BAYARAN TUNAI STR BSN:Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 1

Utama / SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR) / BAYARAN TUNAI STR BSN:Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 1

BAYARAN TUNAI STR BSN:Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 1

Makluman Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 di seluruh Cawangan BSN

 

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 melalui pengkreditan ke dalam akaun bank akan bermula secara rasminya pada 29 Januari 2024 dan ia akan dilakukan secara berperingkat.Bagi bayaran secara tunai, BSN juga telah mengumumkan bahawa ia akan turut dilakukan mulai 29 Januari 2024  di seluruh Cawangan BSN.Berikut adalah cara penebusan tunai BKM di kaunter BSN bagi penerima yang layak.

Tarikh Bayaran Tunai STR Di Kaunter BSN

Tarikh penerimaan bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di kaunter BSN sama ada secara tunai atau melalui akaun bank adalah bermula pada 29 Januari 2024

 

Untuk pelanggan yang sudah membuka akaun bank, status pembayaran anda boleh disemak melalui saluran berikut:

 

Perbankan internet myBSN (https://www.mybsn.com.my/)

Mesin ATM

Manakala bagi pelanggan yang belum membuka akaun bank atau memilih pembayaran secara tunai, status pembayaran anda adalah seperti berikut:

Pembayaran secara tunai dilaksanakan di Cawangan BSN seluruh negara mulai 29 Januari 2024

Sila semak maklumat anda melalui kod QR di bawah atau terus ke pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my/

 

Untuk makluman, penerima tunai adalah individu yang:

 

  • Tiada akaun bank
  • Gagal kredit

Untuk pembayaran secara tunai ini, penerima perlu membawa kad pengenalan ketika hadir ke Cawangan BSN. Hanya wakil yang didaftarkan sahaja dibenarkan untuk mewakilkan penerima bagi penunaian STR di BSN.

 

Pastikan anda telah membuat semakan status kelulusan sebelum hadir ke kaunter untuk menerima bayaran tunai STR. Berikut adalah langkah-langkah membuat semakan status STR:

 

  1. Layari Portal Rasmi Semakan Status STR di pautan ini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Sila masukkan Nombor Kad Pengenalan anda di kotak NO MYKAD/ID PENGGUNA.
  3. Klik Menu [Semakan Status].
  4. Maklumat Semakan STR akan dipaparkan di ruangan ini. Status Permohonan anda akan dipaparkan di Semakan Status.
  5. Maklumat Pembayaran iaitu Jumlah Bayaran Bantuan yang anda akan terima dan juga Tarikh Pembayaran atau Kredit ke akaun anda akan dipaparkan apabila pihak LHDN selesai memproses maklumat pemohon.
  6. Selesai.

Rujuk laman sesawang STR untuk maklumat lanjut.

Jumlah Pembayaran STR Bagi Setiap Kategori

 

Makluman Tambahan

Sila rujuk makluman terkini tentang bayaran STR melalui Soalan Lazim Sumbangan Tunai Rahmah

 

Hotline BKK LHDNM: 1800 88 2747

Hotline BKK MoF: 03 8882 4565

 

SEBAB DUIT STR LAMBAT MASUK (Semak Status Bayaran)

One comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *