CARA BAYAR BIL TM UNIFI STREAMYX (Daftar & Semak Bil Online)
Tahukah anda? Peratusan capaian isi rumah kepada internet telah meningkat kepada 91.7 peratus pada 2020 berbanding 90.1 peratus pada 2019, demikian menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).
Ini bermaksud kebanyakkan antara kita mengunakan internet dalam kehidupan seharian. Menghampiri dunia digital serba canggih, Telekom Malaysia tidak ketinggalan untuk memberikan pelbagai kemudahan kepada pelanggan mereka.
Pada kali ini, artikel akan berkongsi kepada anda cara bayar bil TM UNIFI STREAMYX secara online daripada cara register login akaun hingga cara menyemak bil Unifi anda. Sememangnya, pembayaran bil secara online amat memudahkan urusan harian kita dan sangat cepat. Bak kata TM ‘Life Made Easier’. Jika anda merasakan maklumat ini bermanfaat, kongsikan kepada rakan anda!
CARA REGISTER TM STREAMYX UNIFI(BAYAR BIL ONLINE)
Untuk menggunakan pelbagai kemudahan menarik daripada Unifi, anda perlulah untuk register akaun Unifi dahulu melalui portal Unifi di https://unifi.com.my/ atau muat turun aplikasi Unifi di Google Play atau App Store. Berikut adalah cara untuk register akaun Unifi anda secara online :
- Seperti yang sedia maklum, langkah pertama untuk pendaftaran adalah dengan melayari portal Unifi di https://unifi.com.my/ atau muat turun aplikasi Unifi.
- Pada paparan tersebut, pilih pada menu atas dan tekan Support. Keluar pop-up dan klik pada Fibre broadband.
- Pada halaman berikutnya klik pada Login/Register pada bahagian atas sebelah kanan paparan.
- Seterusnya, klik pada REGISTER NOW! anda akan dikehendaki untuk memasukkan nama penuh, emel, dan masukkan kata laluan. Anda juga boleh register melalui akaun Facebook atau Google.
- Apabila selesai mengisi maklumat, klik pada kotak Term Of Use dan tekan butang LET’S DO THIS.
- Paparan akan meminta anda untuk melihat emel anda. Tujuan ini adalah untuk mengesahkan emel yang anda berikan.
- Buka emel tersebut dan tekan pada verify email. Secara automatik, anda telah login berdasarkan paparan nama anda. Namun detail anda belum lengkap.
- Untuk melengkapkannya, anda mesti register melalui digitalme.
- Untuk ke register digitalme, layari portal https://unifi.com.my/ seperti diatas. Klik pada bahagian Login/Register pada atas kanan.
- Pop-up digitalme akan keluar. Masukkan nama anda dan tekan next.
- Masukkan emel anda dan tekan next. Kemudian, masukkan kata laluan dan tekan next.
- Pada paparan Coose your ID Type, terdapat tiga pilihan iaitu National ID, Passport dan Organisation. Pilih satu sahaja dan masukkan nombor kad pengenalan jika anda memilih National ID. Klik CONFIRM.
- Paparan akan menunjukkan Profile Create! Menunjukkan profile digitalme sudah berjaya dicipta. Tekan TAKE ME TO LOGIN dan masukkan emel anda. Tekan NEXT.
- Masukkan kata laluan yang anda cipta tadi. Sebelum itu, sahkan emel yang dihantar kepada anda untuk mengaktifkan akaun digitalme. Pada emel tersebut, klik VERIFY MY EMAIL.
- Setelah emel anda aktif, login digitalme dan akan keluar paparan term of use dan minta anda sahkan. Klik pada butang ACCEPT jika anda bersetuju.
- Klik pula RETURN TO LOGIN dan klik sekali lagi butng CONTINUE.
- Setelah anda berjaya login. Kemaskini maklumat peribadi anda dan tekan butan NEXT.
- Register anda telah berjaya! segala maklumat anda telah dikemaskini dan anda boleh menggunakan akaun ini untuk membuat pembayaran bil, menyemak bil, melanggan pelan baharu dan lain-lain.
CARA SEMAK BIL TM STREAMYX UNIFI ONLINE
Apabila anda sudah register Unifi melalui digitalme, anda boleh masuk ke akaun Unifi digitalme. Caranya :
- Layari portal https://unifi.com.my/ dan tekan pada butang LOGIN/REGISTER pada bahagian atas kanan.
- Apabila keluar pop-up, masukkan emel, tekan CONTINUE dan masukkan password yang telah anda setkan sebelum ini, tekan NEXT. Anda sudah berjaya login.
- Setelah berjaya login, paparan akan menunjukkan Dashboad akaun anda.
- Pada Dashboard ini, anda akan dapat melihat detail, bil semasa anda, bil yang lepas dan bayaran yang telah dibuat.
- Anda juga boleh muat turun bil yang lepas melalui dashboard ini.
CARA BAYAR BIL TMSTREAMYX UNIFI ONLINE BANKING
Berikut adalah cara untuk membuat pembayaran bil TM STREAMYX UNIFI online:
- Layari portal https://unifi.com.my/ dan tekan pada butang LOGIN/REGISTER pada bahagian atas kanan.
- Apabila keluar pop-up, masukkan emel, tekan CONTINUE dan masukkan password yang telah anda setkan sebelum ini, tekan NEXT. Anda sudah berjaya login.
- Pada dashboard anda, tekan butang PAY NOW. Pada paparan berikutnya, klik pada butang I AGREE & PAY NOW.
- Setelah itu, akan keluar pop-up Select Payment Method samada CREDIT CARD atau ONLINE BANKING.
- Pilih ONLINE BANKING dan akan tertera kotak FPX. Tekan pada kotak FPX dan tekan PROCEED.
- Anda akan dibawa ke paparan Payment Gateway. Pada paparan ini, pilih pada pilihan bank yang anda gunakan. Tekan NEXT untuk langkah seterusnya.
- Masukkan Username dan sahkan password untuk login ke banking online anda.
- Pop-up butiran pembayaran akan terpapar. Tekan Continue dan tekan Request for TAC. Masukkan nombor TAC yang dihantar melalui telefon bimbit anda. Tekan Confirm jika telah selesai.
- Sekali lagi detail pembayaran akan terpapar. Klik pada butang Continue with Transaction dan klik Return to FPX. Pembayaran bil anda selesai!
- Anda akan kembali ke paparan Dashboard. Isikan review anda mengenai penggunaan portal Unifi untuk membuat pembayaran.
SOALAN LAZIM
Saya sudah mencipta akaun di portal Unifi, adakah akaun tersebut boleh digunakan untuk login aplikasi Unifi?
Ya, anda boleh login aplikasi Unifi dengan mengunakan emel dan password yang telah anda daftarkan.
Adakah cas yang dikenakan jika saya membuat pembayaran bil TM STREAMYX UNIFI online?
Tiada cas yang dikenakan. Anda hanya dikenakan cas ekstra sekiranya :
- Menukar pakej langganan
- Membeli / melanggan sesuatu
- Perkhidmatan baikpulih
- Pertukaran alat
Bagaimanakah cara untuk CARA BAYAR BIL AIR JOHOR ONLINE mySAJ?
MAKLUMAT & PERTANYAAN LANJUT
Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut tentang bayar bil TM UNIFI STREAMYX , sila kunjungi kaunter TM yang berdekatan atau melalui media sosial Facebook, Twitter dan Instagram Unifi. Anda juga boleh menghantar sebarang aduan melalui emel [email protected] atau menelefon TM Contact Centre Service ditalian 100.
5 thoughts on “CARA BAYAR BIL TM UNIFI STREAMYX 2023(Daftar & Semak Bil Online)”