BEKERJA DARI RUMAH(BDR):GARIS PANDUAN BDR

BEKERJA DARI RUMAH(BDR):GARIS PANDUAN BDR

BEKERJA DARI RUMAH(BDR)

 

Terbaru,kerajaan akan melaksanakan BEKERJA DARI RUMAH(BDR) dalam kawasan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Pekerja bidang pengurusan dan penyeliaan dalam kawasan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) hanya perlu bekerja di pejabat, tiga kali seminggu untuk tempoh 4 jam bermula 10 pagi hingga 2 petang bermula 22 Oktober 2020.

TARIKH PELAKSANAAN  BEKERJA DARI RUMAH(BDR)

Bermula 22 Oktober 2020

SOP/ GARIS PANDUAN BDR

BEKERJA DARI RUMAH(BDR)

SENARAI KUMPULAN/PEKERJA SEKTOR  YANG TERLIBAT BDR

Berikut adalah pekerja sektor awam dan swasta bahagian pengurusan dan penyeliaan  yang terlibat BDR iaitu kakitangan pengurusan dan penyelian di kawasan PKPB :

BEKERJA DARI RUMAH(BDR)

CONTOH SITUASI AMALAN BDR

BEKERJA DARI RUMAH(BDR)

GARIS PANDUAN BEKERJA DARI RUMAH(BDR):

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bersetuju untuk membenarkan maksimum 10 peratus pekerja merangkumi antaranya tugasan yang membabitkan kerja perakaunan, kewangan, pentadbiran, perundangan, perancangan dan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk berada di pejabat yang dihadkan selama 4 jam sahaja bermula jam 10 pagi sehingga 2 petang untuk 3 hari seminggu.

Bagi melaksanakan dasar BDR itu syarikat tidak perlu mengemukakan sebarang permohonan dan majikan hanya perlu mengeluarkan surat pelepasan perjalanan bagi setiap kakitangan yang dibenarkan bekerja sepanjang tempoh PKPB.

Majikan perlu menetapkan garis panduan BDR yang bersesuaian mengikut keperluan syarikat masing-masing.

Kerajaan akan terus bekerjasama dengan pihak swasta dan industri dalam usaha untuk mempertingkatkan pelaksanaan BDR sebagai norma baharu selari dengan kecanggihan teknologi terkini dan aplikasi atas talian.

MITI akan meneruskan pemantauan dan penguatkuasaan yang tegas bagi memastikan pelaksanaan dan pematuhan SOP dalam kalangan pihak industri.

SOALAN LAZIM DASAR  BEKERJA DARI RUMAH (BDR)

1.Siapakah yang perlu memohon BDR?

Tidak perlu memohon,BDR diwajibkan dikawasan PKPBberdasarkan jadual giliran yang ditetapkan dan diluluskan oleh Ketua Jabatan.

2.Berapa lama tempoh BDR?

Tiga kali seminggu untuk tempoh 4 jam bermula 10 pagi hingga 2 petang berkuat kuasa 22 Oktober 2020 sepanjang PKPB.

3.Tarikh pelaksanaan Dasar BDR

Bermula 22 Oktober 2020 sepanjang PKPB.

Nak tahu cara dapatkan NOMBOR BAUCAR BPN 2.0?

 

1 thought on “BEKERJA DARI RUMAH(BDR):GARIS PANDUAN BDR”

Leave a Comment