alat Sokongan (BAT / AS)

  • Membantu OKU yang tidak berkemampuan untuk membeli peralatan seperti kaki palsu, tangan palsu, callipers, tongkat tangan / ketiak, kerusi roda, alat pendengaran, cermin mata khas, kasut khas dan peralatan lain yang disyorkan oleh doktor atau pakar perubatan.
  • Membolehkan OKU meningkatkan keupayaan dan seterusnya menjalani kehidupan tanpa sepenuhnya bergantung kepada orang lain.

Perkhidmatan Institusi

  • Desa Bina Diri (DBD)
  • Rumah Seri Kenangan (RSK)
  • Rumah Ehsan (RE)

Perkhidmatan Luar

Perkhidmatan yang disediakan untuk golongan ini ialah:

  • Bantuan Kewangan
  • Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE)
  • Unit Penyayang Warga Emas (UPWE)

Soalan lazim (FAQ) SEMAKAN BWE

Adakah warga emas sebatang kara menumpang di rumah orang lain yang berpendapatan melebihi PGK Isi Rumah Semasa layak dipertimbangkan Bantuan Warga Emas (BWE)?

  • Layak dipertimbangkan berdasarkan siasatan dan justifikasi yang kukuh seperti menumpang di rumah orang lain bagi membolehkan warga emas tersebut terus tinggal dalam komuniti.

Adakah warga emas gelandangan yang tiada alamat rumah/ menggunakan alamat rumah transit/ alamat orang lain layak dipertimbangkan Bantuan Warga Emas (BWE)?

  • Tidak layak bagi pemohon yang tidak mempunyai alamat rumah dan menggunakan alamat rumah transit atau alamat orang lain.Setiap pemohon bantuan perlu membuktikan di mana pemohon tinggal sebelum permohonan diproses ataupun diluluskan.

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN SEMAKAN BWE

Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia, Aras 6, 9 – 18, No 55, Persiaran Perdana Presint 4, 62100 Putrajaya

ARTIKEL LAIN

Share your love

2 Comments

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *