CARA BAYAR BIL UNIFI SECARA AUTOPAY(Setting Pembayaran Akaun Unifi)

Utama / CARA BAYAR BIL UNIFI SECARA AUTOPAY / CARA BAYAR BIL UNIFI SECARA AUTOPAY(Setting Pembayaran Akaun Unifi)

CARA BAYAR BIL UNIFI SECARA AUTOPAY(Setting Pembayaran Akaun Unifi)

 

Adakah anda pengguna Unifi? Masihkah anda bayar bil TM Unifi ni di kaunter? Sudah tentunya untuk pembayaran secara online lebih senang dan mudah, tetapi bagaimana sekiranya anda terlupa ataupun tiap-tiap bulan perlu dibuat bayaran secara manual? Disini kami kongsikan cara lebih pantas bayar bil anda secara autopay, semoga membantu.

 

KELEBIHAN BAYAR BIL UNIFI SECARA AUTOPAY

Berikut adalah merpakan kelebihan yang kita dapat sekiranya anda membayar bil secara autopay:

  • Jimat masa, petrol dan duit bayar parkir
  • Tidak perlu beratur menunggu giliran di kaunter
  • Pembayaran secara auto pada tiap-tiap bulan
  • Ada kalanya boleh dapat diskaun jika bayar online
  • Pengurusan masa lebih teratur

 

CARA DAFTAR AKAUN UNIFI ONLINE

Sebagai pemulaan, sekiranya ingin membuat bayaran bil secara autopay ni, anda seharusnya mempunyai akaun Unifi terlebih dahulu. Berikut adalah merupakan cara daftar akaun unifi:

  1. Layari website rasmi Unifi: https://unifi.com.my/personal
  2. Klik pada Login.
  3. Kemudian masukkan email anda dan klik Next
  4. Isikan maklumat yang diperlukan seperti:
    • Nama
    • Kata Laluan
    • Pengesahan Kata laluan
  5. Kemudian Tick pada terma dan Syarat dan klik Let’d Do This
  6. Buka email anda, dan klik pada link Veridy akaun Unifi anda.
  7. Selesai

 

CARA BAYAR BIL UNIFI SECARA AUTOPAY

Setelah selesai proses daftar di atas, berikut adalah merupakan cara untuk tetapkan settings dalam akaun Unifi anda.

  1. Layari pautan Selfcare Unifi: https://unifi.com.my/personal
  2. Log masuk akaun Unifi mengguna Email dan Kata Laluan anda
  3. Pada bahagian dashboard (My Account, klik pada tiga titik bertindih sehingga ia keluar dropdown.
  4. Klik pada Sign Up AutoPay.
  5. Isikan semua butiran yang diperlukan seperti:
    • Info kad debit/kredit
    • Nama bank
    • Nama pemilik
    • No Kad Pengenalan
    • Email
  6. Setelah lengkap semuanya, sahkan kembali butiran anda kemudian klik pada butang I Agree & Submit.
  7. Akan tertera notification Registration AutoPay Success
  8. Selesai

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai cara pembayaran bil Unifi secara Online, anda boleh layari website rasmi Unifi di DI SINI

 

ARTIKEL LAIN 

CARA TUKAR PASSWORD UNIFI/STREAMYX (Router /Modem)

CARA BAYAR BIL TM UNIFI STREAMYX (CARA DAFTAR & SEMAK BIL ONLINE)

4 Comments

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *