CARA BAYAR LOAN RUMAH GUNA KWSP (Apply Online Jer)

Utama / BAYAR LOAN RUMAH KWSP / CARA BAYAR LOAN RUMAH GUNA KWSP (Apply Online Jer)

CARA BAYAR LOAN RUMAH GUNA KWSP (Apply Online Jer)

Membayar ansuran bulanan bukanlah satu perkara mudah, terutama untuk mereka yang mempunyai komitmen yang semakin bertambah. Di dalam usaha untuk meringankan beban pemilik rumah, KWSP telah memperkenalkan Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan. Supaya jika anda terhimpit dengan keadaan kewangan yang tidak menentu, anda boleh membuat pengeluaran dari Akaun 2 untuk membantu membayar ansuran bulanan sekurang-kurangnya enam bulan atau sehingga masalah kewangan anda selesai.

 

Bagaimana cara untuk bayar loan rumah guna KWSP? Disini kami kongsikan caranya.

 

SYARAT PERMOHONAN

 

Berikut adalah syarat permohonan:

  • Warganegara dan Bukan Warganegara (PR atau daftar sebagai Ahli KWSP sebelum 1 Ogos 1998)
  • Umur bawah 55 tahun
  • Sekurang-kurangnya ada RM600 di dalam Akaun 2
  • Membeli/membina sebuah rumah kediaman
  • Masih mempunyai tunggakan pinjaman perumahan dengan pemberi pinjaman yang diiktiraf oleh KWSP
  • Ansuran bulanan telah bermula

 

 

APA YANG BOLEH DIKELUARKAN

 

  1. Pengeluaran Individu
    1. Jumlah baki pinjaman perumahan
    2. Kesemua simpanan di dalam Akaun 2
  2. Pengeluaran Bersama
    1. Jumlah baki pinjaman perumahan
    2. Kesemua simpanan di dalam Akaun 2 pemohon

NOTA: Mana yang lebih rendah tetapi tertakluk kepada bayaran bulanan minimum RM100 selama enam bulan (Jumlah bayaran bulanan maksimum kepada anda dan pemohon bersama (jika ada) tidak boleh melebihi jumlah ansuran bulanan)

 

CARA BAYAR LOAN RUMAH GUNA KWSP

 

Berikut adalah merupakan cara bayar loan rumah menggunakan borang online KWSP bagi membuat permohonan pengeluaran pinjaman akaun 2::

  1. Log Masuk ke i-akaun KWSP anda. Sekiranya anda belum daftar i-akaun KWSP, Boleh rujuk DISINI
  2. Kemudian, pergi ke bahagian witdrawal ataupun pengeluaran, anda boleh memilih New-Application.
  3. Pilih jenis pengeluaran yang ingin dibuat. Untuk penyelesaian ansuran bulanan pinjaman perumahan yang anda boleh mendapatkan wang masuk ke dalam akaun bank, anda boleh pilih “Housing Loan Monthly Installment”.
  4. Ikut arahan yang diberikan dan klik “OK” jika bersetuju dengan kenyataan yang dipaparkan oleh pihak KWSP.
  5. Anda boleh meletakkan jumlah yang ingin dimasukkan ke dalam akaun kita setiap bulan bagi penyelesaian ansuran bulanan pinjaman perumahan. Kita juga perlu letakkan jumlah bulanan proses menerima jumlah wang daripada KWSP ini.
  6. Sahkan bahawa anda mebuat pengeluaran akaun dua ini untuk rumah yang sama dan belum dibiayai semula.
  7. Minta penghantaran TAC bagi menghantaran borang online ini.Masukkkan Tac yang diterima.
  8. Tick sekiranya bersetuju dengan syarat- syarat yang diberikan oleh KWSP.
  9. Buat pengesahan bagi permohonan pengeluaran akaun 2 bagi penyelesaian ansuran bulanan pinjaman perumahan.
  10. Selesai

 

ARTIKEL LAIN

i-AKAUN VIEW MODE:CARA DAFTAR KWSP ONLINE(HUBUNGI HOTLINE @ KIOSK KWSP)

e-Payroll KWSP : KEMAS KINI GAJI PEKERJA IKS & URUS REKOD GAJI DIGITAL MELALUI I-AKAUN

 

 

 

 

 

3 Comments

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *