PERMOHONAN BANTUAN RAJA SEHARI ORANG MUDA JOHOR RM1000

Utama / BANTUAN RAJA SEHARI JOHOR / PERMOHONAN BANTUAN RAJA SEHARI ORANG MUDA JOHOR RM1000

PERMOHONAN BANTUAN RAJA SEHARI ORANG MUDA JOHOR RM1000

Kepada pasangan muda Negeri Johor yang akan melangsungkan perkahwinan kali pertama, kini Kerajaan Negeri Johor telah mengumumkan bantuan khas menerusi Bantuan Raja Sehari Orang Muda Johor. Disini kami akan kongsikan maklumat mengenai bantuan ini dan cara permohonan, semoga membantu.

 

APA ITU BANTUAN RAJA SEHARI ORANG MUDA JOHOR

Bantuan Raja Sehari Orang Muda Johor merupakan salah satu inisiatif di dalam Bantuan Kasih Bangsa Johor yang diumumkan Menteri Besar Johor. Bantuan ini diberikan kepada pasangan yang berkahwin buat pertama kali dengan pendapatan bersama RM5,000 ke bawah.

 

SYARAT PERMOHONAN BANTUAN RAJA SEHARI ORANG MUDA 

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan:

  1. Orang Muda Johor berumur 40 tahun ke bawah.
  2. Bermastautin dalam negeri Johor melebihi 3 tahun
  3. Perkahwinan kali pertama sahaja dan didaftarkan di Negeri Johor dari tarikh 14 April hingga 31 Disember 2022.
  4. Pendapatan suami dan isteri berjumlah RM5,000.00 ke bawah
  5. Permohonan dibuat bermula pada 1 Jun 2022 hingga 31 Disember 2022 sahaja.
  6. Pemohon (suami atau isteri) hendaklah hadir sendiri menghantar permohonan di kaunter Pejabat Kadi Daerah.
  7. Satu pasangan layak memohon sekali sahaja bantuan ini.

 

KADAR BANTUAN RAJA SEHARI ORANG MUDA

Menerusi bantuan ini, kadar bantuan yang diberikan adalah sebanyak RM1,000 bagi.

 

TARIKH PERMOHONAN BANTUAN RAJA SEHARI ORANG MUDA

Permohonan mulai dibuka pada 1 Jun 2022 hingga 31 Disember 2022. Terkini permohonan bantuan ini dilanjutkan sehingga 15 Januari 2023

 

DOKUMEN DIPERLUKAN

Pastikan anda sediakan dokumen yang diperlukan seperti berikut terlebih dahulu:

  1. Salinan Kad Pengenalan (Lelaki dan Perempuan)
  2. Salinan buku bank/penyata bank (Lelaki dan perempuan)
  3. Salinan surat perakuan nikah (Sijil Nikah). Jika surat perakuan nikah hilang, pemohon perlu mendapatkan salinan asal dari Pejabat Kadi Daerah/Pejabat Agama Islam Daerah
  4. Surat Akuan Mastautin daripada Penghulu/Ketua Kampung
  5. Slip gaji suami dan isteri atau pengesahan pendapatan dari ketua kampung atau penghulu

 

CARA PERMOHONAN BANTUAN RAJA SEHARI ORANG MUDA JOHOR

Kepada pasangan yang berkelayakn boleh membuat permohonan seperti berikut:

  1. Muat turun borang permohonan: https://rb.gy/ujq2w5
  2. Lengkapkan segala maklumat yang diperlukan dengan betul.
  3. Sertakan sekali dokumen yang diperlukan.
  4. Hantar borang permohonan anda ke Pejabat Kadi Daerah yang berdekatan.

 

CARA PEMBAYARAN BANTUAN RAJA SEHARI ORANG MUDA

Kepada permohonan yang diluluskan, pembayaran akan dikreditkan kepada akaun suami atau isteri atau mana-mana yang layak. Hanya satu pasangan layak untuk menerima sekali sahaja bantuan ini.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai Bantuan ini, sila layari webiste rasmi Jabatan Agama Islam Negeri Johor di pautan https://jainj.johor.gov.my/

 

ARTIKEL LAIN

PERMOHONAN BANTUAN KASIH BANGSA JOHOR (BKBJ) 2022

 

5 Comments

  1. Assalamualaikum saya nak tanya . Saya kahwin buln 7 tahun 2022, saya dah serah borangnya cuma saya nak tahu keputusan saya lulus ataupn tidak?

  2. assalammualaikom sya nak tnya mcam mane nak tahu kita ni layak ke tak untuk dapat kan bantuan raja sehari tu?dri bulan 8 smpai sekrang xde info pape ke,,

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *