BANTUAN RM100 SEBULAN 2024(Semak Status Penerima DiKreditkan Dalam MyKad)
Pada tahun 2023, kerajaan telah perkenalkan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan mengkreditkan ke dalam myKad penerima STR yang layak sebanyak 100 ringgit sebulan untuk tempoh enam bulan. Melalui belanjawan 2024, terdapat penambahbaikkan mengenai bantuan SARA sebanyak RM100 sebulan ini. Disini kami akan kongsikan kepada anda, semoga membantu.
APA ITU BANTUAN RM100 SEBULAN(SARA)
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah merupakan jumlah tambahan yang diberikan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang berkelayakan bagi bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.
SARA adalah kadar bantuan tambahan yang akan diberikan kepada golongan miskin tegar. Melalui SARA, penerima hanya perlu ke kedai-kedai runcit untuk memberi keperluan asas hanya dengan menggunakan myKad.
KELAYAKAN BANTUAN RM100 SEBULAN (SARA)
Program bantuan SARA dikhususkan kepada penerima isi rumah yang telah dikenal pasti berada dalam kategori miskin tegar. Kelayakan kadar ini terhad kepada:
- Warganegara Malaysia.
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar eKasih dalam rekod data Unit Penyelarasan, Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 28 Februari 2023
Melalui Belanjawan 2024: Kerajaan memutuskan untuk meluaskan manfaat SARA kepada 700 ribu penerima STR yang akan menerima 100 ringgit sebulan untuk tempoh 12 bulan.
KADAR & KAEDAH BAYARAN BANTUAN RM100 SEBULAN
Kadar bayaran bantuan sara ini adalah sebanyak RM1,200 kepada 700 ribu penerima STR yang layak.
Kaedah bayaran bantuan ini akan disalurkan dalam bentuk dengan mengkreditkan ke dalam myKad penerima STR yang sebanyak 100 ringgit sebulan untuk tempoh selama dua belas (12) bulan.
TARIKH BAYARAN BANTUAN RM100
Berikut adalah merupakan tarikh pembayaran Sumbangan Asas Rahmah (RM100 sebulan baucar untuk barangan makanan asas) iaitu:
- Akan menerima bantuan barangan keperluan asas tanpa tunai (cashless) berjumlah RM100 setiap bulan bagi tempoh 12 bulan (Januari – Disember 2024).
- Ia akan diberi secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima bagi
- Program subsidi bersasar Sumbangan Asas Rahmah (SARA) telah ditambah baik oleh Kerajaan dan bakal dilaksanakan secara berperingkat bermula 22 Januari 2024.
CARA SEMAK LOKASI KEDAI BANTUAN MAKANAN RM100 SEBULAN
Anda juga boleh menyemak senarai kedai yang terlibat program MyKasih berhampiran anda seperti berikut:
- Layari pautan Pasar Raya dan Kedai Runcit MyKasih
- Masukkan Daerah dan Negeri pada ruangan tersedia
- Setelah lengkap klik Cari
- Paparan akan menunjukkan senarai semua kedai yang terlibat MyKasih
CARA TEBUS BANTUAN MAKANAN
Sekiranya anda penerima bantuan ini, berikut adalah merupakan caranya:
- Pilih Barangan Keperluan – Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 10 kategori makanan yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad untuk pengesahan – Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan.
- Tukar No Pin – Penerima bantuan perlu menukar nombor pin sementara (6-digit pertama MyKad) kepada nombor pin yang baru.
- Imbas kod barang – Juruwang mengimbas setiap barang keperluan makanan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
- Bayar menggunakan MyKad – Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
- Simpan resit untuk semakan – Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.
Nota: Baki elaun bulanan yang tidak habis digunakan akan dibawa ke bulan-bulan seterusnya dan boleh digunakan bersama dengan elaun bulan semasa.
CARA SEMAKAN BAKI BANTUAN RM100 SEBULAN
Kepada anda yang ingin membuat semakan baki MyKasih, berikut adalah merupakan caranya:
- Semakan melalui protal My Kasih
- Semakan pada resit pembelian
TARIKH LUPUT BAKI BANTUAN RM100 SEBULAN
Sebarang baki elaun yang tidak digunakan sepenuhnya pada akhir tempoh program iaitu 31 Disember 2024 akan luput secara automatik.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), anda boleh melayari portal MyKasih
ARTIKEL LAIN:
Saya nak Mohon semak status saya secara online.