BAYAR SAMAN GUNA ATM MAYBANK KOMPAUN PDRM

CARA BAYAR SAMAN PDRM (Guna Mesin ATM Maybank)

Dengan pelanjutan pengurangan kompaun saman diskaun 80% sempena 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia sehingga 31 Disember 2021, terkini cara pembayaran juga boleh menggunakan mesin ATM Maybank. Ini kerana Portal MyBayar Saman kebanyyak tidak dapat diakses dan juga bagi menggelakkan kesesakan di kaunter IPD.Bagaimana cara untuk bayar saman guna  mesin ATM Myabank? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.

TEMPOH TAWARAN KOMPAUN SAMAN 80% PDRM

Tempoh tawaran pengurangan saman bermula pada 9 Disember 2021 telah dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021.

KADAR PENGURANGAN KOMPAUN SAMAN 80%

Berikut adalah merupakan kadar pengurangan saman 80% sehingga 31 Disember 2021:

  • RM300 – RM60
  • RM250 – RM50
  • RM200 – RM40
  • RM150 – RM30
  • RM100 – RM20
  • RM70 – RM14
  • RM40 – RM8

 CARA PEMBAYARAN SAMAN POLIS

Anda boleh menjelaskan saman menggunakan kaedah berikut:

  • Di Semua Kaunter Bayaran Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Serta Daerah Seluruh Negara.
  • Portal (https://mybayar.rmp.gov.my/en) Dan Aplikasi Mudah Alih Mybayar Saman
  • Pejabat Pos Malaysia
  • ATM Maybank

CARA BAYAR SAMAN POLIS GUNA  ATM MAYBANK

Sekiranya anda ingin menggunakan ATM Maybank untuk membuat pembayaran saman, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Pergi ke mana-mana mesin ATM Maybank berdekatan dengan anda
  2. Pada mesin ATM, klik pada PayBills
  3. Seterusnya klik pada Pembayaran Saman Pdrm, dan tekan teruskan
  4. Masukkan No Kad Pengenalan
  5. Paparan saman dan jumlah anda akan tertera, tekan Buat Bayaran
  6. Simpan resit untuk rujukan.

CARA CHECK SAMAN MELALUI NO PLATE/NO KAD PENGENALAN

Untuk anda yang ingin menyemak status saman terkini anda, ia boleh dilakukan dengan mudah sama ada secara SMS. Berikut adalah cara untuk anda chek saman trafik secara SMS sebagai panduan anda ;

  1. CheckSaman PDRM melalui SMS
  2. Taip POLIS<jarak>SAMAN<jarak>Nombor Kad Pengenalan atau No Plat Kenderaan
  3. Hantar ke 15888 atau 32728
  4. Contoh – POLIS SAMAN AES44 atau POLIS SAMAN 920211115055

Anda juga boleh memohon untuk mendapatkan maklumat terperinci berkaitan saman anda melalui e-mel. Perincian saman akan dihantar kepada anda menerusi alamat e-mel yang diberikan:

  1. Taip POLIS<jarak>SAMAN<jarak>Nombor Kad Pengenalan atau No Plat Kenderaan<jarak>alamat e-mel
  2. Hantar ke 15888 atau 32728
  3. Contoh – POLIS SAMAN AES44 [email protected] atau POLIS SAMAN 920211115055 [email protected]

ARTIKEL LAIN

CARA CHECK SAMAN SMS (POLIS & JPJ)

CARA DAFTAR SSO PDRM ONLINE (Semakan Check Saman Polis Trafik)

1 thought on “BAYAR SAMAN GUNA ATM MAYBANK KOMPAUN PDRM”

Leave a Comment