CARA BATAL @ DISABLE FUNGSI SECURE2U MAYBANK

Utama / SECURE2U MAYBANK / CARA BATAL @ DISABLE FUNGSI SECURE2U MAYBANK

CARA BATAL @ DISABLE FUNGSI SECURE2U MAYBANK

Dalam era digital ini, penggunaan perbankan internet amat meluas kerana sangat mudah dan pantas dan tidak perlu bersusah payah lagi pergi ke ATM. Terkini Maybank telah melancarkan perkhidmatan secure2u Maybank untuk jangka masa yang panjang.

Sekiranya anda telah daftar secure2u Maybank tetapi ingin mengetahui cara Batal @ Disable fungsi Secure2, disini kami akan kongsikan caranya, semoga membantu/

 

PENGENALAN SECURE2U

Secure2u adalah perkhidmatan eBanking Maybank untuk transaksi kewangan yang boleh diakses menerusi aplikasi pada telefon pintar dengan sambungan internet.

Secure2u merupakan ciri – ciri keselamatan berbentuk digital yang lebih menjimatkan masa berbanding SMS tac yang kadang – kala mengambil masa yang agak lama. Pengguna hanya perlu menekan butang Approve yang terdapat pada skrin bagi meneruskan transaksi tanpa perlu membuat permintaan tac

 

CARA BATAL @ DISABLE FUNGSI SECURE2U MAYBANK

Sekiranya anda ingin membatalkan fungsi Secure2u Maybank anda, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Layari pautan Maybank2u atau buka aplikasi Maybank MY (Playstore / App Store)
  2. Log masuk akaun Maybank2u menggunakan Username dan Password anda
  3. Pada menu utama klik pada Setting
  4. Seterusnya klik pada Security dan pilih Secure2u
  5. Pada Secure2u Feature, anda hanya perlu tick pada ruangan slide di tepinya untuk disable (akan bertukar warna kelabu) fungsi ini.
  6. Selesai, anda telah berjaya batalkan @ disable fungsi secure2u Maybank anda

 

SOALAN LAZIM

 

Apakah perbezaan antara Secure Verification, Secure TAC & SMS TAC?

Secure Verification dan Secure TAC adalah dua kaedah kebenaran menggunakan Secure2u, yang boleh digunakan melalui aplikasi Maybank2u MY App / MAE anda. Sementara itu, SMS TAC adalah kebenaran kaedah yang dihantar ke nombor telefon bimbit anda melalui SMS menggunakan pembawa telco anda.

 

Saya telah mendaftarkan telefon bimbit saya untuk Secure2u. Bolehkah saya melakukan transaksi menggunakan Secure2u tanpa sambungan internet atau sambungan perlahan?

Ya, jika transaksi yang anda buat memungkinkan persetujuan menggunakan Secure TAC, seperti yang biasa setujui urus niaga walaupun anda tidak mempunyai sambungan Internet atau sambungan anda lambat. Namun, anda perlu mempunyai sambungan Internet yang stabil untuk menyetujui penggunaan transaksi Pengesahan Selamat.

 

Adakah saya perlu menggunakan Secure2u untuk transaksi yang telah saya simpan sebagai ‘Favorites’?

Tidak, Secure2u tidak diperlukan untuk transaksi yang telah anda simpan sebagai ‘Favorites’.

Anda boleh menyimpan urus niaga yang kerap anda buat dengan mudah sebagai ‘Favorite’ agar cepat dan lancar urus niaga seterusnya. Kebenaran hanya akan dibuat menggunakan SMS TAC apabila anda menambahkan transaksi sebagai ‘Favorite’ baru.

 

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang maklumat lanjut atau masalah berkaitan mengenai secure2u Maybank, sila rujuk:

  • Telefon khidmat pelanggan: 1-300 88 6688 (Malaysia) / 03-7844 3696 (Overseas)
  • Email: [email protected]

 

ARTIKEL LAIN 

CARA GUNA SECURE2U MAYBANK (Aktifkan Di maybank2u.com.my)

REGISTER SECURE2U MAYBANK:CARA DAFTAR DI APLIKASI MAYBANK2U MY

 

One comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *