BANTUAN ORANG TUA/WARGA EMAS RM500 SEBULAN
Bagi anak-anak yang masih mempunyai ibubapa yang telah tua atau dikategorikan sebagai golongan warga emas, anda boleh buat permohonan bantuan orang tua/warga emas rm500 sebulan .
Apakah itu Bantuan Orang Tua (BoT) JKM RM500 Sebulan?
Bantuan Orang Tua (BOT) yang diberikan RM500 sebulan seorang sebagai saraan hidup kepada warga emas yang memerlukan bantuan supaya terus tinggal dalam komuniti.
Kadar bantuan (BOT)
Penerima yang layak akan menerima bantuan sebanyak RM500 sebulan pada tahun 2021.
Kelayakan Bantuan Orang Tuan (BoT)
- Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
- Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas;
- Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa; dan
- Warga emas yang bukan tinggal di:
- Institusi kendalian JKM; atau
- Pusat jagaan harian/ berkediaman yang memberi kemudahan / perkhidmatan secara percuma; ATAU
- Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.
Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 – jadual kesembilan Senarai Perundangan.
Cara Pemohonan
- Permohonan Bantuan Orang Tuan (BoT) boleh dibuat dengan hadir terus ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di mana pemohon tinggal.
- Sekiranya pemohon menghadapi kesukaran untuk hadir ke pejabat, permohonan boleh dibuat menerusi surat, telefon atau e-mail.
- Senarai alamat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian yang boleh dihubungi ada disediakan di bahagian Direktori JKM Negeri di SINI.
Permohonan Online
- Layari laman web rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di sni: http://spbk.jkm.gov.my/spbk/login.jsp
- Anda kini berada di dalam Sistem Pengurusan Bantuan Kebajika eBantuanJKM
- Klik butang Daftar Permohonan Atas Talian
- Sila baca dan fahamkan notis yang dipaparkan
- Klik butang Daftar Permohonan
- Pilih Negeri
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon tanpa tanda sempang
- Contohnya: 60010147777 dan bukannnya 600101-14-7777
- Klik butang Daftar
- Isikan Bahagian A iaitu Maklumat Pendapatan
- Isi Pendapatan Pemohon / Ketua Keluarga iaitu Pendapatan Kasar Bulanan
- Isi Pendapatan Isteri / Suami
- Isi Pendapatan Ahli Isi Rumah Yang Tinggal Bersama
- Isi Pendapatan Pencen Bulanan (JPA/SOCSO dan lain-lain)
- Masukkan lain-lain pendapatan
- Masukkan maklumat pemilikan kereta
- Tick jika ada menggunakan telefon pintar / Astro / Internet
- Tick jika ada menggunakan kelengkapan aircond
- Lihat Bahagian B iaitu Maklumat Keperluan Bulanan
- Tekan butang Keputusan
Jika butang Keputusan tidak menunjukkan apa-apa, boleh hubungi JKM untuk maklumat lanjut
Nombor telefon: 03 – 8000 8000
Email: [email protected]
SENARAI DOKUMEN SOKONGAN BANTUAN WARGA EMAS/BOT RM500 SEBULAN
- salinan kad pengenalan pemohon
- salinan kad pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama
- salinan penyata gaji (jika ada),
- gambar berukuran passport
- dokumen sokongan lain (jika ada).
Dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan ketika permohonan di Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon boleh membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian
Muat Turun Borang Permohonan Bantuan Orang Tua JKM di bawah:
Lain-lain Bentuk Bantuan Warga Emas JKM
Selain bantuan kewangan RM350 sebulan, terdapat juga beberapa bentuk bantuan lain untuk warga emas seperti berikut:
Bantuan Alat Tiruan / Alat Sokongan (BAT / AS)
- Membantu OKU yang tidak berkemampuan untuk membeli peralatan seperti kaki palsu, tangan palsu, callipers, tongkat tangan / ketiak, kerusi roda, alat pendengaran, cermin mata khas, kasut khas dan peralatan lain yang disyorkan oleh doktor atau pakar perubatan.
- Membolehkan OKU meningkatkan keupayaan dan seterusnya menjalani kehidupan tanpa sepenuhnya bergantung kepada orang lain.
Perkhidmatan Institusi
- Desa Bina Diri (DBD)
- Rumah Seri Kenangan (RSK)
- Rumah Ehsan (RE)
Perkhidmatan Luar
Perkhidmatan yang disediakan untuk golongan ini ialah:
- Bantuan Kewangan
- Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE)
- Unit Penyayang Warga Emas (UPWE)
Soalan lazim
Adakah warga emas sebatang kara menumpang di rumah orang lain yang berpendapatan melebihi PGK Isi Rumah Semasa layak dipertimbangkan Bantuan Orang Tua (BOT)?
Layak dipertimbangkan berdasarkan siasatan dan justifikasi yang kukuh seperti menumpang di rumah orang lain bagi membolehkan warga emas tersebut terus tinggal dalam komuniti.
Adakah warga emas gelandangan yang tiada alamat rumah/ menggunakan alamat rumah transit/ alamat orang lain layak dipertimbangkan Bantuan Orang Tua (BOT)?
Tidak layak bagi pemohon yang tidak mempunyai alamat rumah dan menggunakan alamat rumah transit atau alamat orang lain.Setiap pemohon bantuan perlu membuktikan di mana pemohon tinggal sebelum permohonan diproses ataupun diluluskan.
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia, Aras 6, 9 – 18, No 55, Persiaran Perdana Presint 4, 62100 Putrajaya
Nombor telefon: 03 – 8000 8000
Nombor faks: 03 – 8323 2045
Email: [email protected]
KUALA LUMPUR:
ARTIKEL LAIN
TALIAN KASIH:CARA HUBUNGI NO TELEFON BILIK GERAKAN JKM SETIAP NEGERI(SENARAI NOMBOR)
SEMAKAN STATUS EBANTUAN JKM(Cara Daftar Permohonan Online)
Total Dan berpencen taping meh Ada acc1 that tdk alktif blh pohon kah
Baru daftar