CARA DAFTAR APLIKASI BE U BANK ISLAM (Register & Aktifkan Online)

Utama / BE U BANK ISLAM / CARA DAFTAR APLIKASI BE U BANK ISLAM (Register & Aktifkan Online)

CARA DAFTAR APLIKASI BE U BANK ISLAM (Register & Aktifkan Online)

Jika anda adalah pengguna online banking Bank Islam, kini anda boleh menggunakan kelebihan yang sedia ada. Ini kerana Bank Islam telah memperkenalkan bank digital melalui aplikasi BE U Bank Islam. Semestinya aplikasi ini lebih selamat (secure). Dengan adanya aplikasi digital, pasti pihak Bank Islam akan terus menawarkan lebih banyak kelebihan ketika menggunakan perkhidmatan mereka. Disini kami akan kongsi cara register dan aktif online, semoga membantu.

 

APA ITU APLIKASI BE U BANK ISLAM

Aplikasi perbankan serba baharu ini membolehkan pengguna menyempurnakan transaksi perbankan mereka dengan lancar, tanpa perlu mengunjungi cawangan Bank Islam. Ia juga berperanan untuk memperluaskan lagi rangkuman kewangan dengan menyasarkan kepada golongan muda dan celik digital.

Aplikasi Be U akan membantu pelanggan memahami dan mengurus kewangan mereka dengan pantas dan baik.

 

 CARA REGISTER APLIKASI BE U

Untuk dapat menggunakan perkhidmatan aplikai BE U, anda mesti memiliki handphone/smartphone Android/iPhone. Seterusnya ikuti langkah-langkah pendaftaran BE U di bawah:

  1. Muat turun (download) dan Install App BE U di Google Playstore atau App Store
  2. Buka aplikasi tersebut dan klik Allow bagi permulaan.
  3. Seterussnya ikuti arahan selanjutnya untuk lengkap proses pendaftaran anda

 

CARA AKTIFKAN  APLIKASI BE U BANK ISLAM

Berikut adalah merupakan cara untk pengaktifan aplikasi ini:

  1. Buka aplikasi BE U di telefon anda
  2. Kemudian klik pada Log In Now
  3. Masukkan segala maklumat yang diperlukan
  4. Ikuti arahan selanjutnya untuk melengkapkan proses pengaktifan akaun anda

 

CIRI APLIKASI BE U

Berikut adalah merupakan antara ciri-ciri aplikasi ini:

  • Mengutamakan pelanggan dalam membentuk produk yang memenuhi keperluan mereka.
  • Bentuk asas tawaran bank digital baharu ini supaya berbeza dan saling melengkapi dengan produk dan perkhidmatannya yang sememangnya tersedia di pasaran.
  • Menawarkan akaun simpanan yang membenarkan baki sifar,
  • Fungsi pindahan dana dan ciri Nest yang membantu pengguna menabung untuk matlamat tertentu.
  • Deposit bertempoh
  • Pasaran gig
  • Kad debit
  • Pengurusan kewangan peribadi
  • Pembiayaan mikro
  • Takaful mikro

 

CARA GUNA APLIKASI BE U BANK ISLAM

  1. Guna Untuk Bayar Bil
    • Anda boleh gunakannya untuk membayar bil utility. Contoh bil yang boleh dibayar adalah bil eletrik, bil air dan bil internet. Anda hanya perlu clik pada ikon pay bil.
  2. Pemindahan Wang
    • Anda juga boleh membuat pindahan wang ke individu, membayar pinjaman dan bayar kad kredit disamping anda juga dapat memantau prestasi simpanan berjangka.
  3. Pembayaran Online
    • Seperti aplikasi e-wallet yang lain, BE U juga mempunyai fungsi Scan & Pay. Anda boleh bayar barang yang telah anda beli daripada kedai yang menerima pembayaran QR dengan hanya anda perlu membuat satu imbasan kod QR.
    • Oleh sebab aplikasi ini menyenangkan, anda tidak perlu lagi bersusah payah untuk ingat nombor akaun dan memudahkan anda untuk membuat bayaran hutang.

 

CARA BUKA AKAUN SIMPANAN BANK ISLAM QARD GUNA APLIKASI BE U

Berikut adalah merupakan cara bukan akaun simpanan secara dalam talian menerusi aplikasi ini:

  1. Buka aplikasi Be U anda
  2. Pada paparan utama klik pada Pocket
  3. Seterusnya klik pada Open Account Now
  4. Paparan akan menunjukkan syarat permbukaan akaun dan dokumen yang diperlukan. Tick pada terma dan syarat dan klik Proceed
  5. Anda dikehendaki untuk mengambil gambar kad pengenalan depan dan belakang, dan klik Proceed
  6. Kemudian anda dikehendaki untuk mengambil gambar swafoto dan klik Proceed
  7. Seterusnya jawab soalan samaada anda mempunyai akaun bank islam atau tidak
  8. Lengkapkan maklumat yang dipinta sepeti:
    1. Bangsa
    2. Agama
    3. Status perkahwinan
  9. Seterusnya lengkapkan segala maklumat lain yang dipinta dengan lengkap dan tepat
  10. Sahkan maklumat anda yang tertera, sekiranya betul klik pada Confirm.
  11. Seterusnya klik pada Continue untuk teruskan proses pengaktifan akaun
  12. Anda dikenhendaki untuk emmasukkan deposit sekurang-kurangnya RM20 dengan menekan pada Proceed
  13. Pilih amaun deposit yang anda kehendaki, dan klik Next
  14. Lengkapkan porses pembayaran anda sehingga selesai
  15. Akhir sekali, paparan akan menunjukkan status pembukaan akaun anda berjaya. Selesai

 

CARA TRANSFER ATAU PINDAH DUIT DARI AKAUN SIMPANAN QARD BE U KE AKAUN BANK LAIN

Sekiranya anda ingin melakukan transaksi tranfer menerusi aplikasi ini, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Buka aplikasi Be U anda
  2. Pada paparan utama klik pada Pocket
  3. Seterusnya klik pada Pay & Tranfer
  4. Kemudian klik pada Tranfer To Other untuk melakukan pindahan wang ke akaun bank yang lain selain Bank Islam
  5. Seterusnya klik pada New Tranfer
  6. Masukkan maklumat yang diperlukan pada setia bahagian sepert:
    1. Nombor akaun bank penerima
    2. Jenis Bank penerima
    3. Jenis Pindahan
    4. Jumlah pindahan wang
  7. Setelah lengkap semuanya klik pada simbol Next
  8. Paparan akan menunjukkan maklumat transaksi, pastikankan semuanya betul dan klik Confirm.
  9. Selesai, proses pemindahan wang anda telah berjaya.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumatlanjut mengenai aplikasi BE U Bank Islam, anda boleh layari melayari laman www.getbeu.com

 

ARTIKEL LAIN

eBANKER PRO BANK ISLAM 2022(Cara Login, Daftar & Pemindahan Wang)

 

2 Comments

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *