BAUCAR PERLINDUNGAN TENANG B40 (Semakan Status & Cara Tebus PTV RM75)

BAUCAR PERLINDUNGAN TENANG B40 (Semakan Status & Cara Tebus PTV RM75)

 

BAUCAR PERLINDUNGAN TENANG B40

Pernah dengar tentang Perlindungan Tenang?Terkini kerajaan telah memperkenalkan Program Baucar RM50 Perlindungan Tenang khas untuk B40.

Seperti yang kita semua maklum, keselamatan sosial adalah benteng pertahanan utama dalam menjamin kelangsungan hidup, terutamanya bagi golongan B40.

COVID-19 telah menyerlahkan lagi pentingnya keselamatan sosial bagi golongan berpendapatan rendah dalam masyarakat kita. Memandangkan penyertaan insurans yang rendah di kalangan kumpulan B40, dan di dalam semangat #KeluargaMalaysia, subsidi Kerajaan untuk perlindungan insurans / takaful adalah sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan jaringan keselamatan sosial untuk B40.

Ini hanyalah langkah awal ke arah penambahbaikan jaringan sosial, yang akan diperhalusi oleh Kerajaan melalui Belanjawan 2022, dan sebagai salah satu komponen program PERKUKUH Pelaburan Rakyat. ⠀

 

APA ITU PROGRAM BAUCAR PERLINDUNGAN TENANG(PTV)?

Program Baucar Perlindungan Tenang kepada golongan B40 akan diteruskan dengan nilai baucar ditingkatkan daripada RM50 kepada RM75. Penerima Bantuan Prihatin Rakyat yang layak menerima bagi membantu mereka membeli produk Perlindungan Tenang daripada syarikat insuransa dan pengendali takaful berlesen. Ia merupakan inisiatif oleh Kerajaan Malaysia untuk memperluas perlindungan sosial kepada penerima BPR yang layak di negara ini.

 

 

SENARAI KRITERIA/ KELEBIHAN PERLINDUNGAN TENANG

Di bawah inisiatif ini, penerima yang layak boleh menggunakan Baucar Perlindungan Tenang untuk melanggan pelbagai jenis pelan perlindungan yang meliputi kematian, kemalangan kerosakan harta benda dan lain-lain. ⠀

Sebagai tambahan, baucar itu boleh digunakan untuk membeli polisi insurans komprehensif bagi motosikal 150cc ke bawah mulai 1 Januari 2022.

Rujuk kriteria Perlindungan Tenang di bawah:

BAUCAR PERLINDUNGAN TENANG B40

Selain itu kerajaan juga bercadang memberikan pengecualian duti setem kepada produk Perlindungan Tenang serta produk insurans atau takaful dengan nilai premium atau sumbangan tidak melebihi RM150 bagi individu dan RM250 bagi perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

 

SEMAKAN KELAYAKAN BAUCAR PERLINDUNGAN TENANG B40

  1. Layak untuk penerima BPR sahaja
  2. Satu baucar hanya boleh digunakan untuk membeli / menyertai satu polisi sahaja
  3. Pulangan tunai atau pembayaran balik secara tunai tidak dibenarkan
  4. Baucar hanya boleh digunakan untuk polisi / sijil baharu memperbaharui polisi / sijil sahaja (Tidak boleh digunakan untuk polisi / sijil sedia ada.

 

BAUCAR PERLINDUNGAN TENANG B40

 

CARA SEMAK STATUS KELAYAKAN BAUCAR PERLINDUNGAN TENANG

 

Bermula 30 September 2021, 3.6 juta golongan isi rumah B40 boleh mula menyemak status kelayakan mereka di bawah program ini yang bernilai RM50, sebuah inisiatif di bawah #Belanjawan2021 yang menyediakan pelan perlindungan mampu milik untuk golongan B40.⠀

 

Semakan boleh dibuat mengikut 2 kaedah berikut:

 

SEMAKAN MANUAL: Kunjungi wakil insurans pengendali Takaful

SEMAKAN ONLINE: Melalui laman web www.myPTV.my

 

BAUCAR PERLINDUNGAN TENANG B40

 

SKIM BAUCAR PERLINDUNGAN TENANG (PTV) UNTUK WARGA KPM

Terkini Yayasan Didik Negara (YDN) dengan kerjasama Prudential BSN Takaful, melaksanakan kempen penebusan Baucar Perlindungan Tenang (PTV) kepada semua warga KPM dan ahli keluarga terdekat yang layak seperti berkut:

Manfaat PTV Warga KPM

  • RM15,000 manfaat bagi kematian semulajadi
  • RM30,000 manfaat bagi kematian akibat kemalangan
  • RM1,7000 manfaat khairat kematian

Cara Semakan Kelayakan PTV Warga KPM

Pendaftaran PTV Bagi Warga KPM Yang Layak

  • Pelanggan akan menerima SMS beserta pautan
  • Klik pada pautan dalam SMS
  • Masukkan pin 4 digit terakhir nombor telefon dan 4 digit terakhir no kad pengenalan
  • Klik langkah satu untuk e-Pemberitahuan
  • Klik langkah 2 untuk menebus Baucar Perlindungan Tenang anda dan menyertai PRUBSN AMANI.
  • Selesai

 

MAKLUMAT & PERTAYAAN LANJUT

Sila layari www.myptv.my dan www.mycoverage.my, atau hubungi Pusat Panggilan Program Baucar Perlindungan Tenang di 03 7723 9333 atau rujuk Kementerian Kewangan Malaysia

 

Artikel berkaitan

CLAIM DUIT TUNTUTAN PERKESO (Kes Kematian,Kemalangan,Accident,Cacat)

CARA DAFTAR MYSALAM ONLINE(PERMOHONAN BANTUAN KEWANGAN RM700 COVID-19  RM50 SEHARI)

 

5 Comments

    • Sama la saya pun da call tanya nk wat semakan saya plak silap catit laman wed yg dia org berikan 🤦‍♀️

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *