CARA BATALKAN RFID (Jika Tukar Kereta Baru)

CARA BATALKAN RFID (Jika Tukar Kereta Baru)

Seperti yang kita ketahui, penggunaan tag pelekat / sticker RFID adalah hanya bagi sebuah kenderaan sahaja. Bagaimana sekiranya anda tukar kenderaan baru? Semestinya anda ingin mengetahui cara batalkan tag RFID lama anda. Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.

 

APA ITU RFID

RFID adalah sistem pembayaran elektronik yang menggunakan pelekat pengenalan frekuensi radio yang juga dikenali sebagai TNG RFID Tag untuk melalui tol. Semasa kenderaan melalui tol, pengimbas akan mengesan frekuensi radio dari Tag RFID TNG dan mengenakan tambang.

Tag ini kemudiannya akan dihubungkan dengan Touch ‘n Go eWallet pengguna di mana tambang akan ditolak secara automatik. Berbeza dengan SmartTAG yang menggunakan imbasan infrared, TNG RFID menggunakan tag yang dipasang pada kereta anda dan diimbas semasa melakukan transaksi.

 

KELEBIHAN TAG RFID

Menerusi RFID, pelanggan lebuh raya tidak perlu lagi berhadapan kesukaran menambah nilai kad Touch ‘n Go mereka kerana ia boleh dilakukan dengan mudah secara dalam talian menerusi telefon bimbit dan aplikasi Touch ‘n Go eWallet yang dihubungkan terus kepada tag RFID yang dipasang pada kenderaan. Tag ini juga tidak memerlukan bateri dan boleh berfungsi dengan mudah.

 

CARA BATALKAN TAG RFID

Untuk membatalkan Tag RFID anda sekiranya ingin menukar ke eknderaan baru, terdapat 2 cara iaitu:

  1. Secara Atas Talian (Online)
  2. Hubungi Careline
    • Hubungi TNG Careline di talian 03-27148888
    • Ikut arahan dan takan #4 untuk urusan RFID
    • Kemudian nyatakan butiran yang diperlukan seperti:
      • Nama Penuh
      • Nombor Kad Pengenalan
      • Nombor Telefon
      • Nombor Pendaftaran Kenderaan terlibat
      • Baki dalam eWallet TNG
    • Kemudian pegawai akan membantu anda batalkan RGIF anda

NOTA: Bagi Tag RFGID baru pada kenderaan baharu anda hendaklah daftar terlebih dahulu dalam sistem.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai Tag RFID, anda boleh layari pautan https://rfid.touchngo.com.my/main

 

ARTIKEL LAIN

PELEKAT RFID ROSAK (Cara Ganti Balik Secara Percuma)

2 Comments

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *