PERMOHONAN BANTUAN RAJA SEHARI ORANG MUDA JOHOR RM1000
Kepada pasangan muda Negeri Johor yang akan melangsungkan perkahwinan kali pertama, kini Kerajaan Negeri Johor telah mengumumkan bantuan khas menerusi Bantuan Raja Sehari Orang Muda Johor. Disini kami akan kongsikan maklumat mengenai bantuan ini dan cara permohonan, semoga membantu.
APA ITU BANTUAN RAJA SEHARI ORANG MUDA JOHOR
Bantuan Raja Sehari Orang Muda Johor merupakan salah satu inisiatif di dalam Bantuan Kasih Bangsa Johor yang diumumkan Menteri Besar Johor. Bantuan ini diberikan kepada pasangan yang berkahwin buat pertama kali dengan pendapatan bersama RM5,000 ke bawah.
SYARAT PERMOHONAN BANTUAN RAJA SEHARI ORANG MUDA
Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan:
- Orang Muda Johor berumur 40 tahun ke bawah.
- Bermastautin dalam negeri Johor melebihi 3 tahun
- Perkahwinan kali pertama sahaja dan didaftarkan di Negeri Johor dari tarikh 14 April hingga 31 Disember 2022.
- Pendapatan suami dan isteri berjumlah RM5,000.00 ke bawah
- Permohonan dibuat bermula pada 1 Jun 2022 hingga 31 Disember 2022 sahaja.
- Pemohon (suami atau isteri) hendaklah hadir sendiri menghantar permohonan di kaunter Pejabat Kadi Daerah.
- Satu pasangan layak memohon sekali sahaja bantuan ini.
KADAR BANTUAN RAJA SEHARI ORANG MUDA
Menerusi bantuan ini, kadar bantuan yang diberikan adalah sebanyak RM1,000 bagi.
TARIKH PERMOHONAN BANTUAN RAJA SEHARI ORANG MUDA
Permohonan mulai dibuka pada 1 Jun 2022 hingga 31 Disember 2022. Terkini permohonan bantuan ini dilanjutkan sehingga 15 Januari 2023
DOKUMEN DIPERLUKAN
Pastikan anda sediakan dokumen yang diperlukan seperti berikut terlebih dahulu:
- Salinan Kad Pengenalan (Lelaki dan Perempuan)
- Salinan buku bank/penyata bank (Lelaki dan perempuan)
- Salinan surat perakuan nikah (Sijil Nikah). Jika surat perakuan nikah hilang, pemohon perlu mendapatkan salinan asal dari Pejabat Kadi Daerah/Pejabat Agama Islam Daerah
- Surat Akuan Mastautin daripada Penghulu/Ketua Kampung
- Slip gaji suami dan isteri atau pengesahan pendapatan dari ketua kampung atau penghulu
CARA PERMOHONAN BANTUAN RAJA SEHARI ORANG MUDA JOHOR
Kepada pasangan yang berkelayakn boleh membuat permohonan seperti berikut:
- Muat turun borang permohonan: https://rb.gy/ujq2w5
- Lengkapkan segala maklumat yang diperlukan dengan betul.
- Sertakan sekali dokumen yang diperlukan.
- Hantar borang permohonan anda ke Pejabat Kadi Daerah yang berdekatan.
CARA PEMBAYARAN BANTUAN RAJA SEHARI ORANG MUDA
Kepada permohonan yang diluluskan, pembayaran akan dikreditkan kepada akaun suami atau isteri atau mana-mana yang layak. Hanya satu pasangan layak untuk menerima sekali sahaja bantuan ini.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut mengenai Bantuan ini, sila layari webiste rasmi Jabatan Agama Islam Negeri Johor di pautan https://jainj.johor.gov.my/
ARTIKEL LAIN
PERMOHONAN BANTUAN KASIH BANGSA JOHOR (BKBJ) 2022
Assalammualaikum sye nak tye bila kemasukan duit nye,sebab sye da lulus tpi smpai sekarang x de kemasukan duit nye
Assalamualaikum saya nak tanya . Saya kahwin buln 7 tahun 2022, saya dah serah borangnya cuma saya nak tahu keputusan saya lulus ataupn tidak?
assalammualaikom sya nak tnya mcam mane nak tahu kita ni layak ke tak untuk dapat kan bantuan raja sehari tu?dri bulan 8 smpai sekrang xde info pape ke,,
Saya nak tanya macam mana saya nak tahu yang saya ni dapat ke tak bantuan raja sehari tu. Call pejabat tak penah nak angkat