PERMOHONAN BAUCAR PAKEJ BERPANTANG RM200 IBU TERENGGANU

Terkini Kerajaan negeri Terengganu bakal memperkenal bantuan baharu buat para ibu bersalin melalui Baucar Pakej Berpantang Terengganu. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara untuk membuat permohonan, semoga membantu.

APA ITU BAUCAR PAKEJ BERPANTANG TERENGGANU

Bantuan Baucer Pakej Berpantang yang diumumkan dalam Belanjawa 2023 Terengganu menjadi salah satu inisiatif dalam Teras 1, Rakyat Disantuni menjangkaui seluruh kelompok masyarakat di negeri tersebut. Pemberian baucar berkenaan bagi tujuan penjagaan wanita berkenaan selepas bersalin. Bantuan ini dijangka akan memberi manfaat kepada sekitar 5,000 wanita (bersalin) yang layak dengan peruntukan sebanyak RM1 juta

TUJUAN BAUCAR PAKEJ BERPANTANG

Berikut adalah merupakan antara tujan pemberian baucer ini iaitu:

  • Penjagaan wanita berkenaan selepas bersalin
  • Komitmen kerajaan negeri Terengganu menjayakan Pelan Dasar Wanita Terengganu 2030

KADAR BAUCAR PAKEJ BERPANTANG

Ibu yang melahirkan anak di Terengganu pada tahun 2023 bakal memperoleh baucar yang bernilai sebanyak RM200

CARA PERMOHONAN BAUCAR PAKEJ BERPANTANG 

Pada masa kini kerajaan negeri Terengganu masih belum mengeluarkan maklumat dan kaedah permohonan baucer pakej berpantang yang ditawarkan. Perkongsian ini akan dikemaskini semula setelah mendapat info terbaru daripada kerajaan negeri.

INISIATIF KERAJAAN NEGERI TERENGGANU KEPADA IBU/ WANITA

Berikut adalah merupakan antara inisiatif yang diumumkan kepada para ibu atau wanita di negeri Terengganu iaitu:

  • Kadar Skim Pertama Sejahtera untuk bayi yang baru lahir di negeri tersebut juga akan dinaikkan mulai tahun hadapan.
  • Sumbangan tabung pendidikan di bawah skim tersebut bakal dinaikkan kepada RM200 bagi kelahiran anak pertama dan kedua, anak ketiga hingga kelima (RM300) dan anak keenam hingga kesepuluh (RM500).
  • RM300,000 akan diperuntukkan bagi program pemeriksaan mamogram dan pap smear secara percuma bagi wanita berumur 35 tahun ke atas.

NOTA: Kerajaan negeri (Terengganu) juga sedang mengkaji untuk melaksanakan program kesihatan percuma kepada golongan lelaki

MAKLUMAT LANJUT BAUCAR PAKEJ BERPANTANG TERENGGANU

Untuk dapatkan maklumat lanjut menegnai Baucer Pakej Berpantang dan juga inisiati Kerajaan Negeri Terangganu, anda boleh merujuk portal rasmi Kerajaan negeri Terengganu 

ARTIKEL LAIN

PERMOHONAN PENCEN RAKYAT TERENGGANU 2023(RM600 Setahun)

Share your love

One comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *