CARA BAYAR SAMAN DBKL ONLINE (Cepat & Senang)

CARA BAYAR SAMAN DBKL ONLINE (Cepat & Senang)

BAYAR SAMAN DBKL

 

Sekiranya anda mempunyai saman yang dikeluarkan oleh penguatkuasa DBKL, sudah semestinya anda ingin mengetahui cara pembayaran cepat dan senang.

Terkini semuanya sangat mudah menggunakan internet untuk membuat transaksi online termasuk cara buat bayaran saman DBKL iaitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan anda tidak perlu lagi pergi ke kaunter cawangan semata-mata untuk membuat bayaran saman. Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.

 

CARA BAYAR SAMAN DBKL APLIKASI MOBIS

Berikut adalah merupakan cara bayaran saman DBKL mengguna aplikasi MOBIS:

  1. Download dan install Aplikas Mobis
    • Play Store bagi pengguna Android
    • Apple Store bagi pengguna IOS
  2. Setelah siap install anda dikehendaki daftar terlebih dahulu dengan masukkan makklumat:
    • Nama Penuh
    • No Kad Pengenalan
    • Alamat Rumah.
  3. Buka app MOBIS dan dan klik pada Compounds untuk semak Notis Saman dengan memasukka:
    • Nombor Pendaftaran Kenderaan (Vehicle Plate Number)
    • No kad pengenalan (IC)
  4. Senarai saman di bawah DBKL akan terpapar dan ini termasuk jumlah kompaun yang dikenaka.
  5. Kemudiannya, anda boleh terus buat bayaran dengan menggunakan akaun online banking yang anda ada.

 

CARA BAYAR SAMAN DBKL GUNA PORTAL SEMAKAN NOTIS KOMPAUN TRAFIK

Berikut adalah merupakan cara bayar saman dengan menggunakan portal semakan:

  1. Layari pautan: https://appsys.dbkl.gov.my/ezbill/index.asp
  2. Masukkan maklumat yang diminta seperti:
    • No plat kenderaan
    • No kad pengenalan pemilik kenderaan.
  3. Seterusnya semua notis saman dan amaun jumlah kompaun yang dikenakan akan tertera
  4. Kemudiannya, anda boleh terus buat bayaran dengan menggunakan akaun online banking yang anda ada.

 

CARA BAYAR SAMAN DBKL GUNA ONLINE BANKING MAYBANK2U & JOMPAY

Anda juga boleh membuat bayaran secara online banking menggunakan Maybank2u. Berikut adalah merupakan caranya:

  1. Maybank2U
    • Login akaun Maybank2u anda
    • Klik pada Payment & Transfer, pilih PAY atau JOMPAY
    • Seterusnya klik pada New Payment dan masukkan PAYEE iaitu DBKL Kompaun Online.
    • Masukkan jumlah amaun saman anda dan isikan semua maklumat yang diperlukan dan klik PAY, masukkan TAC Number atau Secure2U Request di HP
    • Selesai
  2. JomPay
    • Buka online banking bank anda
    • Klik pada JomPay
    • Masukkan Biller Code DBKL: 31898
    • Ref-1 iaitu nombor kompaun
    • Masukkan jumlah yang perlu dibayar.

 

CARA BAYAR SAMAN DBKL GUNA  WEBSITE POS ONLINE

Bayar saman DBKl boleh juga dibuat melalui website Pos Online yang mana anda boleh membayar semua jenis saman dengan menggunakan internet banking di link berikut https://posonline.com.my

 

ARTIKEL LAIN

MYEG CHECK SAMAN (Semak Saman JPJ & Polis Trafik)

 

2 thoughts on “CARA BAYAR SAMAN DBKL ONLINE (Cepat & Senang)”

Leave a Comment