SEMAKAN TARIKH BAYARAN BANTUAN TAMBAHAN BKM (Ibu Atau Bapa Tunggal & Warga Emas)

Utama / BANTUAN TAMBAHAN BKM / SEMAKAN TARIKH BAYARAN BANTUAN TAMBAHAN BKM (Ibu Atau Bapa Tunggal & Warga Emas)

SEMAKAN TARIKH BAYARAN BANTUAN TAMBAHAN BKM (Ibu Atau Bapa Tunggal & Warga Emas)

Kini Kerajaan Malaysia telah menawarkan Bantuan Tambahan BKM kepada mereka yang layak menerima. Disini kami akan kongsikan maklumat mengenai Bantuan Tambahan seperti tarikh barayaran dan kadar bantuan tambahan, semoga membantu.

 

APA ITU BKM

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah.

 

TARIKH PEMBAYARAN BKM

Berikut adalah merupakan tarikh pembayaran BKM bagi 4 Sesi bagi tahun 2022:

  • Sesi 1 – bermula 28 Mac 2022 hingga 8 April 2022
  • Sesi 2 – bermula 27 Jun 2022 hingga 5 Julai 2022
  • Sesi 3 – September 2022
  • Sesi 4 – Disember 2022

 

KADAR BANTUAN TAMBAHAN BKM

Berikut adalah merupakan kadar bantuan tamabahan yang diumumkan:

  • Kadar jumlah bantuan tambahan adalah sebanyak maksimum RM2,000.
  • Kepada isi rumah yang berkelayakan dan menepati syarat BKM akan mendapat jumlah bantuan tambahan sebanyak maksimum RM2,500.
    • RM500 diberikan kepada isi rumah berstatus IBT yang mempunyai anak yang menepati syarat, ATAU
    • RM300 diberikan kepada penerima isi rumah bestatus warga emas.

 

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN TAMBAHAN 

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan:

  • Pemohon adalah seorang penerima bkm kategori isi rumah berstatus ibu atau bapa tunggal (IBT) yang mempunyai anak menepati syarat.
  • pemohon adalah seorang penerima kategori isi rumah berstatus warga emas.

 

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN BKM

Berikut adlaah merupakan cara membuat semakan status kelayakan BKM:

  1. Layari portal Rasmi BKM LHDNM, https://bkm.hasil.gov.my
  2. Log masuk menggunakan ID dan password yang telah didaftarkan
  3. Tekan butang Semakan Status
  4. Status permohonan berserta jumlah bayaran bantuan diluluskan akan dipaparkan.

Nota :  Jumlah wang BKM Tambahan akan dipaparkan seperti dalam anak panah merah pada gambar di bawah ini, jika tiada sebarang mengenai maklumat BKM Tambahan seperti paparan gambar di bawah, bermakna anda tidak layak untuk menerima BKM Tambahan.

 

KADAR BAYARAN BKM TAMBAHAN FASA 2

Jumlah bayaran yang akan diterima oleh penerima BKM Fasa 2 yang layak adalah seperti berikut:

  • RM100 untuk golongan isi rumah B40
  • RM50 untuk golongan bujang B40

 

TEMPOH KEMASKINI MAKLUMAT ASAS BKM

Tempoh pembukaan semula skrin Kemas Kini Maklumat Asas bagi permohonan berstatus Lulus dan tidak mengemukakan Permohonan Rayuan BKM 2022 adalah seperti berikut:

Skrin Kemas Kini DibukaSkrin Kemas Kini Ditutup
20 Jun 202230 Jun 2022*
08 Julai 2022*29 Julai 2022*

*Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa

Cara Permohonan Kemaskini:

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut tentang Bantuan Tambahan BKM, sila rujuk webiste rasmi Bantuan Keluarga Malaysia di pautan https://bkm.hasil.gov.my

 

ARTIKEL LAIN 

BKM FASA 2 (Bila Tarikh Bayaran & Jumlah Yang Akan Diterima)

 

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *