SEMAK KADAR BAYARAN INSENTIF WILAYAH BIW TERKINI

Utama / BAYARAN INSENTIF WILAYAH / SEMAK KADAR BAYARAN INSENTIF WILAYAH BIW TERKINI

SEMAK KADAR BAYARAN INSENTIF WILAYAH BIW TERKINI 2024

Kepada pegawai Perkhidmatan Awam yang bertukar wilayah, anda layak membuat permohonan Bayaran Insentif Wilayah di jabatan baharu yang anda ditempatkan. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara untuk semak kadar bayaran ini, semoga membantu.

 

APA ITU BAYARAN INSENTIF WILAYAH

Bayaran insentif wilayah (BIW) ini merupakan satu insentif atau elaun yang diberikan kepada pegawai perkhidmatan awam yang bertukar wilayah. Tujuan elaun ini diberikan adalah bertujuan untuk menghargai jasa dan pengorbanan para penjawat awam yang rela bertukar wilayah untuk tujuan berkhidmat

 

KELAYAKAN BAYARAN INSENTIF WILAYAH

BIW layak dibayar kepada pegawai yang bertukar wilayah seperti yang dinyatakan berikut;

  • Pegawai yang berasal dari Sabah / Sarawak yang dilantik dan / atau ditempatkan berkhidmat di Semenanjung;
  • Pegawai yang berasal dari Semenanjung yang dilantik dan / atau berkhidmat di Sabah / Sarawak;
  • Pegawai dari Sabah dan Sarawak yang bertukar di negeri-negeri itu

NOTA: Pegawai yang dibayar Bayaran Insentif Wilayah tidak layak menerima Bantuan Sara Hidup seperti tertakluk di bawah perenggan 4, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 28 Tahun 2005.

 

KADAR BAYARAN INSENTIF WILAYAH

Berikut adalah merupakan kadar BIW yang akan diterima oleh pegawai yang layak iaitu:

Lingkungan Gaji
(termasuk Elaun Pemangkuan)
Peratusan Daripada
Gaji Yang Diterima
RM6,289.14 dan ke atas 12.5%
RM4,029.64 – RM6,289.1315.0%
RM2,015.74 – RM4,029.63 17.5%
RM1,329.74 – RM2,015.73 20.0%
RM951.35 – RM1,329.73 22.5%
RM951.34 ke bawah 25.0%

 

PEMBERHENTIAN BAYARAN INSENTIF WILAYAH

BIW ini akan diberhentikan kepada pegawai dalam keadaan berikut:

  1. Cuti Tanpa Gaji;
  2. Tempoh Cuti Rehat termasuk Hari Rehat Mingguan dan Hari Kelepasan Am bagi jumlah yang melebihi 28 hari berturut turut;
  3. Tidak hadir bertugas atas sebab-sebab kesihatan walaupun dengan kebenaran setelah menggunakan Cuti Sakit sebanyak 15 hari yang layak;
  4. Cuti Bersalin;
  5. Cuti kerana berkursus melebihi 92 hari; atau
  6. Kombinasi mana-mana jenis cuti di perenggan (1) hingga (5) di atas yang melebihi 28 hari berturut-turut.

 

SOALAN LAZIM (FAQ) BAYARAN INSENTIFWILAYAH

Adakah pegawai suami dan isteri layak menerima Elaun Perumahan Wilayah dalam situasi suami berkhidmat di Sarawak manakala isteri berkhidmat di Sabah?

  • Berdasarkan perenggan 6.5, Pekeliling Perkhidmatan Bil. 11 Tahun 2001 (PP11/2001), pegawai suami dan isteri yang bertukar wilayah dan tidak menduduki rumah kerajaan, boleh dibayar Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) masing-masing. Walau bagaimanapun, salah seorang antara mereka boleh memilih Elaun Perumahan Wilayah (EPW).

Adakah pegawai yang berkursus / cuti belajar di luar negeri atau dalam negeri (dalam takrif kursus) layak dibayar BIW jika berkursus melebihi 3 bulan?

  • Pegawai tidak layak dibayar BIW.

Bagi pegawai yang berkursus lebih dari tiga (3) bulan, sama ada di dalam atau di luar negeri, BIW akan diberhentikan, adakah pegawai layak menerima kos Bantuan Sara Hidup mengikut di mana wilayah pegawai berkursus?

  • Bagi pegawai yang menghadiri kursus (termasuk cuti belajar) melebihi tiga (3) bulan adalah tidak memenuhi syarat kelayakan untuk dibayar  BIW, sebaliknya pegawai akan dibayar Bantuan Sara Hidup (COLA) berdasarkan kepada asas pemberian elaun yang sama iaitu untuk membantu menangani kos sara hidup yang kian meningkat. Perkara ini tertakluk di dalam Garis Panduan Kemudahan Cuti Belajar Kepada Pegawai Awam Yang Mengikuti Kursus Jangka Sederhana Dan Kursus Jangka Panjang Secara Sepenuh Masa yang dikeluarkan oleh Bahagian Modal Insan, JPA.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai Bayaran Insantif Wilayah, anda boleh merujuk pada Pekeliling Perkhidmatan berikut:

ARTIKEL BERKAITAN:

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *