CARA BELI RFID ONLINE (Guna Apps Touch ‘n Go)

Utama / RFID / CARA BELI RFID ONLINE (Guna Apps Touch ‘n Go)

CARA BELI RFID ONLINE (Guna Apps Touch ‘n Go)

Penggunaan Tag RFID tentunya akan memudahkan pemanduan anda, terutamanya bagi pengguna yang sering melalui tol di bandar-bandar ibu kota. Semestinya untuk menggunakan sistem ini seharusnya mendapatkan tag pelekat / sticker RFID terlebih dahulu. Bagaimana cara untuk beli RFID secara online? Disini kami kongsikan cara beli menggunakan Apps Touch n Go, semoga membantu.

 

APA ITU RFID

RFID adalah sistem pembayaran elektronik yang menggunakan pelekat pengenalan frekuensi radio yang juga dikenali sebagai TNG RFID Tag untuk melalui tol. Semasa kenderaan melalui tol, pengimbas akan mengesan frekuensi radio dari Tag RFID TNG dan mengenakan tambang.

Tag ini kemudiannya akan dihubungkan dengan Touch ‘n Go eWallet pengguna di mana tambang akan ditolak secara automatik. Berbeza dengan SmartTAG yang menggunakan imbasan infrared, TNG RFID menggunakan tag yang dipasang pada kereta anda dan diimbas semasa melakukan transaksi.

 

KELEBIHAN TAG RFID

Menerusi RFID, pelanggan lebuh raya tidak perlu lagi berhadapan kesukaran menambah nilai kad Touch ‘n Go mereka kerana ia boleh dilakukan dengan mudah secara dalam talian menerusi telefon bimbit dan aplikasi Touch ‘n Go eWallet yang dihubungkan terus kepada tag RFID yang dipasang pada kenderaan. Tag ini juga tidak memerlukan bateri dan boleh berfungsi dengan mudah.

 

HARGA TAG RFID TERKINI

Terkini harga jualan RFID ini ialah RM35. Sekiranya anda membeli di eWallet terdapat diskaun iaitu RM25.

 

CARA BELI RFID ONLINE

Untuk membeli RFID secara online, anda seharusnya install aplikasi Touch’n Go eWallet terlebih dahulu (Android / IOS) dan daftar sebagai pengguna kali pertama terlebih dahulu. Kemudian berikut adalah cara untuk beli RFID:

  1. Log masuk akaun Touch’n Go eWallet anda
  2. Pada menu utama klik pada ikon Toll
  3. Seterusnya pilih pada RFID
  4. Kemudian klik pada Order RFID Tag dan klik Buy Now
  5. Ikuti proses pembayaran sehingga selesai
  6. Tunggu sehingga kad anda dihantar ke rumah
  7. Selesai

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai cara beli RFID, anda boleh layari https://rfid.touchngo.com.my/main

 

ARTIKEL LAIN

RFID TAG TOUCH ‘N GO (Cara Daftar Aktifkan)

 

4 Comments

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *