PERMOHONAN BAUCAR RM500 BARANGAN ELEKTRIK (Mangsa Banjir)

Utama / BAUCAR BARANGAN ELEKTRIK / PERMOHONAN BAUCAR RM500 BARANGAN ELEKTRIK (Mangsa Banjir)

PERMOHONAN BAUCAR RM500 BARANGAN ELEKTRIK (Mangsa Banjir)

Kepada isi rumah yang terkesan atau terlibat dalam bencana banjir yang melanda, anda boleh membuat permohonan untuk mendapat baucar istimewa pembelian barang elektrik menerusi baucar RM500 yang diumumkan oleh pihak kerajaan.

Bagaimana cara untuk membuat permohonan bauver RM500 barangan elektrik? Disini kami kongsikan caranya, semogha membantu.

 

APA ITU BAUCER RM500 BARANGAN ELEKTRIK

Pemberian baucar ini telah diumumkan sebelum ini oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 29 Disember 2021 yang lalu menerusi beberapa inisiatif yang diumumkan kerajaan bagi meringankan beban yang ditanggung mangsa banjir.

Pelaksanaan baucar pembelian barangan elektrik ini dilaksanakan di bawah program Sustainability Achieved via Energy Efficiency (SAVE) di premis terpilih atau secara dalam talian.

 

KADAR BAUCER BARANGAN ELEKTRIK

Kadar baucar yang ditawarkan kepada isi rumah mangsa yang terlibat atau terkesan banjir yang melanda adalah sebanyak RM500.

 

TARIKH PELAKSANAAN BAUCER BARANGAN ELEKTRIK

Untuk pelaksanaan program baucar RM500 pembelian barangan elektrik ini akan bermula pada 7 Januari secara pembelian fizikal atau atas talian.

 

PREMIS  TERLIBAT PENEBUSAN BAUCER BARANGAN ELEKTRIK

Untuk makluman sehingga kini sebanyak  1 400 premis yang tersenarai di bawah SAVE kendalian Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA Malaysia) akan terlibat dalam pelaksanaan baucar ini.

Baucar ini boleh ditebus menerusi kedai fizikal dan platform e-dagang seperti:

  • Lazada
  • Shopee
  • PGMall

 

CARA PERMOHONAN BAUCER BARANGAN ELEKTRIK

Untuk cara permohonan baucer ini akan dikemaskini kemudian sehingga terdapat pengumuman oleh pihak SEDA Malaysia pada 7 Januari 2022.

 

INSIATIF BANTUAN BANJIR KELUARGA MALAYSIA

Antara insiatif bantuanbanjir keluarga Malaysia adalah:

  • Bantuan Wang Ihsan (BWI) sehingga RM1000
  • Bantuan Pembelian Barang Keperluan sehingga RM2500
  • Bantuan Baik Pulih Rumah Sehingga RM5000
  • Rebat Pembelian Barangan Elektrik sehinggan RM500
  • Rebat Bil Elektrik 100% Bulan Disember
  • Diskaun Baik Pulih Kenderaan / Rebat Penggantian Kenderaan Baharu
    • Perodua – Diskaun 50% alat ganti kenderaan
    • Proton – Diskaun 50% alat ganti kenderaan
    • Syarikat Lain – Diskaun 25% upah baik pulih & alat ganti kenderaan

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai baucar barangan elektrik RM500, anda boleh layari laman website rasmi SEDA di pautan http://www.seda.gov.my/

 

ARTIKEL LAIN

BANTUAN BANJIR KELUARGA MALAYSIA ( Senarai Inisiatif & Cara Permohonan )

 

9 Comments

  1. Nadma memang aku dah tggu dri tahun lepas sampai sekarang..nak call tak angkat! bantuan covid pun sama dri bulan 8 lepas tggu smpi sekrg xdpt2..apa benda nnth..proses dia lama nk mampus!!nk bantu orang lambat2kan proses ni bukan bantu tapi nyusahkan!!

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *