BAYAR CUKAI TANAH ONLINE 2024(Cara Semak Kadar Cukai Setiap Negeri)

Utama / BAYAR CUKAI TANAH ONLINE / BAYAR CUKAI TANAH ONLINE 2024(Cara Semak Kadar Cukai Setiap Negeri)

BAYAR CUKAI TANAH ONLINE 2024(Cara Semak Kadar Cukai Setiap Negeri)

Tahukah anda, kini anda boleh bayar cukai tanah online sahaja. Anda boleh membuat semakan kadar cukai yang dikenakan bagi setiap negeri melalui atas talian.

Untuk itu, izinkan kami berkongsi cara untuk bayar cukai tanah online terkini. 

 

 

APA ITU CUKAI TANAH

Cukai tanah adalah sejenis cukai yang dikutip kerajaan negeri untuk hartanah di Malaysia. Cukai taksiran/cukai pintu pula adalah cukai tanah tempatan yang dikutip oleh majlis perbandaran kawasan perumahan untuk kerja membangun, menyelenggara infrastruktur dan perkhidmatan tempatan.

Harus diingatkan yang cukai tanah dan cukai pintu memainkan peranan yang penting dalam perancangan kewangan isi rumah anda.

 

KADAR BAYARAN CUKAI TANAH

Caj yang dikenakan untuk cukai tanah dinilai berdasarkan jumlah tanah yang dikira sebagai sebahagian daripada hartanah anda. Dalam erti kata lain: setiap kaki persegi (kps) hartanah atas tanah akan dinilai.

Kadar cukai yang dikenakan adalah berbeza-beza setiap Negeri, malah harga antara daerah pun tidak sama. Cukai di luar bandar lebih murah berbanding hartanah di bandar, jadi pastikan anda memeriksakan butiran di geran anda sebelum membuat sebarang pembayaran.

 

SEMAKAN & BAYARAN CUKAI TANAH ONLINE

Berikut adalah pautan untuk membuat semakan dan bayaran cukai tanah anda secara bagi setiap negeri kecuali negeri Sarawak yang telah dimansuhkan cukai tanah. Pastikan anda daftar terlebih dahulu. Pautan semakan cukai tanah adalah seperti jadual di bawah:

 

NEGERIPAUTAN SEMAKAN
PULAU PINANGhttps://ebayar.penang.gov.my
PAHANGhttps://fpxptg.pahang.gov.my/fpx/fpx_qrycukai.php
SELANGORhttps://ehasil.selangor.gov.my/app/search
KEDAHhttps://ebayaran.ptgkedah.gov.my/
JOHORhttps://onlinepayment.johor.gov.my/
WP KUALA LUMPURhttps://www.ptgwp.gov.my/etanah-Awam/EBayaranSemakBayarCukaiTanahForm.xhtml
SABAHhttp://www.quitrent.jtu.sabah.gov.my
TERANGGANUhttp://cukaiptg.terengganu.gov.my/esolarweb/main.php
KELANTANhttps://hasiltanah.kelantan.gov.my/
PERAKhttps://ptg.perak.gov.my/etanah-awam/
PERLIShttps://ptg.ptgps.gov.my/esemakan/
NEGERI SEMBILANhttps://ptgns.ns.gov.my/fpx/main_fpx.html
MELAKAhttps://ebayar.melaka.gov.my

 

  1. Klik pada pautan Negeri anda berada
  2. Seterusnya klik pada ‘Semakan dan Bayaran Cukai Tanah’
  3. Sekiranya anda tidak daftar lagi, seharusnya anda daftar terlebih dahulu dengan klik pada ‘Daftar’
  4. Selesai daftar anda Log Masuk akaun anda
  5. Seterusnya ada pilihan semakan & bayaran
  6. Sekiranya anda ingin membuat pembayaran, anda boleh pilih cara pembayaran yang anda ingin.
  7. Setelah selesai pembayaran, pastikan anda cetak atau dowload resit untuk rujukan anda

 

CARA BAYAR CUKAI TANAH

 

Anda juga boleh membayar cukai tanah seperti biasa dengan cara:

  1. PEMBAYARAN DI KAUNTER PTGS & PEJABAT DAERAH DAN TANAH (PDT)
  2. SEMAKAN CUKAI TANAH DAN CUKAI PETAK MELALUI MYSMS 15888
    1. Taipkan: PTGS CUKAI NO AKAUN Hantar ke 15888
    2. Contoh Paparan: PTGS CUKAI 50844100606680
    3. RM 0.20 PTGS: C tanah/petak 50844100606680 untuk 2020 berjumlah RM 120.20 yang perlu dijelaskan
    4. Caj Penghantaran SMS RM 0.15 dan Caj Penerimaan SMS RM 0.20
  3. PEMBAYARAN DI KAUNTER PBT
  4. PEMBAYARAN DI KIOSK
  5. PEMBAYARAN MELALUI POS MALAYSIA

 

SOALAN LAZIM BAYAR CUKAI TANAH ONLINE

 

Di manakah saya boleh dapatkan Bil Cukai Tanah jika saya tidak menerimanya?

Pemilik Tanah Berdaftar boleh mendapatkan Bil Cukai Tanah di mana-mana Pejabat Tanah & Daerah dan juga Pejabat Tanah Galian dengan mengemukakan maklumat seperti Nombor Hakmilik dan Nombor Lot.

 

Adakah saya perlu membayar Cukai Tanah sedangkan saya tidak pernah mendapat bil?

Menurut Seksyen 93, Kanun Tanah Negara 1965, pemilik tanah berdaftar adalah bertanggungjawab untuk menyelesaikan cukai tanah yang dimilikinya tanpa gagal.

 

Bila Perlu Bayar Cukai Tanah?

Bermula pada 1 Januari hingga 31 Mei tiap-tiap tahun. Menurut Seksyen 94 Kanun Tanah Negara 1965, Cukai Tanah hendaklah dibayar sepenuhnya mulai hari pertama tiap-tiap tahun dan akan menjadi tunggakan pada hari pertama bulan Jun tahun itu. Apabila mana-mana cukai tanah terhutang, denda kerana terhutang adalah kena dibayar sebagai tambahan kepada cukai semasa.

 

MAKLUMAT LANJUT BAYAR CUKAI TANAH ONLINE

 

Untuk sebarang maklumat lanjut, anda boleh layari web rasmi Pejabat Tanah Dan Galian negeri anda.

 

ARTIKEL LAIN

SEMAKAN CUKAI KEUNTUNGAN HARTA TANAH CKHT RPGT DI MALAYSIA

 

12 Comments

  1. adooi…kat 40 min, eden nak nak cari website ptgns nak buat payment cukai tanah online…not friendly user…banyak citer cara2 nak buat payment…satu butang pun aku tak jumpa utk acess and make payment…

    as usual, inilah dia mutu delivery system oleh pejabat tanah nesimilan…

    dalam dunia digital/elektronik ni…pikir dan bertindaklah cepat…jgn byk penuhkan website dgn pemakluman yg tak membantu pelanggan bro…

    kalu aku start kereta,,,pegi pejabat tanah seremban2…dah selesai agaknya…

  2. Tried using the johor online payment portal but not successful.

    Would appreciate if you could advise if I can pay by bank using JOMPAY Code.

    Or can we use other payment method like credit card by using another portal?

    Payment I want to make to is:

    Kerajaan Negeri Johor Darul Ta’zim
    Pentadbiran Tanah Johor

    for Cukai Tanah 2024.

    Thanks and Best Regards.

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *