PERMOHONAN BANTUAN WANG IHSAN BWI (RM1000 Isi Rumah Terjejas Banjir)

Utama / BANTUAN WANG IHSAN(BWI) / PERMOHONAN BANTUAN WANG IHSAN BWI (RM1000 Isi Rumah Terjejas Banjir)

PERMOHONAN BANTUAN WANG IHSAN BWI (RM1000 Isi Rumah Terjejas Banjir)

Bagi rumah kediaman tang terjejas akibat kejadian banjir yang melanda, setiap ketua isi rumah boleh membuat permohonan bantuan wang ihsan. Menerusi peruntukan permohonan ini, setiap ketua isi rumah akan menerima sumbangan RM1,000.

Bagaimana cara intu membuat permohonan bantuan wang ihsan? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.

 

APA ITU BANTUAN WANG IHSAN (BWI)

Bantuan Wang Ihsan (BWI) RM1,000 bagi setiap  ketua isi rumah terjejas ketika Monsun Timur Laut atau terkesan dengan lain-lain bencana yang diisytiharkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP).

Ia juga sebagai bukti keprihatinan kerajaan terhadap mangsa bencana ditambah pula dengan impak ekonomi rakyat akibat pandemik Covid-19.

 

SYARAT KELAYAKAN

  1. BWI hanya diberikan kepada setiap Ketua Isi Rumah warganegara Malaysia sahaja.
  2. Setiap permohonan hendaklah disahkan oleh Pegawai Daerah bahawa mangsa adalah benar-benar terjejas dengan bencana banjir yang dimaksudkan.
  3. Hanya 1 rumah sahaja yang terlibat layak untuk mendapat sekali BWI tanpa mengira isi rumah / keluarga.
  4. Kelayakan BWI Bencana Banjir hanya diberikan sekali dalam tempoh musim bencana yang telah diiystiharkan. Sekiranya bencana berkalu melebihi daripada sekali dalam tempoh bencana, maka tiada bantuan kedua, ketiga atau seterusnya yang akan diberikan.

 

KADAR BAYARAN BWI

Jumlah yang akan diterima adalah RM1000 bagi setiap Ketua Isi Rumah tanpa mengira jumlah isi rumah / keluarga.

 

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Berikut adalah merupakan dokumen yang diperlukanbergantung kepada kategori pemohon:

  1. Mereka yang mendaftar ke PPS dengan kad pengenalan tidak perlu membuat permohonan. Permohonan mereka akan terus diuruskan oleh pihak JKM.
  2. Mereka yang mendaftar ke PPS tanpa kad pengenalan perlu mendaftar dengan ketua-ketua masyarakat.
  3. Mereka yang tidak berpindah ke PPS, perlu mendaftar dengan ketua-ketua masyarakat.

 

CARA PERMOHONAN BANTUAN WANG IHSAN

Berikut adalah cara permohonan BWI:

  1. Permohonan boleh dibuat secara manual melalui Pejabat Daerah masing-masing.
  2. Bagi yang berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS), Ketua Isi RUmah (KIR) boleh merujuk kepada petugas PPS masing-masing.
  3. Bagi yang tidak berpindah ke PPS, Tuan / Puan perlu memohon kepada Ketua Komuniti / Pegawai Daerah masing-masing.
  4. Kelulusan permohonan adalah tertakluk kepada pengesahan Pegawai Daerah sekali Pengerusi JKawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD).

NOTA: Tiada permohonan secara online.

 

SOALAN LAZIM BANTUAN WANGIHSAN (BWI)

Bolehkah saya mohon secara online?

Tidak boleh sama sekali

 

Adakah saya boleh mohon walaupun saya tidak berpindah ke pusat pemindahan sementara?

Boleh

 

Saya mengalami banjir beberapa kali dalam tahun ini, boleh saya mohon banyak kali?

Tidak boleh. Permohonan hanya dibenarkan sekali sahaja

 

Saya hanya penyewa sahaja, tetapi rumah sewa mengalami banjir. Boleh saya mohon bantuan bwi?

Boleh

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai Bantuan Wang Ihsan  bagi kediaman yang terjejas akibat banjir, anda:

ARTIKEL LAIN 

CARA CLAIM KERETA KENA BANJIR (Proses Tuntutan)

One comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *